Part 3

161 16 0
                                    

"Jomlah kita gerak.Group lain dah jauh kat depan" Jr. berkata setelah mereka berhenti rehat.

"Habistu macamana dengan Youngjae dan Sulli?"- Yein

"Pandai2 lah diorang cari jalan sendiri" - Yugyeom

"Kau ni memang penting diri sendiri kan?" - Amber

"Hek eleh kecoh lah kau.Kau taknak jalan sudah!" Yugyeom menengking Amber.

"Dahla tu korang" Yein cuba menenangkan mereka berdua.

Tiba-tiba Youngjae muncul semula entah dari mana.

"Youngjae!Mana Sulli?" Yein terus bertanya kepada Youngjae.

"Entah" Youngjae menjawab.

"Bukan dia depan kau ke?" - Jr.

"Manalah aku tahu" - Youngjae

"Aik?Bukan......." - Yein

"Dahlah jom teruskan.Kita dah jauh tertinggal ni" - Yugyeom

Mereka akur akhirnya dan meneruskan perjalanan mereka tanpa Sulli.

***

"Kenapa awak menangis?" seseorang bertanya kepada Sulli.

Sulli berpaling dan ternampak seorang lelaki yang tersenyum ke arahnya.

"Aw...awa...awak ...si...si..siapa?" tanya Sulli ketakutan.

"Nama saya Mark" jawab lelaki tersebut.

"Ohh awak buat apa dekat sini?" Sulli bertanya.

"Awak pulak buat apa kat tengah hutan sorang2 diri ni?" - Mark.

"Saya sesat.Saya tak tahu kawan-kawan saya berada di mana" - Sulli

"Saya tahu. Awak Sulli kan?" - Mark

"Macamana awak tahu nama saya?" Sulli terkejut kerana Mark mengetahui namanya.

"Awak mesti nak jumpa dengan kawan-kawan awak semula kan?" Mark mengalih topik.

Sulli hanya mengangguk.

"Saya boleh bantu awak tapi dengan syarat awak mesti......

***

"Aku tak nampak group lain pun" - Yugyeom

"Jap,rasanya bukan kita dah lalu tempat ni tadi?" - Yein

Pertanyaan Yein diabaikan dan mereka terus berjalan. Sementara itu,Amber tertumpu kearah sesuatu.Dia ternampak bayang-bayang seseorang di celah2 pokok.Semakin lama bayang-bayang tersebut semakin hampir dengannya.Tanpa disedari Amber telah jauh tertinggal di belakang.Amber mempercepatkan langkah kerana dia sudah tertinggal dari kumpulannya.Semasa berjalan, dia terasa seperti seseorang sedang mengekorinya.Akibat terlalu cemas, Amber terjatuh kerana tersepak akar pokok.

"Awak tak apa-apa?" satu suara menegurnya.

***

"Aku dah penatlah jalan tempat sama je!Jr. kau tahu jalan ke tak?" Yugyeom meninggikan suara.

Mereka terus berjalan dan berjalan sehingga tiada siapapun perasaan Amber,Yein dan Youngjae tidak bersama mereka.

***

"Kau tunggu sini" Youngjae berkata kepada Yein setelah dia menarik Yein bersamanya seperti apa yang dia telah lakukan kepada Sulli.

"Kau nak pergi mana?Aku nak ikut kau!Aku takut duduk sini sorang2" Yein merayu kepada Youngjae.

Bagaimanapun Youngjae terus berlalu pergi meninggalkan Yein keseorangan.Yein duduk bersandar pada pokok akibat keletihan dan akhirnya dia tertidur disitu.

"Yein" ada orang mengejutnya tidur.
Yein membuka mata dan............

***

"Awak tak apa-apa?" satu suara menegurnya.

Amber berpaling ke arah suara tersebut.

"Hai saya Jackson!" seorang lelaki memperkenalkan dirinya dan menghulur tangannya.

Amber berasa pelik tetapi dia memberanikan dirinya bertanya.

"Kenapa awak ikut saya?"

"Saya tak ikut awak pun"

Amber mengerutkan dahinya.

"Lutut awak luka.Biar saya tengok"
Lelaki yang bernama Jackson tadi duduk di sebelahnya dan memegang lutut Amber yang luka akibat terjatuh tadi.

"Auwww" Amber terjerit kecil kerana kesakitan.

"Lutut awak dah sembuh dengan sempurna"

Luka di lutut Amber hilang serta merta.Amber membelek-belek lututnya kerana terkejut luka tadi telah hilang.

"Macamana awak buat?"

Jackson hanya tersenyum.

"Awak mesti nak balik jumpa kawan2 awak semula kan Amber?"

"Awak tahu nama saya?" Amber membutangkan matanya.

Jackson sekali lagi tersenyum.

"Saya boleh tolong awak tapi dengan syarat........"

Siapa Mereka? //GOT7 fanfic//Where stories live. Discover now