Sabrina Auni - part 2

9 1 1
                                    

Siap menggantikan style tudung kepada style yang biasa dan apa yang patut, Sabrina menuju ke pantai, lakukan aktiviti tergendala yang ingin dia lakukan tadi.

Ya! Mendengar lagu sambil makan keropok lekor.

Sabrina membuka playlist dari aplikasi Apple Music. Lagu Romantic Sunday dipilih. Good choice! This song is so refreshing.

Dia meneruskan langkah sambil menikmati keindahan suasana di pantai. Kicauan burung ditemani bunyi ombak sebagai musik latar. Sungguh tenang. Pendek kata refreshing.

Penat berjalan, Sabrina duduk di atas pasir beralaskan selipar yang baru sahaja dibeli tadi. Sambil melihat pengunjung berenang, bermain layang-layang, ada yang surfing. Dia terpandangkan satu batu cantik.

Dengan berkaki ayam, dia bangun tempat duduknya dan mengambil batu cantik seperti yang dijangkakan. Sangkanya batu yang cantik tapi hanyalah batu yang diwarnai sahaja.

Sekembalinya di tempat asalnya, selipar nya hilang.

"Haishh.. ke mana selipar ni pergi? Aduhaii. Nak balik pakai apa ni? Aduh mak. Time macam nilah ek? Geram nya! Dah lah kena scam tadi. Tahu tadi aku tak tengok."

Menyesal akan tindakannya, Sabrina menuju kebangku berdekatan. Duduk disitu dan menenangkan kembali moodnya. Tak ada mood nak marah-marah. Cuaca elok, makanan rangup. Nantilah fikir pasal selipar.

"Aduh! Apa benda yang tersangkut dekat board aku ni?! Selipar? Selipar siapa yang terbang ni? Tak pandai jaga selipar ke?Aduuuhai. Menyusahkan!"

"Apa yang bising tu?" Lantaran itu, Sabrina mengeluarkan earphone dari telinganya dan menjeda lagu yang dimainkan.

Setelah melihat apa yang berlaku, baru Sabrina dapat menangkap situasi yang sedang berlaku. Dia menghampiri pemuda yang sedang membebel.

"Kenapa ni encik? Apa yang dibebelkan tu?" Tanya Sabrina, sekadar ingin mengetahui apa yang menyebabkan bising tadi. Pemuda tadi masih lagi menunduk tidak memandang si empunya suara.

"Tak ada apa, ni hah entah siapa punya selipar entah. Bersepah! Habis laut. Kalau ramai orang buat yang macam ni habis lah laut, kotor. Sudahlah laut kotor, haiwan laut..." Bebel panjang pemuda masih lagi menunduk mengutip selipar yang tersangkut pada board surfing nya.

Selipar? Selipar!

Sabrina memandang kearah selipar yang diperkatakan pemuda tadi.

" Eh! Ini selipar saya!"kata Sabrina lantas mengambil selipar daripada pegangan pemuda tadi. Habis terkoyak seliparnya. Huaa! Nak pakai apa ni?

Pemuda itu lantas memandang kepada si empunya selipar.

Sabrina dan pemuda tadi memandang ke arah satu sama lain.

Masing-masing terkejut melihat antara satu sama lain.

"KAU?!"

"IKMAL?"

Tanya mereka serentak. Kalau Ikmal disini, siapa yang menjaga gerai?

"Eh? Kenapa awak ada kat sini? Bukan makcik Imah suruh awak jaga gerai ke tadi?" tanya Sabrina. Cari nahas namanya si budak Ikmal ni.

"Suka hati akulah! Gerai tu aku dah suruh abang aku jagakan. Yang kau ni. Selipar bersepah beragaklah. Laut kan ni. Tahu bukan orang sini. Tapi tak salahkan jaga kebersihan pantai." Membebel lagi. Nampak lah dia ni ikut perangai siapa.

"Eish, saya bukan sengaja. Dah selipar tu kena tarik dek ombak. Takkan saya nak terjebor dalam laut pula. Saya datang sini sehelai sepinggang." ujar Sabrina mempertahankan diri.

romance playlist [OG]Where stories live. Discover now