Satu keluarga yang sederhana. Inginkan sedikit kebahagiaan. Aura, dialah harapan keluarga. Mempunyai dua adik lelaki yang sangat mencabar. Mempunyai ibubapa yang langsung tidak memahami dirinya. Dia selalu dipersalahkan apabila sesuatu berlaku dalam keluarga mereka.
Benda yang Aura paling susah nak buang, adalah lupa. Hanya kerana satu benda itu, keluarganya akan mempersalahkan dirinya habis–habisan.
Disinilah kisahnya bermula…
Semasa Aura berumur 5 tahun, dia sudah mempunyai seorang adik lelaki. Membuatkan kasih sayang seorang ibu kepadanya mulai berkurang.
Dari kecil dia di ajar hidup berdikari. Walau salah sedikit pun, dia akan dipukul. Dimarah, dimaki. Umpama anak tiri.
Tiba disatu hari, ketika Aura cuti semester. Ibunya merancang untuk menyambut hari jadi adiknya di taman, oleh kerana rumah mereka yang kecil, dan agak kusam. Aura begitu teruja. Jadi dia bersiap–siap untuk membuatkan dirinya cantik dari yang biasa.
"Bawak beg hijau tu masuk dalam kereta." Kata ibunya, Aura mengangguk. Dia mengambil beg hijau itu lalu diletakkan ke atas kerusi sekejap.
Tidak lama kemudian, mereka sekeluarga bertolak ke taman. Ibunya setia memegang kek di tangan di dalam kereta.
Apabila sudah tiba, ibunya turun dahulu."Bawak beg hijau tu keluar. Dalam tu ada pisau kek." Arah ibunya sambil menikmati pemandangan di taman.
Aura mengangguk. Lalu dia mencari beg hijau tadi, namun tidak dijumpai. Dia mencari di setiap sudut kereta itu, masih tidak jumpa. Lalu bibirnya diketap kuat. Dia tahu ibunya pasti marah.
Ibunya datang dekat melihatkan situasi yang agak curiga itu.
"Mana pisau tu?" Tanya ibunya.
"Beg tu tertinggal." Sambung si ayah.
Raut wajah ibunya mula berubah. Hari sudah semakin suntuk.
"Dahlah kita baliklah!" Ibunya masuk ke dalam kereta lalu pintu dihempas kuat.
"Aku nak sambut birthday adik kau je, hancur harapan! Semua sebab kau! Tak habis–habis dengan kau punya lupa!" Tengking ibunya di dalam kereta. Dia dimarahi sehinggalah balik ke rumah.
Sebabkan penyakit lupanya, mereka terpaksa menyambut hari jadi adiknya di rumah. Setiap kata–kata yang dilemparkan kepada Aura, dia ingat sehingga kini.
Bagaimana ibunya melayan dia dari kecil hingga ke besar. Semuanya dia ingat. Dia pendam.
Sehinggalah satu hari, dia menganggap dirinya pembawa malang. Perosak kebahagiaan.
Akhirnya dia balik ke kolej. Itulah kali terakhir dia menjejakkan kaki di rumahnya. Setiap kali cuti minggu, dia tidak balik. Dia tidak lagi menerima duit poket dari ibubapanya.
"Ibu boleh berhenti bagi duit dekat Aura, Aura nak mulakan hidup sendiri. Tanpa ibu dengan abah. Aura taknak rosakkan hari bahagia keluarga kita lagi. Aura taknak menyusahkan ibu lagi, Aura… dah tak sanggup dengar kata–kata hina dari mulut ibu." Dia terus menutup panggilan. Nombor ibunya disekat.
Hanya berbekalkan duit elaun sahaja. Dia menyara hidupnya di alam pengajian.
6 TAHUN KEMUDIAN
Dia berjalan dengan penuh yakin. Macam biasa, fesyen dan solekan adalah perkara utama dalam hidupnya. Dia sentiasa dipandang sempurna, oleh kerana gayanya.
Lalu dia masuk ke bilik mesyuarat. Aura membuat presentation dengan sempurna. Semua maklumat yang disampaikan adalah terperinci.
