Bab 10

2.5K 110 1
                                        

-Fizzah Shah-

✨✨✨✨✨

Pesanan yang dihantar oleh nombor yang baru saja memperkenalkan dirinya sebagai kekasih suamiku dipandang sepi.
Insan bernama Qalisha itu ingin berjumpa lagi dengan aku di lokasi yang tertera. 'Dreams Cafe'.

Dua hari lepas dah jumpa, harini sibuk ajak jumpa pula. Mengalahkan meeting projek juta-juta lah perempuan ni!

Dreams Cafe!
Setahu aku itu cafe milik seorang isteri kepada peguam terkenal di negara ini. Siapa lagi kalau bukan Nurul Madihah, salah seorang influencer dan juga usahawan yang membuka kafe bermula dengan menjual di gerai biasa di kampung akhirnya berjaya membuka kafe sendiri berkat bantuan keluarga dan idea dari suaminya sendiri.
Dan nama kafe itu juga diambil dari mimpi dan angan-angan wanita cantik itu untuk mengembangkan bisnesnya.

Aku bangga dengan wanita itu, bermula dari bawah, aku turut membaca kisah hidupnya sebelum menjadi kaya raya. Hidup sederhana bersama keluarga dimana bapanya berniaga di gerai bersama ibunya. Dia datang menolong bila balik dari sekolah. Dua orang adiknya turut menolong dan habis degree terus dia kembangkan bisnes ibu bapanya dari gerai biasa sehingga kini sudah beralih ke kafe.

Sekarang pun ibu bapa dia menolong menguruskan beberapa cawangan di sekitar Kelantan, negeri kelahirannya sendiri. Dia menguruskan cawangan kafe disini, sekitar Kuala Lumpur.
Dua orang adiknya pun terlibat sekali memandangkan sekarang susah nak cari kerja. Jadi jelah usahawan macam dia. Betullah, kita tak boleh mengharap pada lelaki je. Perempuan pun kena ada kerja dan duit sendiri.

Macam aku sekarang ni lah. Habis belajar je aku terus kahwin,masa tu usia baru 23 tahun. Tak sempat bekerja pun. Aku jadi suri rumah sepenuh masa, uruskan suami dan rumahtangga. Sekarang aku rasa dah tiba masanya aku take over syarikat dengan abang aku. Bangkit jadi wanita berjaya dan tak hanya mengharapkan suami je bagi duit. Tapi nafkah itu wajib bagi. Tak bagi aku smack down dia. Ish tak baik Ad.

Lama juga aku mengelamun, aku bangun dan masuk ke ruang closet yang menempatkan pakaian aku dan Fayyadh. Aku membuka pintu gelangsar kaca wardrobe dan sehelai kemeja labuh berwarna pink cair serta skirt kembang berwarna maroon dipadankan pula dengan tudung berwarna pastel.

Selesai aku mengganti pakaian, aku terus menilik pada cermin. Cantik je penampilan aku sekarang ni. Aku akui tubuh aku susah nak gemuk. Makan banyak pun tak gemuk-gemuk juga. Kurus slim, cantik dan tutup aurat macam ni pun still diduakan. Sedih.

Aku menghantar pesanan kepada Fayyadh untuk minta izin keluar. Baru saja aku hantar dia dah balas. Menyoal banyak pula dia ni.
Aku cakap aku nak pergi jumpa abang aku kat pejabat dia, terus Fayyadh izinkan. Tengok! Betapa besar kuasa abang aku sampai dia takut. Hahaha!

"Let's go Adlina yang cantik lagi menawan! Hari ini kau kena buktikan pada semua orang yang kau kuat! setakat nak jumpa bakal madu sekali lagi apalah sangat! " kata aku dengan semangat seraya tangan ligat memakai stoking di kaki.

Yakin dengan penampilan aku kali ini, aku keluar dengan membawa kasut bertumit sederhana berwarna pink juga di tangan. Hari ini melaram sakan aku.

Biar bakal madu aku terkesima tengok aku!

Biar bakal madu aku terkesima tengok aku!

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

✨✨✨✨✨

"Untuk apa lagi doktor nak jumpa I ya? "

Dia kulihat tersenyum manis seraya mengangkat tangannya ke atas. Mula-mula aku dah berkerut dahi.

Tiba-tiba angkat tangan dah kenapa? Rupan-rupanya nak tunjuk jari dia ada sebentuk cincin bertakhtakan sebutir permata. Simple dan cantik.

