Part 2

121 22 33
                                    

"Aik mana semua? Ibu! Mana semua," tanya Syae kepada maid nya, memang kebiasaan Syae memanggil maidnya sebagai ibu.

"Tadi pagi dia orang dah keluar, tak tau pergi mana," kata maid kepada Syae sambil menyapu ruang tamu.

"Happy Birthday Princess abang," kata Rul sambil merangkul bahu Syae. Dia mencium perlahan dahi Syae. Tersenyum seketika Syae walaupun hanya mendapat ucapan.

"Thankyou abang Rul sayang abang," Syae tersenyum sambil memeluk Rul. "Abang minta maaf tak dapat spend time harini, abang nak keluar, nanti kita spend time okay princess," kata Rul lalu berlalu keluar dari rumah.

Perasaan Syae sedikit hampa kerana keluarganya tidak berkumpul seperti biasa. Yah, kehadiran Bella di dalam keluarga mereka banyak mengubah benda.

"Ibu, nampak Raf tak?" Suara Syae sedikit sayu, sebak mula dirasai. Perhatian papa dan mamanya hanya diberikan kepada Bella. Is juga sudah mula fokus hanya kepada Bella.

"Raf.. em" sambil cuba mengingati kembali jikalau dia ada ternampak Raf. "Ha ada dia pun keluar pagi tadi, ibu taktau dia pergi mana," kata maid kepada Syae.

"Takpelah ibu, kejap lagi Syae keluar tau, ibu masak sikit je, Syae balik petang nanti kot," lalu Syae berjalan masuk semula ke biliknya.

Hari lahir nya pada kali ini sangat berbeza dengan yang sebelumnya. Kebiasannya akan ada mama dan papanya yang akan mengambil cuti dan keluar bersama - sama.

Sementara itu...

"Selamat Hari Jadi princess mama," sambil mencium dahi Bella. Ya, hari kelahiran Bella jatuh pada tarikh yang sama dengan Syae dan Raf.

"Terima kasih mama, papa, tak pernah - pernah Bella rasa macamni. Biasa arwah abah je sambut.." kata Bella sedikit sayu. Kelihatan Rul yang datang membawa bouquet bunga dan diberikan kepada Bella.

"Ni untuk puteri abang, minta maaf lambat, bangun lewat tadi hehe," kata Rul lalu duduk disamping Bella.

"Thankyou abang, sayang abang Rul," Bella tersenyum lalu mengambil bouquet tersebut. "Aik abang Is tak sayang ke," kata Is mencebik. Sengaja ingin bergurau.

"Dah dah jom bergambar, but first kita tangkap dulu gambar birthday girl kita ni," kata Rul sambil mengeluarkan camera nya.

"Erm Raf tak datang?," Tanya Bella kepada Rul, Rul hanya menggelengkan kepada tanda dia tidak tahu.

Bella membuat boomerang untuk diletakkan di ig storynya. Sengaja ingin menyakiti hati Syae seandainya dia melihat story tersebut.

----------------------------------------------------------

"Haih kenapa pula kereta ni?" Kata Syae sambil memulas kunci kereta. Mengeluh panjang dia tatkala menyedari keretanya tidak dapat dihidupkan.

"Eh ha Raf balik pun," kata Syae tatkala ternampak Raf yang memasuki perkarangan rumahnya bersama motor Raf. Dia mengambil sling bag nya dan keluar daripada kereta

"Eh birthday girl kita dah bangun, jom ikut Raf, jap Raf ambil helmet" belum sempat Syae menegur sapa Raf, Raf sudah berlalu masuk ke rumah untuk mengambil helmet.

"Kita nak kemana ?" Tanya Syae kehairanan, dia masih belum sempat memberitahu Raf bahawa keretanya rosak.

"Ikut je penat Raf hias tau" kata Raf sambil memakaikan helmet kepada Syae. Syae hanya menatap wajah Raf tanpa berkata apa - apa, hanya menuruti apa yang dikatakan Raf.

"Syae"Where stories live. Discover now