-Fizzah Shah-
*kadang-kadang kita terlupa untuk menghargai yang didepan mata kerana mengejar yang lebih sempurna*
✨✨✨✨✨
Adlina POV.
Lepas je makan tengahari bersama tadi, Fayyadh ajak aku duduk di ruang tamu. Aku mengikut je sebab aku fikir dia nak berbincang.
"Abang nak kahwin dengan Qalisha. Abang nak bertanggungjawab atas apa yang terjadi. "
Prak! Hati aku hancur. Patah berkeping-keping.
"Abang cakap abang kena perangkap. Kalau tak salah kenapa kena bertanggungjawab atas bukan kesalahan sendiri? "
Aku cuba menghalang secara halus.
"Tapi semua ni dah jadi. Lagipun imej abang sebagai usahawan dan imej dia sebagai doktor kena jaga."
Aku ketawa kecil. Mudah untuk dia berkata-kata. Imej mereka kena jaga sebab nak selamatkan kerjaya. Habis tu bagaimana dengan imejnya, seorang isteri mithali tapi tetap di curangi.
"Habis tu bagaimana pula dengan imej Ad? Isteri teraniaya. Suami cari lain sebab nak dapatkan zuriat. Kelakar sangat! Seolah saya yang tak mampu bagi anak pada awak, seolah semua kesalahan atas bahu saya. Awak berpaling tadah dari saya sebab kekurangan saya. Awak cari yang lain untuk dapatkan apa yang awak nak pun sebab saya juga. "
Aku tahu Fayyadh kecewa bila tiada khabar baik dari aku, tapi tidak tahukah dia aku juga sedang menanti untuk ada anugerah yang akan ku kandung. Permata aku. Anugerah terindah kami.
Tipu lah kalau aku cakap aku tak ingin merasai pengalaman mengandung, melahirkan dan menyusukan anak seperti orang lain. Aku nak sangat bergelar seorang ibu. Tapi apakan daya, aku hanya insan biasa. Mungkin Allah sedang merancang yang terbaik untuk kami.
"Ad... Abang tak pernah ungkit soal itu pun selama ini. Abang terima semua ketentuan Allah. Tapi salahkan untuk abang ikhtiar cara lain untuk dapatkan anak sendiri? Lagipun abang bukannya nak buang Ad dari hidup abang. "
Sangat hancur hati aku kini.
Jadi aku kena berkongsi kasih, berkongsi suami dengan perempuan itu? Yakinkah diri aku nak lalui semua ini?
"Ikthiar lain dengan orang lain, bukannya saya? Zaman moden sekarang banyak cara yang kita boleh gunakan tapi awak decide untuk guna cara ni? Nampak sangat otak awak terlalu cetek. "
Aku tarik nafas perlahan.
Ujian IVF pun boleh buat tapi kenapa kena guna cara ni?
Kahwin seorang lagi... Mana-mana isteri pun takkan pernah setuju."Bawalah dia jumpa saya dan keluarga awak dulu. Lepas itu kita bincang sekali dengan keluarga awak. Sebelum tu, bagi perempuan tu ambil hati mama dulu. "
"Abang nak kahwin dengan dia untuk dapatkan anak je. "
Aku terpempan. Jangan cakap dia...
"Maksud awak kahwin dengan dia untuk dapatkan anak dan terus ceraikan dia bila dah dapat apa awak nak? "
Melihat dia mengangguk aku terus berdiri. Tak masuk akal langsung.
![](https://img.wattpad.com/cover/284810548-288-k223812.jpg)
YOU ARE READING
TAKDIR CINTA ADLINA
RomanceHati isteri mana yang tidak terluka apabila suami yang dicintai ditangkap khalwat dengan seorang doktor. 3 tahun dia bertahan dalam hubungan yang seakan tiada makna dan suram tanpa kehadiran cahaya mata yang menjadi pengikat kasih mereka. Adlina Sh...