Sabrina Auni-part 3

10 0 0
                                    

"Duduk lah dulu ya. Bella! Ambil order dia. Sabrina, makcik belanja Sabrina hari ni tau. Tapi makcik belanja RM 50 ja. Boleh?" ujar Ibu Umar atau seperti yang diperkenalkan tadi, Kak Suhaila.

"Eh, boleh! Apa yang tak bolehnya. Kak Sue belanja pun saya dah bersyukur sangat dah. Terima kasih ya, Kak Sue," tutur Sabrina mesra. Yalah! Orang dah belanja. Bersyukur!

"Sama-sama. Selamat menjamu selera."

Lantas Kak Suhaila masuk ke dapur bersedia sebelum memasak.

Selepas membuat keputusan, Sabrina hanya memesan asam pedas ikan pari bersama sayur kailan ikan masin untuk seorang makan. Nasi putih sudah tentu termasuk dalam senarai. Air? Dia hanya memesan air teo ais. Pergh!

Makanan yang sudah dipesan akhirnya sampai ke mejanya. Dihantar oleh Kak Suhaila sendiri. Baru sahaja Sabrina dan Kak Suhaila ingin berbual, kedai asam pedas kepunyaan Kak Suhaila menjadi bising dengan teriakan seorang wanita memekik menjerit nama Kak Suhaila.

"Sue! Suhaila!" Jerit wanita itu membuatkan semua yang ada dalam restoran itu memandang eanita itu serentak. Nasib baik, ketika itu hanya ada beberapa sahaja pelanggan.

Nampak Kak Suhaila di meja pelanggan, cepat-cepat wanita itu menerpa Kak Suhaila.

"Sue!" Wanita tadi terus menghentak meja di sebelah Kak Suhaila. Sabrina yang baru mahu memasukkan kuah asam pedas terbehenti. Kak Suhaila mendongak memandang wanita itu.

"Apa dia kau ni? Orang tengok! Duduk!" arah Kak Suhaila sambil menarik lengan wanita tadi memaksanya duduk di sebelah Kak Suhaila.

"Maaf Sue! Aku betul-betul minta maaf sebab buat kecoh ni. Aku ada benda mustahak nak bagitahu ni!" Tanpa apa-apa wanita terus membuka topik perbualan.

"Apadia? Apa yang mustahak sangat tu?" tanya Kak Suhaila. Curious. Kasihan pelanggannya yang lain.

"Birthday anak aku hari ni." Topik perbualan terus dikupas.

"Then?" Kak Suhaila menanya dengan muka penuh tanda tanya.

"Kau tahu, aku dah buat tempahan kek di kedai yang hari tu aku cerita." Okay, Sabrina tak nak masuk campur. Telinga mendengar. Mulut tetap menjamu selera.

"Aha,teruskan."

"Aku baru balik kedai dia tadi. Kau tahu aku rasa nak menangis sekarang ni." Panik dibuatnya Kak Suhaila. Sabrina agak mereka sahabat baik.

"Eh pasal?" Tanya Kak Suhaila.

"Bakery tu tutup! Huwaa! Aku dah plan birthday surprise ni dah lama tau!" Apa lagi. Meraung lah member. Sedih macam kena tipu. Nasib tak ada sebarang deposit diberikan.

"Ha?! Tutup! Kenapa?" Dengan Kak Suhaila sekali terkejut. Sabrina hanya memerhati.

"Aku tak tahu betul atau tidak, tapi tadi aku ada call salah seorang staff bakery tu. Dia kata bakery tu bankrupt . So, tempahan yang aku buat dia cancel! Pihak mereka ada mesej, maybe aku tak perasan. Kau tahu kan, aku memang busy dengan kerja. Sekarang ni aku buntu nak buat apa. Kau tolong aku ya, Sue?" Cerita Kak Liza membuatkan Sabrina hilang fokus menjamu selera.

"Liza. Aku bukan tak nak tolong tapi aku ni buka kedai asam pedas, bukan kedai jual kek." Fakta yang memang jelas semua tahu. Sabrina pun tahu akan hal itu.

