3. WHY?

92 8 0
                                    

Yewon termengah-mengah mengikuti langkah kaki Jungkook yang lebar itu. Dia sendiri pelik kenapa dia tidak menarik sahaja tangannya dari genggaman Jungkook malah membiarkan terus Jungkook memegang tangannya. Jungkook membawanya ke arah rooftop. Yewon terus kelu membeku tidak dapat mengeluarkan sebarang kata-kata. Entah mengapa, jika dengan lelaki ini, dia seolah-olah rela diperlakukan apa sahaja. 

Sedar tidak sedar, mereka kini telah berada di rooftop bangunan tersebut. Jungkook mengarahkan Yewon untuk duduk di kerusi panjang berwarna hitam. Yewon terus duduk diam di kerusi tersebut tidak berkutik apa pun. Jungkook yang berdiri di hadapan Yewon, menyilangkan tangannya menandakan dirinya sedang marah terhadap gadis itu. Dia berharap gadis itu akan memberikan sedikit penjelasan, tetapi hampa. Gadis itu berterusan mendiamkan diri. Jungkook akhirnya mengalah dan duduk di sebelah gadis itu. Gadis itu memandang ke arah Jungkook dan Jungkook tersenyum menampakkan barisan gigi putih bersihnya itu. Yewon memegang dadanya yang berdetak kencang. Dia ingin mengusir perasaannya terhadap Jungkook. 

"So,  would you mind to explain everything to me?"  tanya Jungkook lembut. 

"Haa, explain apa?" gadis itu bertanya kembali kepada Jungkook. 

Jungkook yang tadinya sudah mula hilang rasa geram terhadap gadis itu, mulai kembali menegang.

"Your name. You phone number. Everything..." Jungkook bersuara kuat. 

Yewon menggaru² kepalanya yang tidak gatal. Seakan tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Jungkook.

"Yewon.. Please.."

Yewon mengangkat wajahnya memandang Jungkook.

"Kenapa hari tu kau bagitahu nama kau Kim Yuna?" tanya Jungkook sedikit marah.

"Haaa.. Tu sebab, mungkin aku terlalu shock nampak kau, aku tak boleh berfikir dengan waras. Terus terkeluar nama kakak aku, Kim Yuna" balas Yewon sambil ketawa kecil.

Jungkook menganggukkan kepalanya. Mungkin benar dengan apa yang dikatakan oleh gadis ini. Jika dia terserempak dengan idol yang diminatinya, mungkin dia pun akan hilang kewarasannya juga. 'Eh jap, tapi nombor telefon tu takkan salah juga?'

"Habis nombor telefon kau tu?"

"Kenapa dengan nombor telefon aku tu?" tanya Yewon.

"Aku dan manager aku banyak kali call nombor tu. Kau tak jawab. Aku hantar whatsapp pun kau kata aku salah nombor. Kau kata kau bukan Kim Yuna. Eh jap, memang betul pun nama kau bukannya Kim Yuna!"

Yewon tersenyum. Dia akui beberapa hari ini dia memang tak tengok sangat handphonenya kerana busy dengan latihan tarian bersama SinB. Mereka berdua akan memasuki pertandingan di Universiti mereka.

"Hahaha. Sorry. Lately ni aku busy sangat, banyak aktiviti dekat U. Tak sempat nak tengok phone, balik rumah pun dah lewat malam, memang terus membuta jelah. Yang pasal whatsapp tu, sorry jugak. Kadang² aku selalu dpt message daripada entah sapa² nak berkenalan dengan kakak aku, so aku pun fikir kau macam tu jugak lah" Yewon menjelaskan dengan panjang lebar.

Mendengar kata² Yewon, Jungkook menjadi lega. Dia kemudiannya duduk di sebelah Yewon.

"Aku kan dah janji dengan kau, nak bagi tiket VIP fan meeting BTS. Dan secara kebetulan, aku ada event dekat area sini, jadi aku terfikir mungkin aku boleh cari kau kat gym dalam bangunan ni."

Yewon beriya oh sahaja. Tidak terlalu excited. Kalau dia masih tidak tahu yang Jungkook sudah mempunyai kekasih mungkin dia akan bersorak kegembiraan jika dapat tiket VIP tersebut, tapi sekarang ni dia dah beralih arah dan meminati kumpulan lain pula iaitu Gfriend. Mungkin jika dia meminati Girl Group, hatinya tidak akan sakit sebegini jika mengetahui anggota Gfriend sudah mempunyai kekasih.

