satu

2.3K 43 0
                                    

˚₊⁎ˍ̮ ⁎⁺˳

suatu pagi yang hening. Hannah terjaga daripada tidur lenanya. dia tersedar awal dari waktu jam locengnya berbunyi. dia mencelikkan matanya dan melilau memandang kearah jam. jam tersebut menunjukkan pukul 6.15.a.m hannah menggeliat dan mengelongsor turun dari katil. dia berjalan kearah balconi biliknya dan menyelak langsir. matanya melihat sekeliling.

Hannah menarik nafas sedalam dalamnya dan menghembuskan ia , Hannah berasa tenang dengan keadaan tersebut. kelihatan kawasan rumahnya yang sangat sunyi sepi , tiada satu kereta yang lalu dan kedengaran burung berkicauan di waktu pagi. setelah 10 minit merenung kosong di berandar, hannah  mula tersedar dari lamunan dan berlalu pergi dari balkoni tersebut.

Hannah pergi ke arah almari dan membukanya lalu mengambil tuala untuk mandi. Hannah berlalu pergi masuk ke dalam bilik mandi.

-

Hannah mengeringkan rambutnya dan bersiap untuk beransur gerak ke universiti. Hannah keluar dari bilik dan mengambil kunci kereta yang bergantung di tepi pintu apartmentnya dan bergegas pergi ke parkir lot.

tanpa menyedari yang dia masih tidak memeriksa handphonenya dari pagi. sebelum bergerak dia membuka dan melihat jika ada apa apa mesej. kelihatan ada satu mesej dari seseorang . Hannah hanya mengabaikan ia lalu menutup semula handphonenya dan bersedia untuk memandu.

-

swu university

"Mark!!! kenapa kau tak reply text aku !?" soal Sara yang kelam kabut sambil berlari ke arah Mark yang sedang duduk di meja campus. Mark hanya tersenyum melihat gelagat sahabatnya. sebaik sahaja Sara sampai di meja yang didudukinya Mark mempelawa Sara duduk disebelahnya. Sara duduk.

"bukan saja saja tak reply, nak tengok juga kau ni care ke tak dengan aku" Mark tertawa kecil. Sara hanya membuat muka menyampah terhadap Mark.

"pagi ni ada kelas tak?" soal Mark

"kau tak tengok jadual ke macam mana ni?"

Mark menggeleng sambil tersenyum kambing. Sara menunjukkan handphonenya kepada Mark untuk melihat jadual pada hari tersebut. selepas melihatnya dengan teliti Mark mengangguk tanda faham akan jadual pada hari tersebut dan tiada kelas pagi.

"habistu kalau takde kelas apa motif kau ajak aku datang awal pagi ni?"soal Mark yang sedang pelik

"saja ajak kau usha crush aku"

"oh patutla-"Mark mengangguk "eh wait what!? crush? kau ada crush?"

"lah dah kenapa kau nak terkejut. pelik sangat ke?" Sara tertawa kecil

"pelik la weh, kau tak pernah cakap yang kau ada crush. tiba tiba ada crush ni. pelik la juga aku. siapa crush kau? lelaki mana yang kau nak ni? nak tengok juga handsome macam aku ke tak "

Sara tersenyum malu dengan pertanyaan itu. tiba tiba seorang gadis berambut panjang berwarna blonde melintas dihadapan mereka. dengan sengaja Sara tidak mahu menjawab soalan yang diajukan oleh Mark, Sara merenung ke arah gadis itu.

-

"ha iya aku dah nak sampai lah ni. ish kau ni sabar la" Hannah mematikan panggilan dan berlari menuju ke bilik club theater. sampai sahaja dipintu club theater tersebut hannah menolak pintu. kelihatan seorang wanita berambut hitam berdiri di hadapannya sambil bersilang tangan didada.

"janji pukul berapa? ini dah pukul berapa?" soal wanita itu

"eh hello, aku keluar awal okay. jalan jammed tadi" jawab hannah

precious girl  [GXG]Where stories live. Discover now