• BT 1 •

15 2 0
                                    

" No !.", hampir serentak mereka menjawab .

" Hawa , awak dah gila ke nak suruh saya kahwin dengan Una ?.", Haqeem tidak berpuas hati pabila tiba - tiba isterinya itu meluahkan hasrat untuk  menyuruh dia dan Harluna untuk berkahwin .

" Tak abang . Tak . Sebab Hawa tak gila lah Hawa minta abang kahwin dengan Una .", kali ini , Hawa pula yang tidak berpuas hati pabila dikatakan gila oleh suami sendiri .

" Wa , mana boleh macam ni . Haqeem kan suami Wa . Mana boleh Wa suruh kami berkahwin .", Harluna  cuba untuk berlembut , tidak seperti Haqeem yang sudah pun berdiri sambil mengepal buku lima .

" Una , tolonglah dengar permintaan saya yang terakhir ni . Saya dah nak mati . Saya tahu kalau saya dah tak ada , tak ada siapa yang boleh jaga dan sayangi Haqeem seperti yang saya lakukan selama ini ."

" Boleh tak kalau sayang jangan cakap tentang mati dah ? Sayang tak perlu lah lakukan semua ni . Abang pandai jaga diri sendiri . Abang dah besar dan berkerjaya . Abang boleh buat semuanya sendiri . Tak perlu walau seorang manusia yang perlu jagakan abang .", Haqeem mula berlembut . Dia sedar akan jangka hayat isterinya yang makin pendek . Jadi dia tak nak sia-sia kan waktu terakhir ini bersama isterinya .

Namun tak dia sangka kan pada waktu - waktu beginilah isterinya tiba - tiba meluahkan hasrat tersirat yang selama ini dipendam oleh isterinya sendiri .

" Ya . Una pun percaya yang Haqeem boleh buat semuanya sendiri . Jadi tak perlu agaknya Una kahwin dengan Haqeem ,"

Jeda .

" Maafkan Una sebab tak terima permintaan Wa . Una cuma tak berani untuk mengambil hak milik Wa , rakan baik Una sendiri ,"

Jeda lagi .

" Rasanya Una kena balik sekarang . Dah lewat . Fii Amanillah Wa , Qeem . Assalamualaikum .", baru sahaja Harluna selangkah melepasi pintu rumah agam milik Hawani dan Haqeem , tiba - tiba seseorang menarik tangannya kuat .

Alangkah terkejutnya Una pabila dia berpusing sahaja , terlihat muka Hawani yang sudah basah dengan air mata yang tidak berhenti berjurai . Terus sahaja dia memeluk Hawani .

" Ha-hawa .. ", mata Una sudah berkaca melihat Hawani yang teresak - esak di dalam pelukannya .

Haqeem yang sedari tadi memerhati adegan tersebut , terus memalingkan muka . Sebak mula bertandang melihat usaha isterinya yang cuba menyatukan dia dan Harluna .

" Tolong sangat - sangat Una . Tolong kahwin dengan Haqeem . Saya tak nak Haqeem keseorangan bila saya dah tak ada nanti . Saya cuma boleh harapkan Una saja sekarang sebab saya percayakan Una . ", Hawani merayu di dalam pelukkan Harluna .

Harluna diam memeluk Hawani . Dia sudah kehabisan kata untuk menjawab segala rayuan Hawani .

Perlahan , Harluna melepaskan pelukan sambil memandang ke arah lantai mozek yang kosong seperti mindanya ketika itu .

Dia berlalu tanpa berkata apa - apa .

Haqeem yang menyedari tindakan Harluna meninggalkan Hawani tanpa jawapan , terus berlari menuju ke arah luar rumah untuk mendapatkan Harluna .

Hawari sedari tadi , hanya terduduk sambil bersandar pada pintu rumahnya .

" Harluna Iris binti Hariz Iman !", kuat Haqeem menjerit memanggil Harluna .

Bidadari Terindah ( OG )Where stories live. Discover now