Kitorang balik ke bilik dorm untuk berehat. Aku tahu akan ada sesuatu yang akan berlaku tapi tak pasti apa dia.
Dalam hati aku hanya fikir apa yang kitorang tengah hadap sekarang nih. Kalau hantu, hantu jenis apa yang mencuri,toyol ? Fikir logik la, toyol nak mencuri duit daripada budak asrama? Melainkan budak budak sekolah yang bela. Kalau orang, siapa yang berani buat benda ni kat sekolah asrama penuh???
Rin : Aaarghhh,stress hakuee.
Nas : Tidur ja laaaa, jangan fikir sangat.
Aku mengeluh . Kalau benda ni tak berakhir aku kena pindah sekolah. Berakhirlah hidup aku dekat sekolah asrama nihhh.
Keesokan harinya....
Rin : Weh, jom jumpa cikgu. Bincang pasal hal semalam.
Kitorang ke pejabat cikgu penolong kanan.
Rin : Assalamualaikum cikgu...Cikgu ada masa tak ?
Cg pen.kanan : Waalaikumussalam. Ya, ada masa. Kenapa?
Kitorang menunjukkan barang barang yang kitorang jumpa masa buat rondaan malam semalam.
Cg pen.kanan : Apa benda ni ? Mana kamu jumpa benda ni ?
Nas : Benda ni mungkin boleh jadi bukti kita cikgu
Cg pen.kanan : Kenapa kamu pasti sangat?
Wan : Ini cikgu. Kain ni sama macam benda tu pakai.
Wan memberi kain tu.
Cg pen.kanan : Jangan mengarut la.
Nas : Betul, cikgu. Takkan cikgu tak percaya.
Cg pen.kanan : Bukan tak percaya. Macam mengarut tau tak. Takkan la hantu boleh tinggal kain dia dekat sini.
Rin : Masalahnya cikgu, kita bukan berurusan dengan hantu tapi manusia.
Cg pen.kanan : Dah dah. Mengarut la kamu semua nih. Saya ada kerja nak buat. Boleh keluar ya.
Kitorang keluar dengan perasaan yang geram. Boleh pulak kata mengarut.
Wan : Apa masalah cikgu tu eh? Bukan dia ka yang beria suruh kita tangkap pencuri tu, lepastu tak percaya pulak kita.
Nas : Itu la. Ish geram.
Rin : Pelik la wei. Memang pelik.
Nas : Apa yang pelik.
Rin : Entah la aku rasa ada sesuatu yang tak kena.
Wan : Apa dia?
Aku geleng. Aku malas cakap panjang panjang.
Wan : Macam ni la. Jom kita gi makan dulu. Buka meja, letak kopi, perghhh. Jom
Nas : Ishh kau ni asyik makan ja.
?? : Dah tiba masanya.....
YOU ARE READING
KAWAN PSYCHO
HorrorRin seorang pelajar sekolah berasrama penuh. Dia seorang yang baik hati. Dia bertemu Ika dan mereka berkawan baik. Satu kejadian aneh berlaku dan Rin dipersalahkan. Apa yang berlaku selepas ini?