1. DESTINY

170 7 0
                                    

Kim Yewon. Gadis itu sedang mendaki beberapa anak tangga untuk sampai ke gym yang hampir setiap minggu dia akan datang. Kebiasannya dia akan menaiki lif sahaja, tapi memandangkan kelihatan begitu ramai orang di hadapan lif sebentar tadi, dia membatalkan hasrat untuk menggunakan lif dan menaiki tangga walaupun gym yang hendak ditujui itu berada di tingkat 5 . Nafasnya turun naik. Hidungnya kembang kempis menahan penat. Wajahnya yang berkulit cerah kini mulai kemerah-kemerahan. Kelihatan dia benar-benar keletihan. Lantas dia melabuhkan punggung di anak tangga. Tubuhnya disandarkan di dinding. Dia tercungap-cungap seperti ikan yang terdampar di atas darat.

'Ada hati nak kurus. Naik tangga sikit dah mengah macam ni.' Kim Yewon memejamkan matanya seketika untuk mengumpul semula kekuatannya. Sayup² dia mendengar bunyi bising seolah² segerombolan gadis sedang mengejar seseorang.

"Stopppp!! Jangan lari. Kami nak ambil gambar je."

Kim Yewon malas ambil tahu. Dia mulai berdiri untuk meneruskan perjalanannya ke tingkat 5. Namun belum sempat dia berdiri dengan betul, seseorang telah melanggar punggungnya dan membuatkan dia hampir terjatuh. Mujur sahaja seseorang itu sempat menangkap tangan Yewon, kalau tidak dia sudah jatuh bergolek² ke tingkat bawah. Dia tidak sanggup membayangkan kejadian itu.

Kim Yewon mahu membuka mulut untuk memarahi seseorang itu, tetapi bunyi² bising sebentar tadi semakin kedengaran lebih kuat. Orang yang melanggarnya tadi, laju menarik dia menaiki anak tangga yang berikutnya. Yewon sempat menepis tangan tersebut, tetapi seseorang itu menggenggam tangannya dengan kuat membuatkan dia juga terikut² orang itu menaiki anak tangga tersebut hingga ke rooftop.

Sebaik sahaja mereka masuk ke arah rooftop, lelaki tersebut dengan laju mengunci pintu masuk tersebut. Namun tangan lelaki itu masih tidak melepaskan tangan Kim Yewon. Dia mulai merasa tidak sedap hati. Risau jika lelaki akan mengapa²kan dirinya. Dia cuba menarik tangannya tetapi ternyata lelaki itu masih memegang tangannya dengan kuat. Lelaki itu membalikkan tubuhnya dan membawa Yewon ke arah ke sebuah kerusi panjang yang terdapat di rooftop tersebut. Entah mengapa, Yewon bagaikan disihir, laju sahaja kakinya melangkah mengikuti lelaki tersebut.

Lelaki tersebut mendudukkan Yewon di kerusi tersebut sebelum dia melangkah ke arah balkoni untuk melihat keadaan ke bawah bangunan tersebut. Yewon yang masih tercungap² itu mengambil beg yang disangkutkan dibahunya untuk mencari towel kecil bagi mengelap peluh yang mengalir laju diwajahnya. Sedang dia sibuk mengelap wajahnya, lelaki itu sudah berdiri tepat di hadapannya. Yewon mendongakkan wajahnya. Melihat tepat ke arah mata lelaki tersebut.

'Ah, cantiknya warna mata dia" detak hati Yewon.

"Maafkan aku kerana melibatkan kau. Aku bawa kau ke sini sebab aku tak sempat untuk meminta maaf kerana melanggar kau sebentar tadi" kata lelaki tersebut.

Yewon mengangguk²kan sahaja kepalanya. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan kata². Dia sangat tertarik kepada lelaki itu walaupun wajah lelaki itu tidak kelihatan. Mata indah lelaki itu sudah cukup membuatkan jantungnya berdetak kencang.

Tiba² kedengaran bunyi pintu masuk diketuk dengan kuat. Yewon hampir sahaja terjatuh dari kerusi kerana terkejut. Lelaki itu sempat tergelak kecil melihat gelagat Yewon.

"Adakah itu orang² yang mengejar kau sebentar tadi?" tanya Yewon.

Lelaki itu tidak menjawab sebaliknya hanya menggerak²kan bahunya sahaja. Dia meraba² poket seluarnya dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Kemudian dia menghubungi seseorang untuk meminta pertolongan.

Lelaki itu kemudiannya duduk di sebelahnya. Membuka topi yang menutupi kepalanya dan membetul²kan sedikit rambutnya. Tiba² kedengaran bunyi telefon bimbit Yewon berdering kuat melontarkan lagu Just One Day nyanyian kumpulan BTS. Dengan laju Yewon menekan butang hijau sebelum si pemanggil di seberang sana mengamuk.

MY IDOLWhere stories live. Discover now