"Baliklah Kal. I want to be alone." Ujarnya lembut.
"Aura, aku dah tak mampu nak tinggalkan kau, lepas apa yang dah jadi 6 tahun lepas." Tangan gadis itu masih digenggam.
"Maksud kau?" Tanya Aura dalam keadaan tak bermaya.
"Kau patut ingat sendiri. Sekarang ni Aura, aku nak kau berubah. Jadi balik macam Aura yang dulu. Yang ceria, yang tak pandai nak marah orang, yang sentiasa pertahankan diri kau." Haikal cuba memberi semangat pada gadis itu.
"And… stop hurting yourself…" dia melihat tangan Aura, ada sedikit luka.
"Aku taknak jadi Aura yang dulu. Aura yang dulu dah mati." Dia bangun, lalu pergi ke sebuah almari kaca.
Aura mengeluarkan sebuah botol kaca berwarna hitam. Haikal mengeluh berat. Dia berharap sangat supaya Aura kembali ke jalan yang benar. Hidupnya bagai jalan yang berliku. Walaupun dia seorang berkerjaya, tapi dirinya dah lama rosak.
"Letak botol tu Aura." Tegas Haikal.
"Please Haikal. Aku dah tak sanggup hidup macam ni." Air matanya mengalir lagi.
Haikal ketap bibir. Dia risau melihat keadaan Aura yang makin teruk.
"Only with this, dia boleh hilangkan segala memori yang ada dalam fikiran, walaupun untuk sementara." Jelasnya. Botol hitam tadi dibuka. Tanpa sempat Haikal menghalang, dia sudah meneguk air di dalam botol itu.
"Aura! Kau tau tak, kau bukan berubah ke arah yang baik. Tapi kau berubah ke arah yang teruk Aura. Apa gunanya kerjaya kau yang tinggi tu, kalau perangai kau macam ni Aura!" Haikal meninggikan suara. Dia bengang, Aura langsung tidak mahu mendengar nasihatnya.
"Itulah yang aku nak. Aku nak semua orang benci aku. Jadi diorang takkan berharap dekat aku dah.
"Kau dah mabuk ni. Dahlah Aura, stop talking nonsense." Haikal berjalan ke arahnya, lalu memegang kedua belah tangan gadis itu.
"Kau tau, aku tak pernah sekali pun usaha untuk sesuatu tu, dengan diri aku sendiri. Tengoklah. Aku nak bangunkan company ni pun, berkat dari pertolongan kau Haikal. I'm useless, kalau tak ada orang dekat sisi aku." Luah Aura.
"Aura… you're not useless. Tanpa kau, company ni takkan maju. Can't you see?" Dia pandang wajah gadis itu. Wajah yang selalu meraih simpati darinya.
Aura tergelak kecil. Tiba–tiba badannya mula rasa tak seimbang. Dia hampir jatuh namun sempat disambut oleh Haikal.
"I know you, orang yang selamatkan aku 6 tahun lepas. Tanpa kau, mungkin aku dah tak ada dekat dunia ni." Air matanya mengalir lagi.
"Arghh…" Aura jatuh terduduk kerana badannya hilang keseimbangan.
"Aura!" Haikal terus merendahkan badannya. Lalu dia memegang Aura yang hampir terbaring.
"Haikal. Can you love me?" Aura tersenyum kecil.
"You're drunk. Jangan minum lagi lepas ni." Matanya mula beralih memandang ke tempat lain.
"Look at me." Badan lelaki itu diraih, dia memeluk pinggang Haikal.
"Kau lebih berharga dari keluarga aku. You're my favourite one. Kau? Siapa orang yang kau suka dalam hidup kau?" Tanya Aura seperti hilang waras.
"Aura dahlah…"
"Please… only like me. Jangan cintakan orang lain. Cintakan aku sorang je. Kau je yang pandai hargai aku. Kau je yang selalu ada masa aku susah. Please, love me…" dia menangis sambil memeluk badan lelaki itu.
"Aura… please, Jangan buat aku berharap." Bibirnya diketap kuat. Dia tahu, perangai gadis itu tidak akan sama seperti dalam keadaan yang begini.
Tidak lama kemudian, dia mendukung Aura yang sudah tidak sedar, keluar dari bilik itu.
Emy terkejut melihat mereka berdua, membulat matanya melihat situasi itu.
"Saya bawa dia balik." Beritahunya.
"Ba… baik encik Haikal." Dia memberi ruang untuk mereka berdua lalu.
HAIKAL memandang gadis itu yang sudah tidur lena di sebelahnya.
"Kau dah sesat jauh Aura." Dia teruskan pemanduan.
Setelah tiba di perkarangan rumahnya, dia dukung Aura sampailah ke dalam rumah banglo itu. Lalu dia bawa gadis itu ke dalam biliknya. Kasut yang masih terletak di kakinya, dicabut perlahan–lahan.
"Aku tahu aku ni taklah baik mana, tapi aku tetap nak kau berubah Aura." Sejurus berkata begitu, dia terus pergi ke bilik air lalu membasahkan tuala kecil.
Dia pandang gadis itu, lalu menggeleng beberapa kali.
Wajah gadis itu di lap perlahan–lahan. Sehinggalah ke leher, tangan dan kaki. Lalu diselimutkannya.
"Night." Haikal terus keluar dari biliknya.
"EH, kamu datang lagi." Seorang wanita yang sudah berumur itu, tersenyum apabila melihat kelibat Haikal di dalam wad.
"Makcik sihat?" Tanya Haikal, dia balas senyuman wanita itu.
"Makcik macam ni lah. Duduk dalam wad. Ambil darah tiap–tiap hari." Ujar wanita itu.
"Makcik. Sampai bila nak rahsiakan benda ni dari dia?" Tanya Haikal terus terang. Dia dah tak sanggup nak berahsia.
"Makcik doakan dia dari jauh je. Tengok muka dia dekat media sosial pun, hati makcik dah lega. Dah berjaya dah dia." Dia tersenyum, bila teringatkan wajah anaknya itu.
"Makcik pergilah jumpa dia. Makcik tak rindukan dia ke?" Tanya Haikal lagi. Dia cuba memujuk.
"Makcik dah lukakan hati dia. Makcik tak sedar, dengan kata–kata makcik ni, dia rasa terhina. Makcik taknak, makcik takut nak jumpa dia. Makcik takut hati dia terluka lagi." Wanita itu akhirnya menangis. Panggilan terakhir dari anaknya sungguh menyentuh hatinya.
"Makcik, walaupun dia dah berjaya. Tapi… diri dia dah musnah. Dia ada masalah mental makcik. Mungkin sebab makcik terlalu nakkan kesempurnaan." Haikal berterus terang. Wanita itu perlu tahu.
"Macam mana… makcik menyesal Haikal…" air matanya mengalir deras.
"Tapi, saya faham. Ibu bapa mana yang tak kesah pasal masa depan anak–anakkan. Jadi, saya harap makcik dapatlah jumpa dia. Dia sebenarnya, rindukan keluarga dia. Cuma dia takut, dia akan bawa malang lagi dalam keluarga ni." Jelas Haikal.
Wanita itu diam tak terkata. Sampai macam tu sekali kesan dari layanannya kepada Aura.
YOU ARE READING
BERHENTI MENGHUKUM
RomantizmSatu keluarga yang sederhana. Inginkan sedikit kebahagiaan. Aura, dialah harapan keluarga. Mempunyai dua adik lelaki yang sangat mencabar. Mempunyai ibubapa yang langsung tidak memahami dirinya. Dia selalu dipersalahkan apabila sesuatu berlaku dalam...