Bahagian 17

42 5 0
                                    

"Adrean..."Tengku Adzira membuka pintu bilik anak teruna tunggalnya itu dan melihat Tengku Adrean berada di balkoni.

Tengku Adrean yang mendengar namanya dipanggil pun menoleh ke arah sumber suara.

"Mama."

Tengku Adzira melangkahkan kakinya dan berhenti di sebelah anaknya.

"Adrean dah okey?"dia memegang dahi anaknya yang sebelum ini terasa sedikit panas kerana demam.Mungkin efek dari trauma penculikan yang telah berlaku ke atas dirinya.

"Dah,Ad dah okey.Mama jangan risau ea."lelaki itu memeluk bahu ibunya.

"Ad."

"Hmm?"

Tengku Adzira terdiam membuatkan pandangan Tengku Adrean kini beralih kepada ibunya.

"Kenapa ma?"

"Tadi,uncle Anuar call. Dia nak mintak maaf atas apa yang dah berlaku."Tengku Adzira memandang anaknya.

Mendengar nama Tengku Anuar,Tengku Adrean hanya terdiam mengingati segala yang berlaku kepada dirinya dua hari lepas.

"Takpe lah ma,semua benda dah jadi.Lagipun,Anna dah kena tahan sekarang kan?Ad anggap tu balasan untuk dia."dia membawa ibunya ke dalam pelukannya.

"Ad dah maafkan dia?"tanya Tengku Adzira.

Tengku Adrean mengangguk."Mama pun tau Ad bukan orang yang pendendam,Ad maafkan dia.Cuma apa yang dia buat pada Batrisyia,tu Ad serahkan pada dia."

Tengku Adzira mengangguk dan mencium dahi anaknya.

"Mama.."

Tengku Adzira memandang anaknya.

"Sebenarnya,ada benda Ad nak cakap."

Perempuan itu memandang anaknya aneh."Ada apa?Cakaplah."

"Emm,sebenarnya....."

HUEEKK!

Ayatnya tergantung sebelum Tengku Adrean berlari ke tandas.

Tengku Adzira yang terkejut pun terus mengikuti anaknya.Dia pun menggosok-gosok belakang anaknya yang sedang mengeluarkan isi perutnya.

"Dah okey?"Tengku Adzira membawa anaknya duduk di atas katil sebelum menghulurkan sebotol air yang memang Tengku Adrean sediakan di dalam biliknya.

Dia pun mengambil botol yang disua oleh ibunya dan air di dalam botol itu diminum hingga separuh.

"Jap,tadi Ad kata ada benda nak cakap kan?"pertanyaan itu dijawab dengan anggukan oleh Tengku Adrean.

"Haah,sebenarnya-"baru sahaja ingin menyambung percakapannya,Tengku Adzira terlebih dahulu memotong.

"Adrean jangan cakap yang Ad mengandung?!"

BYUUURR!

Tengku Adrean mengelap mulutnya yang basah selepas air di dalam mulutnya tersembur.

"Ya Allah ma,Ad ni lelaki.Lelaki ma.Apa kejadahnya Ad ni mengandung?"dia berlari sebentar mengambil kain kecil di dalam tandas untuk mengelap air yang disemburnya di atas lantai.

"Takdelah,Ad kata Ad ada benda nak cakap.Lepas tu terus Ad muntah,mana la tau..."Tengku Adzira memandang anaknya yang kini sedang mengelap lantai.Namun teringin juga dia tergelak
membayangkan bagaimana andai anak terunanya ini betul-betul mengandung.

"Ma,Ad bukan gay ye.Cuma tadi Ad memang pening sikit.Ishh..." Tengku Adrean membuat gaya merajuk.

Kini,Tengku Adzira memang ingin tergelak melihat telatah anaknya yang sudah berumur 25 tahun.Tetapi merajuk mengalahkan budak-budak.

Belai Saya Jugak? | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now