"Fayyadh yang bagi ke? Jadi korang betul-betul dah serius untuk ke fasa seterusnya lah kan? "

Aku pamer wajah tenang sebaik mungkin.
Takkan aku tunjukkan kelemahan aku.

"Ya, katanya dia nak cepatkan pernikahan kami. Kak Ad tak kisah kan? "

Eleh budak ni, muda setahun dari aku je tapi sibuk nak berakak-akak dengan aku. Lempang sekali baru tahu!

"Eh memang I yang suruh dia lamar you cepat -cepat. Benda baik takkan nak tangguh, kan? " aku senyum ceria pula.

Tanpa sengaja aku berbohong. Sejak kejadian bergaduh dua hari lepas, aku pun tak bertegur dengan Fayyadh. Tidur pun berpisah bilik. Fayyadh tak memujuk aku, aku pun tak terhegeh nak dipujuk rayu.

"Lagi pun, dari korang selalu keluar makan sama-sama, dating di tempat terbuka. Ada baiknya kahwin untuk elakkan fitnah. I tak nak lah nanti you kena tuduh sebagai perampas. Nanti tercalar imej you sebagai doktor di sebuah hospital terkenal tu. I ni bukan apa, risau juga tercalar imej hospital tu sampai dapat kecaman pula nanti. Lebih baik you settle kan cepat hubungan cinta you dengan suami I."

Eh aku tak sindir, saja nak beri nasihat berguna.

"Lagipun, couple tu haram. Sebaiknya cepat halalkan kalau dua-dua serius."

Dia ku lihat hanya diam. Terasa ke tu dik? Ini baru sikit aku bagi muka dah kelat kalah buah kedondong.

"Betul lah cakap Kak Ad. Sebab itu kami dah rancang bulan depan nak kahwin. Kami harap Kak Ad sudi hadir ke majlis kami juga. Kami takkan lupakan Kak Ad. "

Tersampuk setan ke minah ni? Ke main lembut lagi suara. Nak ambil hati aku ke?

Dia ingat aku kisah ke dia nak nikah dengan suami aku tu bila?

"Okey tahniah. Lepas ini boleh lah Fayyadh timang anak pula. I turut tumpang gembira kalau you berdua kahwin. Dah terbentang plan untuk bercuti seorang diri masa korang honeymoon nanti, tenang hidup I. Nanti jangan lupa hantar kad undangan you ya."

"Fayyadh dah bagitahu kak Ad pasal ni?"

Tak habis lagi minah ni cari point nak sakitkan hari aku!

"Setakat ni belum lagi. Alah kalau dia serius nak memperisterikan you, dia sendiri akan bagitahu I. I pun dah sedia nak tandatangan borang poligami. Jangan risau lah, nanti I boleh tolong buat persiapan  kahwin you berdua."

Aku maniskan muka tahap sebakul gula tumpah atas muka aku ni. Qalisha yang tengok muka aku sekarang ni pun boleh kencing manis nanti.

"Erm tak apa lah kak, itu je Sara nak bagitahu. Sara ada hal ni, pergi dulu ya. "

Aku hanya angguk tanda persilakan dia berambus!

"Hish aku ingatkan dia terus marah ke, sedih ke bila aku cakap macam tu. Nampak macam tak kisah pula dengan hubungan aku dengan Fayyadh." Sara Qalisha bercakap seorang diri ketika melangkah keluar dari Dreams Cafe.

Bukan main dia fikir banyak cara untuk buat Adlina jelous tapi tak berjaya pun. Siap kena marah dengan Fayyad lagi semalam sebab pergi jumpa Adlina.

Menyampah!!

Adlina pula hanya memandang belakang tubuh bakal madunya itu dengan sinis. Kononnya nak bagi dia mengamuk, belum apa-apa perempuan ni dah blah dulu!

"Nak main api sangat kan? Jom kita tengok siapa yang terbakar."

Dia tergelak kecil. Kelakar!





✨✨✨✨✨








Author pula geram nak buat chapter ni!!!
Nak buat Adlina terseksa dengan perangai Fayyadh pun fikir dua tiga kali huii. Tak apa la, author biarkan Qalisha je sakit hati dulu🤭

Btw enjoy it and vote!

KHIANAT CINTA ADLINACerita yang buat anda obses. Terokai sekarang