24

2.1K 184 7
                                    

SUASANA tiba-tiba berubah hening. Pendingin hawa seolah-olah tak berfungsi di ruang itu kerana mereka sendiri dapat rasakan panas di situ. Masing-masing memandang sesama mereka. Pandangan yang dingin, keliru dan tergamam.

Sara Ke mengeluh perlahan. Buat hal betul cucu lelakinya ini! Sudahlah bawa orang luar, teman wanita lagi. Tak malu sungguh!

"So you, Aryanna Evelyn?"

Aryanna tersentak. Mendengar suara serak lunak Serena menyoal. Teragak-agak Aryanna mengangguk. Matanya merenung tepat mata Serena yang runcing itu.

Cantik.

Wajah yang matang. Rambut hitam pekat beralun menampakkan lagi gadis itu seorang yang independent. Rahang yang tajam. Bibir yang mongel. Iris mata berwarna biru. Hidung mancung, alis mata yang cantik terbentuk.

Aryanna telan liur. Terlalu sempurna untuknya.

"Serena Seth. Nice to see you."

Serena Seth.

Hanya nama itu sahaja buat dirinya kaku. Dingin dan memukau. Entah mengapa gadis itu terlalu berbeza dengan dirinya yang serupa lemah ini.

Dan seterusnya Aryanna hanya mendengar apa yang Sara Ke bercerita fasal Serena Seth. Seorang gadis berumur sembilan belas tahun, satu-satunya anak daripada Odeliah Seth dan Jared Seth. Pewaris Ke yang seterusnya. Serena akan bertunang dan berkahwin mengikut syarat keluarga Ke. Terperinci Sara Ke menceritakan tentang Serena kepadanya. Aryanna hanya diam dan mendengar.

"Jadi, nanti awak akan bertunang?" tanya Aryanna.

"One day." jawab Serena kemudian menjeling Soren di sebelahnya.

Aryanna yang perasan turut memandang Soren. Zap! Tubuh Aryanna mengeras apabila Soren memandangnya dengan pandangan yang sukar dia tafsirkan. Waktu ini jugalah jantungnya mengepam laju.

Adakah aturan keluarga Sara Ke ini bertunang dan berkahwin itu... Serena akan berkahwin dengan Soren?

Soren mengukir senyuman kelat tapi matanya masih tidak lari dari terus menatap wajah cantik Aryanna. Serena yang perasan, wajahnya berubah. Menguyu matanya menikam Aryanna. Dean yang melihat masih membekukan wajah memandang Soren yang setia memandang Aryanna.

Penumbuk sudah dikepal seraya hujung bibir terherot menaik. Dean dan Serena saling memandang pasangan itu dengan perasaan yang cemburu.

Tiba-tiba Dean tersenyum sinis.

"If you know lah, kan..."

"Dua agama tak dapat bersatu. Berbeza agama tu sakit walaupun kau dengan dia dah lama bersama tapi akhirnya tak dapat disatukan," kata Dean dan kata-kata itu menyentakkan Soren dan Aryanna.

Serena pula angguk. Setuju dengan kata-kata Dean.

Soren memandang Dean tajam. Ya, dia pasti itu adalah Dean. Diri penuh dengan sarkastik. Diri penuh dengan pelbagai emosi dalam satu minda. Lagi-lagi senyuman kemenangan Dean yang melihat dia hanya diam.

Dia sedar.

Dia harus kalah demi Dean. Dia sayang Dean. Dia sanggup buat apa-apa sahaja demi Dean dan Dean juga sanggup buat apa-apa sahaja deminya.

Dia pasti.

Tetapi soal hati... Dia harus pertahankan.

"Hati kau dah berubah?" tanya Dean tiba-tiba tapi Soren dapat menangkap maksud itu.

"Ya. Sebab dia lain dari yang lain."

"Lain sebab apa? Sebab aku yang jaga dia dan kau hanya tunggu dia dah 'bersedia', barulah kau terima dia? Kononnya dulu berani sumpah yang kau bencikan dia dan sanggup pilih aku. Kau cemburu, Soren. Kau cemburukan aku atau dia?"

REDAMANCY Where stories live. Discover now