"SAQ !"
Raana Nashmia bingkas bangun dari tidur. Dia meraup muka. Mimpi itu lagi. Hampir setiap malam bayangan lelaki itu muncul dalam mimpinya.
Tok !
Tok !
Bunyi ketukan pintu mengalihkan pandangan Raana Nashmia. Arlina menjengukkan kepalanya sebelum melangkah perlahan ke arah Raana Nashmia.
"Kau mimpi tu lagi ? " Soal Arlina lalu melabuhkan punggung ditepi katil.
Raana diam. Terdengar keluhan dilepaskan.
"It's has been 5 years Raana, you still can't forget him. Still dreaming him."
"Yes, I know Lin.. I try to forget everything. But, sometimes mimpi tu muncul dengan sendirinya tau tak. Aku tak boleh nak control." Keluhan dilepaskan lagi.
Arlina menggosok bahu sahabatnya itu bagi menghulurkan sedikit kekuatan.
"Hmm.. aku tahu kau mampu Raana, selama 5 tahun ni kau dah buat yang terbaik untuk diri kau. Dan syukur alhamdulillah, keadaan kau makin membaik berbanding dulu."
Raana mengangguk.
"And thanks to you Lin sebab kau selalu ada dengan aku saat aku jatuh. Kau tak pernah jemu bagi kata-kata semangat buat aku. Cari kerja untuk aku."
Ya ! Arlina lah yang banyak membantunya untuk pulihkan semangat selain ahli keluarganya sendiri. Dia tidak jemu memberi kata-kata motivasi kepada gadis itu. Arlina juga yang mencadangkan untuknya bekerja di Daisy Publication. Tujuannya gadis itu hanya satu, dia tidak ingin Raana terus tenggelam dengan kisah lalu. Kisah yang boleh dianggap sebagai peristiwa pahit dalam hidup gadis tersebut.
"Alaa.. takdalah Raana, aku dah anggap kau macam kembar aku sendiri tau. Dah lah, tak payah nak fikir lagi benda tu. Kalau aku jatuh, kau tolong. Kalau kau jatuh, aku tolong. Tapii..." Arlina jeda seketika.
Raana memandang wajah Arlina disebelahnya.
"Tapi?" Soal Raana kemudian.
"Tapi kalau dua-dua jatuh, alamatnya kena duduk sama-sama lah. Hahahaha.." sengaja dia ingin menceriakan mood gadis itu.
"Eleh kau ni Lin.. ada-ada aje kan. Hmm, sekarang pukul berapa eh?" Soalnya kembali.
Handphone ditepi katil dicapai.
"Dah nak masuk waktu subuh dah ni. Jom lah bersiap." ajaknya pula lalu bingkas turun dari katil.
Arlina mengangguk lalu membuntuti langkah Raana dihadapan.
******
Tok !Tok !
"Masuk .."
Raana menapak masuk ke bilik Puan Bosnya setelah diberitahu oleh Kak Wati tadi.
"Ya Puan Bos ?" soal Raana dengan senyuman.
"Okay Mia.. saya cuma nak inform dekat awak pasal novel awak tu. Start minggu depan diorang dah start shooting. And get ready ye. " Pesan Puan Bos pada Raana yang duduk berhadapan dengannya.
Raana mengangguk faham. Jadi, bermula minggu depan dia akan bekerja diluar bidangnya. Demi kesempurnaan watak dalam novel yang dia tulis sendiri, dia sanggup berpanas berhujan diluar nanti. Sesuatu cerita tidak akan hidup dan menarik tanpa penjiwaan watak. Harap maklum dengan itu.
"Baiklah Puan Bos. Nanti saya akan pergi ke tempat set. Location nya dekat mana? "
"Ermm.. nanti location saya akan whatsapp dekat awak. Don't worry. And I hope Mia drama tu nanti akan meletup jugak seperti novel awak ni. Tak sia-sia saya ambil awak bekerja disini." satu pujian buat Raana.
YOU ARE READING
Takdir Tercipta
RomanceAngkara satu peristiwa, takdir mempertemukan Raid Saqeef dengan Raana Nashmia. Raana Nashmia, gadis penulis novel yang berkerja di salah satu Syarikat Penerbitan ternama di Kuala Lumpur. Raid Saqeef, lelaki yang mempunyai kisahnya yang tersendiri. ...