Bahagian 12

35 4 0
                                    

Batrisyia Mawaddah mendudukkan dirinya di buaian di hadapan rumah besar itu.Nafasnya dilepaskan perlahan sebelum dia menoleh saat mendengar derapan kaki seseorang melangkah ke arahnya.

"Awak okey?"Tengku Adrean berdiri di sebelah buaian itu.

Batrisyia Mawaddah tidak mampu menjawab apa-apa.Dikatakan okey,sebenarnya tidak.Dikatakan tidak okey,takut nanti merisaukan lelaki itu.Yelah,siapa yang tidak terasa saat dirinya dan keluarganya dicaci hanya kerana asbab kemiskinan.

"Awak jangan ambik hati la dengan dia,dia memang macam tu.Saya pun memang tak pernah pun berkenan dengan perangai dia."lelaki itu mendudukkan dirinya di atas buaian itu.

Refleks,Batrisyia Mawaddah menjarakkan dirinya supaya sedikit berjauhan jarak mereka.

"Saya mintak maaf."cuba untuk dikeluarkan suaranya.

Tengku Adrean memandang aneh gadis di sebelahnya."Kenapa awak mintak maaf?"

Batrisyia Mawaddah cuba untuk memandang lelaki itu."Sebab saya,majlis hari jadi awak hancur."

Tengku Adrean tersenyum."Apa pula sebab awak?Tu semua sebab si ular tu jugak kan?"

Perkataan 'ular' yang dikeluarkan dari mulut Tengku Adrean membuatkan Batrisyia Mawaddah terkekeh.

"Awak pun sebut dia ular?"

"Dah kawan saya kat klinik sebut dia ular,saya pun ikut jelah."dia membalas.Dan sebenarnya dia agak gembira saat dia dapat melihat kekehan dari gadis itu.

Namun muka sedih gadis itu kembali terpapar."Tapi,mungkin betul apa yang dia cakap tu.Saya ni miskin,kenapa awak masih nak berkawan dengan saya?"

"Batrisyia,persahabatan yang ikhlas tak menilai harta tau."

Kata-kata lelaki itu membuatkan Batrisyia Mawaddah berasa gembira sekaligus sedikit sedih.Gembira kerana lelaki itu masih ingin berkawan dengannya walaupun mereka tidak setaraf.

Dan sedih kerana lelaki itu hanya menganggapnya sebagai kawan.

Sedangkan dia mengharapkan perhubungan yang lebih.

Klik!

Batrisyia Mawaddah tersedar dari lamunannya saat Tengku Adrean memetik jarinya di hadapan wajah gadis itu.

"Berangan apa pulak tu?Dah,jom masuk."ajak Tengku Adrean dan mereka pun masuk ke dalam rumah.

...

"I nak you cari semua maklumat tentang dia.I bagi you masa tiga hari sahaja."Tengku Annabelle berkata sebelum menyedut air di dalam gelasnya.

"Hanya cari?"

"Yes,hanya cari.Selebihnya serahkan pada I."

"No hal la Tengku,tapi khidmat saya ni buka percuma tau."lelaki yang duduk di hadapan Tengku Annabelle bersuara.

Senyuman sinis dihadiahkan."Masalah duit you jangan bimbang,I ni kaya la.Senang-senang je nak bagi duit."

"Bagus la macam tu.Jadi,saya jumpa Tengku semula kat sini tiga hari lagi ye."balas lelaki itu dan terus bangkit meninggalkan Tengku Annabelle.

Jus tembikai di dalam gelasnya disedut hingga habis.Kakinya disilangkan dan jari-jemarinya mengetuk-ngetuk meja itu.

'Kau pandai main dengan api,semestinya kau kena rasa bahangnya.Tapi jangan risau,aku takkan benarkan kau rasa bahang tu.Sebab aku akan campak kau dalam api tu terlebih dahulu.'hatinya berdetik dan dia meninggalkan restoran yang menjadi tempat pertemuan ya dengan lelaki yang baru diupahnya untuk.....













Belai Saya Jugak? | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now