Sabrina. Sabrina Auni.
Turun sahaja dari bas,laut terbentang luas di hadapannya. Sabrina perlahan-lahan berjalan menuju ke pantai. Pasir yang panas dipijak. Angin menderu meniup lembut membuatkan tudungnya menjadi senget.
"Nasib badan. Siapa suruh pakai tudung lilit pergi pantai. Mana tandas ya? Herm.."
Sabrina melangkah ke arah gerai yang menjual keropok lekor berdekatannya.
"Dik! Ha!Mari beli! Nak berapa?" ramah mak cik itu bertanya.
Sabrina hanya tersenyum nipis.
"Boleh lah cik. Er.. bagi saya 3 ringgit."
"Okay, okay siap. Kejap ya."
Sabrina hanya mengangguk sambil memerhatikan sekeliling kalau-kalau ada tandas awam berdekatan.
"Okay dik ini dia. 3 ringgit ya."
"Terima kasih, cik. Mak cik, saya nak tanya, tandas awam kat sini mana ya?" tanya Sabrina selepas puas melihat sekeliling.
"Tandas awam? Tak silap mak cik tandas awam kat sini jauh. Dia ada kat hujung pantai sana. Ada je tandas kat sini, tapi dalam pembaikan sekarang." Beritahu mak cik selaku penduduk di kampung itu.
"Hermmm.. tak apa lah kalau gitu. Terima kasih mak cik." Ucap Sabrina.
"Sama-sama. Eh, kejap. Tapi kalau kamu rasa tak tahan, meh lah mak cik tumpangkan kamu."Tawar makcik itu. Baik sungguh makcik ini.
"Eh tak menyusahkan ke? Tak apa saya boleh jalan sendiri. Lagi pun tak ada perkara mustahak sangat pun sebenarnya." Tolak Sabrina malu-malu.
"Tak ada susahnya. Lagipun makcik memang nak ke sana. Macam mana, nak? Tak payah segan-segan."
"Haha. Boleh lah kalau macam itu. Terima kasih, susah susah je."
"Sama-sama. Tak ada susahnya. HAHAHAHA. Meh naik van makcik. Ikmal! Jaga gerai jap! Maaflah van buruk je ni makcik ada sekarang. " Tertawa makcik itu dihujung ayatnya.
"Eh tak apa. HAHAHAHAHA." gelak Sabrina.
"Apa dia mak. Kejap." Jerit lelaki yang merupakan anak kepada makcik penjual keropok lekor dari dalam van.
Pintu van terbuka, tersembul wajah lelaki baru bangun dari tidur.
Sabrina dan Ikmal bertatapan mata.
Sabrina mengerutkan kening. Dah kenapa pandang serupa nak telan orang? Tahulah tudung ni macam kapal nak karam. Tak payah lah pandang macam tu.
"Ikmal! Ya Allah! Yang ditenung anak dara orang ni dah kenapa? Tak senonoh betul kamu ni!Dengan selekeh baru bangun tidur ni dah kenapa? Dah-dah pergi pergi basuh muka. Tu gerai mak jagakan kejap. Mak nak pergi hujung pantai jap.Maaf ye nak. Anak makcik ni mengotorkan pandangan anak pula." Habis membebel makcik itu meminta maaf kepada Sabrina. Habis tercalar maruah anaknya.
"Eish, mak ni. Mana ada orang mengotorkan pandangan. Orang yang elok rupanya boleh pula dia kata mengotorkan pandangan. Heh! Sampai hati. Merajuk." Terlupa agaknya Ikmal ni. Sabrina depan mata hanya menahan gelak.
"Yang ni siapa pula mak? Tiba-tiba je ada kat sini." Tanya Ikmal.
"Ni, pelancong dah cepat. Mak nak cepat. Tolong tengokkan gerai mak ya? Jom nak, naik van ni."
"Sabrina."
