AURA bangun dari tidur dan melihat sekeliling. Tempat tidur dia? Bukan dia di pejabat ke semalam?
Tak lama kemudian, Aura bangun dari pembaringan lalu membuka pintu bilik. Dia meninjau ke tingkat bawah, terlihat Haikal sedang berjalan sambil memegang beberapa helai kertas di tangannya.
"Bukan aku dekat office ke?" Tanya Aura kepada Haikal.
"Turunlah dulu." Arah Haikal.
Aura menjeling, lelaki itu terlalu baik buatkan dia rasa menyampah.
"Kenapa aku dekat rumah kau?" Tanya Aura bengang.
"Sebab aku bawak kau balik. Emy dah risau sangat tengok keadaan kau. Tak kesian dekat dia ke?" Tanya Haikal pula.
"Kalau dia rasa dah tak tahan sangat. Berhenti je lah. Susah sangat." Aura tunjuk muka menyampah.
Haikal yang dari tadi sibuk membaca, terus memandang Aura. Raut wajahnya terlalu serius membuatkan Aura berpaling ke tempat lain.
"And kalau kau benci aku. Kau boleh halau aku dari rumah ni." Aura mencabar.
"Kau tahu kenapa aku suruh kau tinggal dekat rumah ni?" Tanya Haikal. Aura angkat bahu, pura–pura tak tahu.
"Kau takut untuk hidup sendiri. Kau paling takutkan gelap, tempat tinggi. Kau paling takut menyendiri Aura. Sebab tu aku ambil keputusan untuk hidup dengan kau. Tapi apa kau buat? Kau gunakan kelemahan kau untuk hukum diri kau. Kau ni kenapa Aura?" Tanya Haikal bengang.
"Kau fikir aku ni Aura yang dulu ke? Aku dah tak takutlah dengan semua ni!" Aura mula menengking.
"Okay. Kau boleh keluar dari rumah ni." Sejurus itu, Haikal terus meninggalkan Aura yang masih terdiam, dia tak sangka Haikal akan berkata begitu.
"Haikal!" Jerit Aura.
"Hish!" Aura hentakkan kaki.
EMY berlari mendapatkan Aura yang baru sahaja masuk ke pejabat.
"Cik Aura! Cik Aura dah okay?" Tanya Emy.
"Lain kali, tak payah call Haikal lagi kalau I ada problem. Faham?!" Tengking Aura. Emy menunduk, tersentak mendengar suara Aura yang kuat itu.
Aura dengan rasa bengang, dia terus masuk ke dalam bilik paling hujung. Dia tak sangka Haikal akan menghalaunya.
"Wait…" dia rasa tak sedap hati. Lalu almari kaca dibuka, dia meraba–raba ke dalam ruangan almari itu, namun semuanya dah hilang. Kosong.
"Shit…" tak lama kemudian, Aura terus menghubungi lelaki itu.
"Where is my wine?!" Tengking Aura.
"Aku dah buang." Tegas Haikal.
"For what?"
"Supaya kau sedar, kau tu islam. Bukan kafir."
Aura tergelak. Bukan lucu yang dirasakan sekarang, tapi bengang. Bengang dengan perangai Haikal yang tak ubah seperti ibubapanya.
"Kau nak cuba ubah aku, tapi dah terlambat Haikal. Aku dah jauh sangat." Panggilan terus dimatikan.
RUMAH Banglo dipenuhi dengan barang–barang disekelilingnya. Haikal rasa tak sedap hati, dia terus masuk ke dalam. Terlihat Aura sedang mengemas barangnya sedikit demi sedikit.
"Kau buat apa?" Tanya Haikal pelik.
"Nampaknya kau dah tak boleh terima diri aku dalam hidup kau. I need to leave." Aura naik tangga dan mengambil barang–barangnya.
"Aura." Panggilnya. Aura buat tak endah, dia terus mengangkat beg satu persatu.
"Aura stop." Dia cuba untuk menghalang gadis itu.
"Aura!"
"What! You ask me to leave Haikal!" Tengkingnya.
"Aku tak maksudkan…"
"I know, aku hanya bergelar islam atas ic. But you hurt me so much!" Aura tahan air mata yang hampir mengalir.
"I'm sorry, Aura please." Haikal cuba memujuk.
"Aku dah tak layak duduk rumah ni. Okay, let me just leave." Aura mengangkat begnya perlahan–lahan.
"Aura! Please stay! Aku tahu kau terasa dengan aku." Dia berjalan mendekati Aura,
lalu tangan gadis itu dipegang."I'm sorry. Aku tak ada niat nak halau kau dari rumah ni. Aku cuma risaukan kau." Rayu Haikal.
Air mata yang ditahan akhirnya mengalir. Dia pusing menghadap Haikal.
"Aku dah tak tahan Haikal. Kau kena faham kenapa aku jadi macam ni." Jelas Aura.
"Cuma Aura… aku rasa dah tibanya masa untuk aku terus terang dengan kau." Kedua belah tangan gadis itu dipegang.
"I wanna change you…" Matanya menatap wajah gadis itu.
"Tak habis lagi…"
"Jadi isteri aku?" Luah Haikal. Segala perbuatan Aura terhenti buat seketika. Matanya membulat.
YOU ARE READING
BERHENTI MENGHUKUM
RomanceSatu keluarga yang sederhana. Inginkan sedikit kebahagiaan. Aura, dialah harapan keluarga. Mempunyai dua adik lelaki yang sangat mencabar. Mempunyai ibubapa yang langsung tidak memahami dirinya. Dia selalu dipersalahkan apabila sesuatu berlaku dalam...