"Jadi cik Aura. Macam mana dengan projek yang kita bincangkan semalam? Apa pendapat cik Aura?"
Matanya berkelip sekali. Ya, dia lupa tentang itu. Dia hanya bawa benda yang dia ingin bincangkan hari ini. Dia terlupa tentang projek yang mereka bincangkan semalam.
"Mmmmm…" bibirnya diketap kuat.
We'll talk about that tomorrow. So, bersurai." Aura keluar dari bilik mesyuarat dengan fikiran yang serabut.
Emy selaku pembantu peribadinya mula mengeluh. Dia nak buat lagi ke.
AURA masuk ke dalam bilik paling hujung di pejabatnya, lalu dikunci. Air matanya mengalir deras.
"Sampai bila kau nak jadi orang tak guna Aura!" Kepalanya dipukul banyak kali.
Emy yang mula rasa risau. Terus menghubungi seseorang.
"Hello encik Haikal. Cik Aura… dia…"
"Dia kurung diri dia lagi ke?" Sambung Haikal di hujung panggilan.
"Iya encik Haikal. Sebab dia lupa nak sambung presentation semalam." Balas Emy sambil menggigit bawah bibirnya.
Terdengar bunyi keluhan dari Haikal. Dia menutup panggilan.
HAIKAL terus bersiap–siap dan menghidupkan enjin kereta. Dia membawa kereta pada kelajuan maksimum, sehinggalah tiba di syarikat Aura.
Dia bergegas masuk ke dalam, kebetulan ada Emy disitu. Dia membawa Haikal hingga di tingkat 6.
"Cik Aura tak buka pintu dah 3 jam." Beritahunya.
"Thank you Emy. You boleh pergi." Emy mengangguk lalu meninggalkan dia seorang disitu.
"Aura…" panggilnya perlahan.
"Aura please… open the door." Dia merayu. Dia lebih risaukan Aura berbanding dirinya sendiri.
"Aura… sampai bila kau nak jadi macam ni…" katanya disebalik pintu.
Aura menangis. Sampai bila? Sampailah aku dapat jadi orang yang sempurna. Sampai orang tak dapat pandang rendah dekat aku.
"Aura… please don't be like this." Haikal masih merayu.
Haikal seluk poket, lalu dia keluarkan kunci pendua. Iya, memang dia ada. Tapi… dia ingin memberi gadis itu sedikit ruang.
Perlahan–lahan, dia membuka pintu tersebut. Dia memandang Aura di hujung bilik itu. Dengan suasana yang sangat gelap.
"Aura… tolonglah. Berhenti hukum diri kau." Air matanya hampir mengalir. Namun ditahan. Dia mendekatkan dirinya dengan Aura.
Dia melihat gadis itu masih lagi memukul–mukul dirinya sendiri.
"Stop hurting yourself." Dia pegang kedua belah tangan Aura.
"Sampai bila, aku kena hadap benda ni!" Dia menjerit.
"Aura… lupa tu, benda biasa untuk orang normal macam kita. Kenapa kau perlu… anggap benda ni macam satu kesalahan besar…"
"Memang kesalahan besar. Sebabkan benda macam ni lah! Aku dah rosakkan hari bahagia orang sekeliling aku! Sebabkan benda ni lah! Aku dianggap pembawa malang Haikal…" air matanya mengalir tak henti–henti.
"Aura… aku dah tak sanggup tengok kau terus menghukum diri kau. Lupakan benda yang lepas Aura, mulakan hidup yang baru." Haikal cuba memujuk.
"Please! Please… don't mention that words Haikal…"
Haikal sudah buntu. Tubuh gadis itu dipeluk semahunya. Itu sahaja cara untuk menenangkan gadis itu. Itu sahaja benda yang boleh dia buat, agar gadis itu terasa dihargai.
YOU ARE READING
BERHENTI MENGHUKUM
RomanceSatu keluarga yang sederhana. Inginkan sedikit kebahagiaan. Aura, dialah harapan keluarga. Mempunyai dua adik lelaki yang sangat mencabar. Mempunyai ibubapa yang langsung tidak memahami dirinya. Dia selalu dipersalahkan apabila sesuatu berlaku dalam...