Mya Aralyn atau lebih dikenali dengan nama pendeknya Mya . Mya seorang gadis cantik dan berpewatakan lelaki yang hidup sebatang kara . Sekarang Mya berumur 16 tahun tetapi dia tidak seperti remaja diluar sana yang hanya tahu bergembira . Ya , semua orang mahu bergembira tetapi akibat tekanan hidup yang melampau menjadikan mereka matang. Begitu juga Mya yang sebatang kara mencari arah tujuan yang lebih baik tetapi tergelincir akibat tekanan hidup yang tidak normal . Tiada ibu bapa dan tiada siapa mahu menjaga anak nakal seperti Mya . Nakal? Ahh.. mental manusia yang tidak betul. Ketika Mya berumur 14 tahun , dia dikejutkan tentang berita ibu bapanya meninggal dibunuh dengan sadis sekali. Malangnya suspek tidak meninggalkan apa apa bukti dan kes itu ditutup begitu saja. Berbalik pada 'anak nakal' , makciknya iaitu kakak kepada ibunya Puan Arisa langsung tidak mahu menjaga Mya oleh kerana Mya selalu membuat masalah disekolah , padahal dibuli. Pakciknya iaitu suami Puan Arisa menganggap Mya seorang yang pembawa malang oleh kerana ibu bapanya dibunuh dengan cara yang ngeri . Selepas ibu bapanya meninggal Mya melarikan diri ke Johor dan menyara hidupnya sementara dengan duit simpanannya yang diberi bapanya dahulu di bank. Nasib menyebelahi dia , apabila dia pulang ke sekolah selepas mendapat berita sadis itu pihak polis memberi segala dokumen dan kad kredit milik ibu bapanya untuk menyara diri . Namun , dia terfikir untuk mencari kerja lain selepas itu tetapi tiada siapa mahu budak belasan tahun itu bekerja dengan mereka . Oleh itu , Mya Aralyn terpaksa menjadi penyeluk poket yang pantas .
••••••••••
"Aduh ! Siapa yang langgar aku ni ? Tak ada mata ke hah !" jerit seorang wanita separuh usia .
"Ma...maaf puan" kata gadis belasan tahun.
"Maaf maaf . Er lain kali jalan pakai mata bukan lutut", marah wanita itu.
"er dah tua tua pun mulut celupar " gumam Mya dalam hati.
"Maaf makcik. Eh puan." perli Mya.
'Makcik' tadi pun meninggalkan Mya yang meluat memandang wanita sombong itu . Dalam kekalutan tadi yang Mya sendiri hasilkan , sempat juga dia menyeluk beg wanita separuh usia itu dan mendapatkan dompetnya. " Hahaha..dapat makan sedap sedap malam ni ", gelak Mya .
"Aduh sakitlah ", jerit seorang lelaki . nerd ? ada lagikah orang begini . Yaa..semestinya ada . "Eh sorry adik , eh bang ". Mya keliru. Orang itu muda darinya atau tua darinya . Mukanya nampak seperti lelaki berusia 20-an tetapi dari cara pemakaiannya nampak seperti belasan tahun ." Lain kali jalan elok elok wak" kata lelaki itu.Yaa..dia memang tidak sengaja melanggar lelaki tadi. Buat apa menyeluk lagi sedangkan dia sudah ada duit yang mencukupi untuk makan malam . Bahkan ada lebihan untuk hari esok , yalah dia menyeluk beg wanita 'tua' kaya itu. Dia menyeluk hanya untuk keperluan hidup , makan , minum dan barang ke sekolah . Oleh kerana sekolah akan dibuka dia perlu menyara diri sendiri untuk ke sekolah. " Eh , aku mintak maaf " kata Mya dengan rasa bersalah. " Tak apa salah saya juga tak nampak awak lalu " kata lelaki itu . " Hm.. panggil aku Mya " kata Mya dengan teragak agak. " Ok Mya saya Danial". "Ok" jawab Mya sepatah dan berlalu pergi . "Ahh ada saja masalah , meluat aku dengan mamat tadi". Mya melalui tong sampah di tepinya dan memanjat tembok yang berada di depannya . Sudah menjadi laluan utamanya untuk balik ke rumah.••••••••••
"Kejar dia ! Jangan bagi terlepas ! Nak kena budak ni " Jerit lelaki berusia 30-an yang berbadan sasa itu . Sekumpulan lelaki berjaket hitam mengejar seorang gadis belasan tahun itu. " Ahh mereka tak panas ke pakai jaket hitam masa panas terik ni , kejar aku lagi . Nampak sangat gila " marahnya dalam hati . "Woi jangan lari ! sinila pencuri" jerit seorang daripada sekumpulan lelaki berjaket hitam."Pencuri? Aku pencuri? Heh maaf aku buat untuk aku hidup". Bisik Mya perlahan . Yaa.. Mya lah orangnya , berani mati untuk mendapatkan pendapatan . Walaupun dengan cara yang tidak betul . Dia 'terpaksa' melakukan juga . Bukk!! " Aduhh ! " Mya mengerang kesakitan sebaik sahaja dia terjatuh . Berpinar kepalanya , dia dapat rasakan yang sekumpulan lelaki 'gila' sudah pun menghilang . Haha.. laju juga dia berlari . Hitam sekelilingnya , dia tidak dapat lihat apa apa . Hm.. Mya pengsan. Heroin pengsan apa ni . Tak apa hero mesti akan selamatkan heroin .
