lapan

580 28 1
                                    

title song : traitor by olivia rodrigo

🍥

disebabkan tertidur awal, Sara tersedar dari tidurnya yang nyenyak. matanya melilar kekiri dikatil tempat Hannah tidur tetapi tiada susuk tubuhnya disitu. Sara panik dan mula risau, matanya mula segar dan segera mengelongsor dari katil dan pergi mengambil handphonenya untuk melihat waktu.

jam menunjukkan 1.15a.m

masih tengah malam. mana perginya Hannah. Sara cuba memanggil "Hannah?" dia pergi ke tandas berkemungkinan Hannah berada disitu. sepi, tiada sepatah kata pun yang terdengar. tiba tiba Sara terdengar suara seperti sesuatu terjatuh diluar biliknya. kerisauan yang amat melanda Sara dan dia terus bergegas keluar dari bilik.

sebaik sahaja Sara membuka pintu. kelihatan hannah yang sedang terduduk di tanah sambil mengaduh kesakitan. Sara berlari mendapatkan hannah.

Sara kelihatan sangat risau terhadap Hannah. apa yang ingin dilakukan oleh Hannah di tengah tengah malam begini. aku ada buat salah ke dengan Hannah, fikirnya. pelbagai persoalan yang bermain di fikiran Sara.

"are you okay Han?" Sara memandang Hannah dengan cemas.

Hannah tertawa dalam hati. comel je , risau pasal aku.

"awhh, sakit" Hannah bermuncung sambil mengadu  kesakitan, dia menggosokkan sikunya yang cuma dipenuhi tanah.

"mana sakit? sini eh?" soal Sara yang masih dalam keadaan cemas sambil memerhati siku Hannah.

Hannah tidak dapat menahan tawanya dan akhirnya ketawa kecil.

Sara memandang Hannah pelik. kenapa aku ada buat apa apa ke? kenapa dia ketawa? soal Sara dalam hati. "uhm kenapa Han? kenapa you ketawa. risau lah i"

Hannah tersenyum "you tu , comel sangat . you risaukan i eh?"

Sara mula tersedar dan menatap tajam mata Hannah

Hannah ketawa kecil "betul lah, you nampak risau sangat. padahal takde apa pun. sebab tu i tanya"

"oohh sengaja nak kena kan i eh. hah nah amik ni amik" Sara mengeletek manja pinggang Hannah dan membuatkan Hannah tertawa.

"okay okay Sara, sorry sorry hehe, i jatuh sikit je tadi. pastu i nampak you keluar, itu saja i belakon buat buat sakit" Hannah memberikan senyuman yang menampakkan giginya yang cantik tersusun.

"eee buat risau je, dah dah bangun jom masuk. dahla sejuk ni, malam pulak tu. you boleh duduk dekat luar pulak" bebel Sara dan cuba menolong Hannah untuk bangun tetapi ditolak.

"eh kejap la, jom duduk sama sama tengok langit"
pelawa Hannah

Sara mendongak melihat langit, "apa yang you nak tengok? takde apa pun Han. bintang pun takde"

"ada la, you je tak nampak" jawab Hannah

Sara memandang pelik. "mana?"

Hannah menunjukkan jarinya kearah sara "ni bintang, depan i ni"

Sara cuba untuk berlagak seperti tiada apa apa yang berlaku dan cuba untuk menutup senyumannya. dia hanya merenung Hannah , kononnya memberi reaksi yang tidak berpuas hati dengan jawapan hannah tadi. padahal hatinya berbunga bunga.

precious girl  [GXG]Where stories live. Discover now