Jungkook mula kehairanan melihat reaksi gadis itu. Kaku. Semacam tidak hairan melihat seorang Jeon Jungkook di hadapannya itu, sedangkan orang lain sudah berlumba² untuk mendekati dirinya.

"Kim Yewon" Jungkook memangil Yewon dengan nada yang lembut dan perlahan.

Belum sempat Yewon membuka mulutnya, tiba² telefonnya berbunyi kuat melontarkan lagu Mago, nyanyian kumpulan Gfriend.

"Hello, ma."

Jungkook membiarkan seketika Yewon berbual dengan ibunya. Tapi dia tiba² terfikir, kenapa ringtone Yewon sudah berubah. Mengapa dia tidak menggunakan lagu Just One Day lagi? Banyak persoalan yang muncul di mindanya. Dia harus bertanya kepada gadis itu.

Yewon yang baharu sahaja selesai bercakap dengan ibunya itu, berpaling ke arah Jungkook. Lelaki itu sedang memandang dirinya. Mata mereka bertentang. Yewon menjadi tidak keruan sekali lagi. Jantungnya berdetak laju. Dia segera mengalihkan pandangannya dan melihat objek lain. Tidak mahu berterusan melihat Jungkook.

"Yewon, kau minat Gfriend juga ke?" tanya Jungkook cuba memecahkan suasana yang awkward itu.

"Errr.. Aku.. Haah, aku sekarang ni suka kumpulan Gfriend, lagu diorang boleh tahan best² juga," terang Yewon.

"Err kau jangan pandang aku pelik pulak. Aku multi stan ok. Aku bukan minat satu group je" sambung Yewon lagi apabila Jungkook diam tidak berkata apa².

Melihat Jungkook yang masih mendiamkan diri, Yewon segera berdiri dan cuba untuk beredar dari situ. Tapi belum sempat kakinya melangkah, Jungkook telah menyambar tangannya terlebih dahulu.

"Ehhh kenapa ni?" tanya Yewon berdebar².

"Kau tu yang kenapa? Kalau gadis² lain dah teruja gila dapat jumpa aku. Tapi kau ni terbalik pulak." Jungkook sememangnya tidak berpuas hati dan geram dengan perangai Yewon.

"Aaaa.. Kenapa apanya? Jawapan dia senang je. Aku tak sama macam perempuan lain² yang kau maksudkan tu ok."

"Tapi sebelum ni kat suka aku kan? Minat aku. Suka suara aku yang merdu tu" Jungkook semakin terdesak.

Yewon memeluk tubuhnya. Ya memang dia suka dan meminati Jungkook tapi itu semua dah berlalu.

"Kalau aku cakap aku suka suara kau tak semestinya aku akan suka kat kau juga kan?"

Jungkook memerhati gadis di hadapannya itu. Gadis itu kelihatan resah dan juga cuba mengelak dari menatap wajahnya. Entah mengapa Jungkook merasakan yang gadis itu seakan tidak selesa bersama dengannya.

"Apaaa?? Kau tahu, aku bersusah payah cari kat sini. Tapi macam ni layanan kau pada aku?", Jungkook bersuara sedih.

Yewon tiba² merasa bersalah pada Jungkook. "Err, sorry lah kalau apa aku cakap tadi, membuatkan kau tersinggung. Aku.. Aku minta maaf ya?"

Jungkook tersenyum. Dia memandang wajah gadis yang berada dihadapannya itu. Baginya, wajah gadis ini mampu membuatkan dirinya merasa tenang. Jungkook mahukan gadis itu sentiasa berada disisinya. Tapi dia tidak tahu bagaimana mahu menjelaskan perasaan hatinya kepada gadis itu.

"Aku boleh maafkan kau, tapi dengan satu syarat", ujar Jungkook.

"Apa dia?"

"Kau kena temankan aku untuk hari ni. Boleh?", Jungkook memandang tepat ke wajah Yewon.

"Huh??!!", bukan main terkejut lagi Yewon mendengar syarat Jungkook. Syarat semacam apa itu. Sekarang ni, siapa idol siapa peminat sebenarnya?

.............

*awas typo bertebaran.




MY IDOLWhere stories live. Discover now