••••••••••
Tit tit tit... Dia kenal bunyi tu . Bunyi benda kat hospital . Semasa dia melawat makciknya yang sedang koma , bunyi itulah yang bermain di kepalanya. Dia benci bunyi tu . Yaa..makcik dia koma. Kemalangan yang berlaku 4 bulan lepas menyebabkan pakciknya lumpuh dan makciknya koma. Doktor menyuruh dia menjaga mereka berdua tetapi dia hanya mampu lawat dan tidak memberi makan. Ahh.. biarkan sahaja pihak hospital yang menanggung mereka aku tidak bertanggungjawab atas mereka. Manakan tidak , pakciknya sendiri tidak mengakunya anak sedara. Lebih baik dia menanggung dirinya sendiri. "Kau dah bangun? " tanya lelaki belasan tahun itu . Mungkin . " Eh kau siapa ha , apa kau buat kat aku? " tanya Mya gelabah. "Aku buat ape kat kau? "lelaki itu menjawab. "Aku tanya kau , kau tanya aku balik tu kenapa" tanya Mya dengan nada yang tinggi . " Aku yang selamatkan masa kau tidur kat depan butik mama aku tadi tau" sindir lelaki itu. " Bukan tidur la aku pengsan dekat situ tadi" marah Mya. "Eh kau tidur siap dengkur lagi tau" perli lelaki itu. "Tak guna" Mya mendengus marah . Mereka bersembang bagaikan sudah berkawan lama , padahal baru sahaja kenal . Haha.. serasi betul mereka. " Aaa nama kau siapa ?"tanya lelaki itu. Kemudian dia menyambung " Aku Luthfi " lelaki itu perkenalkan dirinya. "Aku Mya" jawab Mya acuh tak acuh . Mya sungguh meluat apabila kenal dengan lelaki . Baginya , lelaki semuanya gila seperti 'pakciknya'. " Kau ni sebenarnya siapa? Mana penjaga kau? Apa kau buat sampai pengsan? " soalan demi soalan Luthfi tuju pada Mya. "Kan aku kata nama aku Mya" balas Mya dengan nada yang sedikit tinggi. "Janganlah marah aku tanya je. Sebab bila aku tanya pihak hospital dia orang cakap kau tak ada penjaga , jadi aku tanya lah kau sendiri. " kata Luthfi panjang lebar. "Mana tidaknya , masakan budak berumur 16 tahun ini tiada penjaga , mahupun ibu bapa tetapi hidupnya terurus , pakaiannya seperti baru dibeli dan agak mahal bagi seorang 'pengemis' seperti dia . Pelik jugaklah ! kalau dia bekerja , pekerja mana je nak ambil budak mentah seperti dia ni .Haha.. " sambung Luthfi di dalam hati. "Oii termenung apa tu haa ! Dahla aku nak balik " tegur Mya yang dari tadi melihat perbuatan termenung Luthfi itu. "Ehh kau nak pergi mana ni . Esok baru kau boleh keluar , harini rehat sini dulu" marah Luthfi . "Kau tak payah nak halang aku" tengking Mya . Dia tidak suka orang mengatur hidupnya , biarlah dia buat apa yang dia suka bukan kacau orang pun . "Eh eh kau ni degil sangat kenapa" balas Luthfi dengan nada yang tinggi. Mya berlari laju ke arah tangga yang bertulis 'exit' . Dia menjadikan besi tangga itu gelongsor untuk lebih cepat sampai ke lobi hospital . Luthfi yang baru saja sampai di pintu exit melihat sekeliling untuk mencari Mya yang melarikan diri dari hospital . Ahh.. perempuan degil.. Puas aku kejar kau , tapi hilang begitu saja.macamni first bab ? ada okay ka? HAHHAHA first time tulis nii . dahla aku takminat romance tapi takpe kita trytryy

YOU ARE READING
Lelaki itu Mafia
AcciónMya Aralyn seorang gadis cantik , tetapi akibat tekanan hidup dan hidup sebatang kara membuatnya mengambil keputusan untuk menyara hidupnya dengan menjadi penyeluk poket . Mya hidup sebatang kara akibat ibu bapanya dibunuh dengan sangat sadis , hany...