KAMU

5 0 0
                                    

Untuk kamu yang disana,
Ternyata tulus aku kata padamu,
Aku bukan yang sempurna, namun aku cuba untuk merelakan segalanya buatmu

Ya, ini kali pertama dalam buku hidupku untuk mengatakan sesuatu yang tidak pasti,
Namun aku pasti, itu sahaja yang boleh melepaskan segala apa yang aku pendam selama ini

Semoga kamu mengerti dan terus terbuku dalam lubuk hatiku,
Kerna disaat pertama kali kita bertemu,
Walau aku tahu hanya aku sahaja yang memandangmu, memerhatimu

Adalah disaat kita selesai sujud menghadap yang hakiki dan kembali melaksanakan tugas duniawi
Semoga kamu terus dirahmati dan dilindungi

Dan aku akan terus mendoakan dalam diam untuk dirimu, wahai aku

LARAWhere stories live. Discover now