Nama penuh aku adalah Azhar Ahmad, aku tinggal di salah sebuah kampung di negeri yang terbesar di semenanjung Malaysia ini, aku dilahirkan dengan mempunyai rupa yang menawan. Kenapa aku berkata bergitu, disebabkan emak aku adalah keturunan cina mualaf dan bapa aku pula dari keturunan bugis. Dengan kelebihan yang aku ada ini, aku mengunakan kelebihan ini untuk tujuan rancangan aku pada kemudian hari nanti. Apabila umurku meningkat ke umur 24 tahun aku memberitahu ibubapa yang niat aku mahu keluar dari kampung aku untuk pergi mencari kerja di kuala lumpur. Ayah aku tidak membantah, malah dia lagi mengalak aku pergi mencari pengalaman di tempat baru. Cuma emak aku yang keberatan untuk merelakan aku pergi di sebabkan naluri mak sentiasa bimbang dengan keselamatan aku disana nanti.Pesan ayah aku mudah sahaja pada aku yang aku tak boleh lupa sebelum aku melangkah kaki aku ke kuala lumpur, kalau kamu rasa kamu tak boleh hidup di sana, pintu untuk kamu di kampung ini sentiasa terbuka untuk kamu kembali, ayah akan terima kamu seadanya. Dengan duit simpanan RM 300-ringgit yang aku simpan dan sedikit duit ibu bapa aku berikan, aku pasrah dan berserah kepada nasib aku sendiri keluar untuk keluar merantau meninggalkan kampung aku dan mencari kerja aku sendiri di ibunegara Malaysia ini.
Sampai sahaja di kuala Lumpur aku nekad untuk mencari pekerjaan secepat mungkin untuk menampung hidup aku. Banyak tempat aku pergi interview untuk memohon perkerjaan, pantang ada orang cakap ada kerja kosong di sekitar tempat aku tinggal, aku akan segera memohonnya. Sekarang sudah hampir sebulan aku disini, hidup aku di bandar kuala Lumpur ini sebiji macam orang gelendangan merempat di kaki lima, duit simpanan yang aku simpan hanya cukup untuk duit makan dan minum aku sahaja. Tempat tidur aku pula di bawah jambatan dan kaki lima kedai atau mana-mana yang selesa untuk aku berteduh, mandi pun asal boleh sahaja di mana-mana masjid. Di bandar besar ini banyak pengajaran yang aku anggap perit aku pelajari, walaupun kamu mempunyai kelebihan dari segi rupa namun itu tidak boleh membantu kamu untuk mengisi perut kamu yang lapar, disini semua pekerjaan yang ditawarkan memelukan sijil kelulusan pembelajaran dan juga pengalaman kerja kamu buat sebelum ini, barulah kamu dipandang untuk diterima bekerja.
Untuk mendapat pekerjaan bagi golangan yang tidak berpelajaran tinggi seperti aku ini amat susah disini. Aku yang hanya kelulusan SPM tingkatan 5 tanpa pengalaman kerja di mana-mana memburukan lagi nasib aku. Tertapi aku tetap berazam selagi aku kuat dan dapat menggerakan tulang empat kerat anggota badan aku sedia membuat apa sahaja pekerjaan sahaja asalkan boleh hidup dengan hasil penat lelah aku sendiri. Aku juga sanggup membuat kerja buruh kasar sekali pun asalkan aku boleh mengisi perut aku yang lapar setiap pagi dan petang. Itu pun juga aku tak perolehi, duit simpanan aku hanya tinggal berberapa hari sahaja lagi untuk aku bertahan di bandar ini. Semua rezeki pekerjaan kini sudah seoleh-oleh tertutup untuk diriku sekarang ini.
Satu malam semasa perut aku berkerongcong menahan kelaparan, aku pernah terfikir nak balik semula ke kampung dan menolong ibubapa aku di ladang sawit kembali seperti yang ayah aku pesan dulu. Tapi aku dah nekad dengan niat sebelum keluar dari kampung hari itu yang aku perlu hidup berdikari atas kaki aku sendiri dulu dan aku tak akan balik selagi aku berjaya disini. Aku harap aku boleh bertahan lagi dengan situasi aku ini. Selang berberapa hari selepas itu, aku akhirnya diterima berkerja sebagai pembantu pekerja disebuah kedai 7eleven. Aku menginjak kesyukuran kepada tuhan disebabkan dia menerima dan memakbulkan juga doa aku yang dalam kesusahan ini. Walaupun gaji yang aku terima disini tidaklah besar mana, namun ia lebih dari mencukupi untuk kelangsungan hidup aku yang seorang diri disini.
Aku masih lagi tinggal sebagai orang gelendangan di bawah jambatan walaupun aku mempunyai pekerjaan yang tetap sekarang. Setelah hampir 5 bulan berlalu selepas itu barulah aku mampu menyewa sebuah bilik kecil di kawasan kampung baru ditengah bandar kuala lumpur itu, dengan adanya tempat tinggal ini boleh lah aku menguruskan hidup aku dengan lebih baik dan teratur itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Berahi Melati -New (Oktober 2021-Completed)
RomanceBuku yang ke 9 nukilan yang ditulis dari saya yang menulis atas dasar hobi suka-suka saya sahaja..... Kisah Berahi Melati ini mengisahkan Azhar yang merantau dari kampung ke kuala lumpur mencari pekerjaan. Setelah dia mendapat kerja, dia bejumpa den...