Part 3

134 21 34
                                    

//note : I'm so so so sorry for the late part *sedih* busy with my exam week ugh -_- anyway, enjoy!!//

Ring! Ring!

Telefon pintar milik Syae berbunyi nyaring menandakan ada seseorang menelefonnya.

"Assalamualaikum uncle! Jangan risaula Syae ingat," kata Syae sambil tersenyum. Dia tahu bahawa Uncle Hasif menelefonnya untuk mengingatkan bahawa Syae perlu ke hospital untuk temu janji esok pagi.

"Waalaikumussalam ha uncle baru nak ingatkan, jangan mengelak ya!" Kata Hasif lembut lalu mematikan panggilan.

Keesokan harinya,

*Di meja makan*

"Erm papa mama sibuk ke harini? Tolong hantar Syae pergi hospital boleh? Kereta Syae rosak," tanya Syae kepada Fatimah dan Ahmad. "Erm sorry sayang, mama papa nak cepat harini," kata Fatimah lembut.

"Mama nanti hantar Bella pergi mall tau, nak hangout" kata Bella sambil menuruni tangga. Fatimah hanya mengangguk tanda dia tahu. Syae hanya diam melihat tanpa berkata apa - apa. Dia malas mahu merosakkan moodnya di pagi hari.

Setelah selesai makan, Syae naik ke biliknya untuk bersiap memandangkan sebentar lagi dia harus ke hospital. Setelah bersiap, dia menuju ke bilik Raf untuk meminjam motor Raf.

"Eh tak payahla, biar Raf hantar Syae. Raf risaula," kata Raf kerisauan. "Ala Raf, Syae nak cepat ni, takpe don't worry okay? Syae okay jela," Syae cuba sedaya upaya untuk memujuk Raf agar membenarkannya memandu motor sendirian, dia tidak mahu menyusahkan Raf yang baru sahaja bangun dari tidur.

"Haih" Raf mengeluh berat, entah mengapa hatinya tidak enak pagi ini. Seolah - olah, ada perkara buruk yang bakal berlaku. Tidak dinafikan berat hatinya untuk melepaskan Syae pergi membawa motornya. "Boleh yaa??" Tanya Syae untuk mendapatkan kepastian, tersenyum dia kepada Raf dengan harapan hati Raf bakal lembut membenarkannya meminjam motor Raf. Bukan masalah motor yang dirisaukan oleh Raf seperti apa yang difikirkan oleh Syae, akan tetapi Raf risau akan keselamatan Syae memandangkan Syae sudah agak lama tidak membawa motor.Keluhan berat Raf dilepaskan sebelum Raf mengangguk perlahan lalu menuju masuk ke biliknya untuk mengambil kunci motor.

"Thankyou Raf, Syae promise Syae update kat Raf bila Syae sampai hospital okayyy?" Kata Syae meyakinkan Raf. Raf hanya diam sambil memandang mata Syae. Syae tau abang kembarnya itu masih tidak mengikhlaskan untuk dia membawa motor sendirian. Syae tersenyum lalu berkata "Ish don't worry lah! Saayang Raf hehe byebye!" lalu berlalu pergi menuju ke tingkat bawah untuk keluar memandangkan dia sudah sedikit terlewat.

Syae menarik nafas panjang sebelum menyarungkan helmet dan menghidupkan enjin motor. Sungguh hatinya juga tidak berapa enak saat itu akan tetapi dia cuba mengendahkan perasaan tersebut kerana dia tiada pilihan lain memandangkan Fatimah dan Ahmad tidak mahu menghantarnya ke hospital. Rul dan Is pula masih lagi lena dibuai mimpi. "Bismillah.." kata Syae perlahan sebelum memulakan perjalannya.

----------------------------------------------------------

"Syae!!" kata Raf terkejut sambil memandang ke kiri dan kanannya, "Astagfirullahalazim.." istighfar Raf setelah tersedar bahawa itu hanyalah sekadar mimpi, mimpi yang menunjukkan Syae mengalami kemalangan jalan raya. Dia melihat telefon pintarnya yang menunjukkan jam 10:30 pagi. Masih tiada sebarang pesanan daripada Syae walaupun sudah 30 minit sejak Syae berlalu pergi membawa motornya. "Aik takkan Syae tak sampai lagi" kata Raf hairan.

Raf membuat keputusan untuk menelefon Syae. "Hello?" kata suara yang tidak dikenali oleh Raf, kedengaran suara orang ramai di situ. "Eh ini siapa ya? Mana adik saya?" tanya Raf mula kerisauan. "Cik ni abang dia ya? adik cik accident, sekarang kami tengah tunggu-" belum sempat orang itu menghabiskan ayatnya, siren ambulance jelas kedengaran. "Cik, cik tolong bagitahu saya hospital mana, saya datang secepat mungkin, terima kasih ya," kata Raf lalu mula bersiap untuk bergerak ke hospital tersebut.

"Syae"Where stories live. Discover now