Teaser 3

161 7 0
                                    

#unedited
.
.
.

"Sir buta."

"Dhea..."
Dhea angkat tangan depan wajah Adham. Mengisyaratkan 'talk to my handlah!'

"Sabar, saya tengah cakap ni."
Serta-merta Adham diam.

"Apa yang Sir cakap dekat saya lima tahun lepas..." Dhea buka langkah setapak, mahu berdiri betul-betul di depan Adham.

"...saya tak lupa, okey?" Dhea jeling. Apa? Sir Adham ingat dia nak nangis ke? Dhea tak kisah pun sebenarnya.
Tapi Dhea paling tak suka orang tinggikan suara dekat dia. Sampai bila-bila pun dia akan ingat, tahu!

"Sorry."

"Apa dia?" Dhea tertarik apabila dengar sepatah yang keluar daripada mulut Sir Adham dia. Sir Adham dia? Err, silap. Sir Adham tu bukan Dhea punya.

"I'm sorry."

Dhea sengih jahat.
"Sorry naik lori pergi punggah kayu balak sana!" Dhea terus buka langkah pergi dari situ.

Adham tergamam. Tak percaya.

Berpaling ke belakang, Adham nampak Dhea bercakap dengan pekerjanya sebelum keluar dengan seseorang.

Yang buat Adham tak tenangnya, orang yang keluar dengan Dhea tu lelaki. Bukan seorang tapi...dua.

Jantung mula berdetak tak sekata. Takut bakal kehilangan Dhea buat kali kedua.

MRS. ADHAM | EBOOKWhere stories live. Discover now