"Alah.. macam mana ni? Huwaa! Aku dah janji dengan Qaisarah nak buat suprise party nanti. Tolong lah aku Sue. Aku dah janji dengan anak aku. Kau lah harapan aku sekarang." Penuh berharap Kak Liza meminta pertolongan dari Kak Suhaila.

"Liza, aku-" Tak sempat Kak Suhaila menghabiskan ayatnya, Sabrina berdehem.

"Ehem. Puan Liza? Betul?" Kak Haliza hanya mengangguk lemah.

"Macam ni lah. Saya boleh bantu,Puan Liza." Kak Liza hanya memandang atas bawah Sabrina.

"Maaf. Saya, Sabrina. Saya bekas pelajar jurusan kulinari di kolej vokasional dulu. Sedikit sebanyak saya tahu mengenai pembuatan kek ni. Boleh saya tahu, kek apa yang Puan Liza mahu?" Jujur Sabrina. Sungguh dia tidak mereka cerita.

Kak Liza berdehem seketika.

"Akak tak kisah, tapi akak nak kek moist je. Betul ni bole tolong?" tanya Kak Liza meminta kepastian.

"In Shaa Allah. Saya cuba," ringkas jawapan diberikan oleh Sabrina.

"Cuma, saya tiada kelengkapan dengan saya sekarang. Er, Kak Suhaila ada oven? Puan Liza?" tanya Sabrina sopan.Yalah sudah lah datang sini sehelai sepinggang, nak mengangkut oven pasaipa?

"Tak perlu ber-puan. Panggil Kak Liza saja. Erm, Kak Liza ada je oven kat rumah tapi boleh guna ke nak guna buat kek moist tu akak tak pasti."Sabrina guna panggilan puan tadi bukanlah kehendaknya, tapi baru jumpa bukan? Kenalah berformal. I mean sopan. Ya tak?

"Kita try dulu boleh ke tidak. Jom lah ke rumah kau Liza. Nanti lambat. Party tu buat kat rumah mak kau kan?"

"Betul. Nasib kan? Hahaha."

Lega dibuatnya. Tapi kasihan, hidangan yang Sabrina pesan tadi hanya dibungkus, tak sempat dihabiskan. Sabrina membuat keputusan untuk makan apabila selesai membuat kek.

<3



Sedang sibuk mencari selipar dan barang yang dikirim maknya, poket Ikmal bergegar. Dia mencapai phone di dalam poketnya. Dia menjawab panggilan dari Kak Suhaila.

"Assalamualaikum. Ya Kak Sue, kenapa?" Ni mesti dia minta aku jagakan kedainya. Bisik hati Ikmal.

"Waalaikumsalam, Ikmal. Akak nak minta tolong, boleh?"

"Minta tolong apa tu ya?"

"Akak nak kau datang rumah Kak Liza. Tolong Kak Liza kau hias rumahnya nak buat birthday party . Akak nak kena pergi supermarket jap." Sempat lagi Kak Sue beritahu apa yang perlu dilakukan kepada Ikmal.

"Okay kak. Pukul berapa?" tanya Ikmal.

"Sekarang! Kalau kau busy, tak apa lah. Tapi kesian Kak Liza tu." Sekarang?! Banyak-banyak masa kenapa lah sekarang. Reda. Pasrah.

"Eh, tak. Mal tak busy. Mal otw ni." Nak tak nak kena lah pergi ya tak.

"Alhamdulillah. Terima kasih ya, Mal. Assalamualaikum." Bersyukur Kak Suhaila dibuatnya kerana Ikmal sanggup menolongnya dan kawan baiknya.

Panggilan diputuskan selepas menjawab salam. Dia cepat-cepat meninggalkan kedai selepas membuat pembayaran. Dengan pantas, dia menghidupkan motosikal kepunyaannya dan terus menuju ke rumah Kak Haliza.

<3






You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 04, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

romance playlist [OG]Where stories live. Discover now