Part 1

300 28 37
                                    

*di pantai*

"Hati - hati main tu," jerit Fatimah, mama mereka. Tertawa kecil dia melihat gelagat anak - anaknya yang sedang bermain di persisiran pantai.

"Eish abang is la ni, kan dah nak kalah," ngomel Syae sambil menjeling abang keduanya, iaitu Iskandar.

"Tula raf suruh satu team dengan raf taknak," ketawa kecil dia melihat gelagat Syae, begitu juga dengan abang sulung mereka, Faqrul.

Ring! Ring!

Tatkala mereka leka melihat anak - anak mereka sedang aktif bermain, telefon pintar Ahmad, papa mereka, berbunyi nyaring menandakan seseorang menelefonnya. Tertera di skrin telefon tersebut nama "Bella" anak kepada adik Ahmad. Dengan pantas dia menyahut panggilan tersebut.

"Uncle.. abah.." tersedu - sedu suara Bella bercakap, diikuti dengan tangisan. Ahmad yang mendengar mula kerisauan.

"Eh Bella kenapa ni?" Tanya Ahmad kerisauan, dia takut kalau apa - apa telah terjadi kepada mereka.

"Abah accident uncle.." suara tangisan Bella semakin kuat kedengaran. Bagaikan tersentak jantungnya tatkala mendengar berita tersebut. "Bella kat mana? Uncle datang.. tunggu uncle," kata Ahmad tegas, dia memberi isyarat kepada Fatimah untuk memanggil yang lain dan berkemas.

Dengan pantas mereka mengemas dan mula bertolak ke hospital untuk menemui Bella dan Faizul, adik Ahmad.

*Di hospital*

"Aunty.." Bella terus meluru memeluk Fatimah sambil menangis ter esak - esak. Syae memandang ke arah Bella dengan pandangan yang sayu. Sungguh dia hiba mengenang nasib Bella, dibesarkan oleh ayahnya sahaja tanpa mengenal kasih sayang seorang ibu dan sekarang dia bakal kehilangan ayahnya.

"Mama..," panggil Ahmad, Ahmad memberi isyarat mata sayu kepada Fatimah menandakan Faizul tidak dapat diselamatkan. Fatimah mula memeluk Bella dan berkata "sayang kuat ye, jangan nangis dah shutt," sambil mengusap lembut kepala Bella.

Pengebumian jenazah Faizul berjalan dengan lancar. Kelihatan Bella yang masih terdiam merenung kubur arwah ayahnya. Kehilangan Faizul amat memberi kesan kepada Bella kerana Faizul lah yang bersusah payah menjaga dirinya sehingga dirinya sudah berumur 18 tahun.

"Rul bawa balik dulu semua, kesian Syae penat tunggu sini, papa dengan mama nak bincang sesuatu dengan Bella," kata Ahmad sambil menyerahkan kunci kereta kepada Faqrul. Faqrul bersetuju lalu menuju ke Syae yang sedang duduk di bawah sepohon pokok bersama Raf.

"Kejap abang Rul, Syae nak jumpa Bella jap," kata Syae lalu berlari anak ke arah Bella. Dengan pantas Syae memeluk Bella lalu berkata "Kuat always okay Bella, family Syae akan always dan selalu ada dengan Bella, anggap je kami ni keluarga kau," sambil tersenyum ke arah Bella.

"Thank you Syae," Bella tersenyum kembali ke arah Syae.

*Di rumah Syae*

"Agak - agak kan, mama dengan papa nak amik Bella jadi anak angkat ke eh?" Tanya Syae saat mereka berada di ruang makan. "Kenapa Syae tanya hm? Nak ke?" Tanya Raf sambil memandang ke arah Syae.

"Eh of course nak!! Teringin nak ada siblings perempuan juga! Mesti best kan sembang sama - sama," kata Syae teruja sambil membayangkan perasaan tatkala Bella bersamanya. Tersenyum lebar Syae tatkala membayangkannya.

"Syae"Where stories live. Discover now