Suasana senyap. Hanya bunyi ombak kedengaran. Lah asal pula ni? Aku salah cakap ke? Gelisah hati Sabrina dibuatnya.
"Hehe.. Nama saya Sabrina Auni. Panggil Sabrina. " Sambung Sabrina lagi.
Kedua-dua anak beranak itu memandang satu sama lain.
"Oh.. lah.. terkejut makcik. Apa yang Sabrina tadi. HAHAHAHAHA."
Sabrina hanya tersenyum manis dan hanya mengangguk.
"Hah jom-jom naik."
"Baik."
Van menyelusuri tepi pantai. Cuaca agak panas walaupun jam baru menginjak ke sepuluh pagi.
Bunyi ombak menemani sepanjang perjalanan menuju ke hujung pantai.
"Jadi,Sabrina ni dari mana? Orang sini ke?" Tanya makcik itu ramah.
"Eh, tak lah. Saya datang sini sebab nak lawat kubur mak saya. Mak cik.. pula memang asal sini?" Tanya Sabrina ramah. Sengaja ingin memanjangkan perbualan.
"Panggil makcik, Makcik Imah sahaja. Makcik memang bukan asal dari sini. Tapi makcik ikut ayah Ikmal. Ayah Ikmal dulu pengusaha restoran ikan bakar kat sini."
Terang Makcik Imah mesra.Penduduk disini memang peramah ya? Sabrina sebagai pelancong amat bangga akan sikap yang itu.
"Lawat kubur mak? Boleh makcik Imah nak tanya? Mak Sabrina dulu orang sini juga ke? mana tahu makcik kenal."
"Tak pasti pula saya. Arwah mak dulu ibu susuan. Mak kandung saya ada di kampung."
"Oh lah. Tak apa lah kalau macam tu. Nama arwah mak siapa?Mana tahu makcik kenalkan?"
"Oh nama mak Sara."
"Sara binti Kassim?"
"Ha ya. Tak silap"
"Oh lah. Makcik kenal sangat arwah dulu. Dia yang dulu jiran makcik. Lepas itu beberapa bulan lepas makcik baru pindah sini,makcik dengar dia dah meninggal terlibat dalam kemalangan jalan raya. Betulkah? Masa tu anak makcik, Ikmal kecil lagi. Baru dua tahun masa tu. Tu yang tak pergi tempat pengebumian arwah dulu." Bebel makcik Imah.
"Ya, betul. Dia baru balik dari rumah saya masa tu. Langgar lari. Sampai sekarang kes tu tak habis. Keluarga arwah kata tak nak panjangkan kes. Kes tu ditutup," jelas Sabrina.
"Lah. Teruk betul perangai. Dah langgar, lari pula. Astaghfirullahalzim. " Siapa lah yang melanggar, kasihan keluarga arwah.
"Hermm. Tulah mama banyak kali nangis teringat kat arwah mak. Menyesal tak sudah-sudah. Tapi itu dulu. Sekarang mama dah tak menangis sangat."
"Arwah dulu mesti rapat dengan mama Sabrina" komen Makcik Imah.
"Dah sampai. Makcik drop kamu kat sini boleh jekan?"
"Boleh-boleh. Terima kasih sekali lagi Cik Imah."
"Sama-sama. Hati-hati ya Sabrina. Jaga diri makcik pergi dulu. Ini nombor makcik. Telefon bila perlu ya?" Kata makcik Imah sambil menghulurkan kad bisnesnya. Aik? bisnes keropok lekor pun ada kad? Maju!
"Baik terima kasih cik." Ucap Sabrina sambil menyahut huluran Makcik Imah
"Sama-sama, mak cik gerak dulu ya. Assalamualaikum."
"Waalaikumsalam," jawab Sabrina.
Van makcik Imah bergerak meninggalkan dia. Sabrina melangkah dan mendekati tandas awam perempuan.
<3
YOU ARE READING
romance playlist [OG]
Romancehello this is my first story.. so yeahh.. spread love everybody.. 💖 .