Melati: “Ini rupanya perbuatan abang di belakang Melati yer. Hari ini Melati telah tengok dengan mata kepala sendiri kecurangan abang ini. Melati setia melayan abang sehingga sanggup tinggal semua apa yang Melati ada hanya untuk bersama abang…tapi ini balasan abang pada Melati.. Sekarang abang akan tahu siapa Melati pula. Apa yang nak jadi lepas ini jadilah…Aku akan bunuh kamu berdua hari ini!”. Kata Melati dengan nada yang marah.
Ketika aku cuba memujuk Melati yang sedang mengacukan pisau kearahku itu, kelihatan Samia yang bertelanjang bulat itu terus menyembuyikan dirinya dibelakang tubuhku. Aku sekarang sedang mencuba seberapa boleh untuk merampas pisau ditangan Melati dalam keadaan cemas ini.Melati: ‘’Jangan…. jangan abang...jangan abang cuba rampas pisau ditangan Melati ini...Melati tikam abang nanti. Kata Melati lagi dengan nada yang amat marah sambil mengacu berberapa kali pisau itu kearahku. ‘’Aku dapat bunuh ko berdua hari ini baru aku rasa puas’’. Dia melihat aku macam cuba menghampirinya. Hanya sehelai tuala yang aku pegang ditangan aku sahaja digunakan untuk melindungi diriku dan Samia di belakang aku ini.
Azhar:’’ Sabar sayang…jangan bertindak bodoh…tolong bagi pisau tu kat abang...dan kita duduk berbincang baik-baik perkara ini’’. Aku cuba memujuknya lagi.
Melati: ‘’Apa lagi yang abang nak dibincangkan…abang berterus terusan curang dan melukakan hati Melati yang setia pada abang ini”. Dia menjawab kepadaku sambil airmatanya mula menitis dihujung matanya sampai tidak boleh ditahan lagi.
Melati menyuruh aku dan Samia keluar dari bilik itu dengan tidak berpakaian, aku mulanya tidak setuju namun dia nampaknya tak berganjak dengan nada marahnya sambil diacu-acukan berberapa kali pisau yang di pegangnya ke arahku. Nasib aku sempat mengelak tikamannya yang tak kena kalau tidak mahu sudah terburai isi perutku ditikamnya.
Melati: “Cepatlah…. keluar aku kata!”. Melati menjerit kuat kepada aku. Samia pula sudah takut separuh mati dibelakangku.
Azhar: ‘’Apa yang sayang nak abang buat ni…sabar sayang sabar dulu”. Aku memujuknya lagi.
Melati:’’ Aku nak biar ko malu kat depan orang hari ini. Biar mereka semua kenal ko macam mana hari ini yang kononnya ko masih ada maruahnya itu". Jawabnya dengan nada yang kasar tanpa memanggil aku abang lagi kepadaku.
Aku melihat Melati serius dengan keputusan yang dibuat itu, aku terpaksa berjalan keluar berbogel dari pintu bilik tidur itu pelahan-lahan bersama Samia di belakang aku itu ke ruang tamu itu, aku sempat menunggu sekejap melihat Melati sedikit lalai dan aku terus melompat laju kearahnya untuk merampas pisau ditangannya itu dengan segera. Berlaku bergelutan antara aku dengan Melati ketika ini. Melati seperti orang hilang akal sekarang mengelupur cuba menikamku disebabkan perasaan cemburunya terhadapku ketika ini. Aku rasa Melati agak gagah juga tenaganya walaupun dia seorang perempuan, dia menarik tanganya sekuat hatinya dari di pegang olehku tadi dan lari kearah Samia yang cuba mencuri keluar dari pintu itu. Dalam kekalutan itu,aku bergelut lagi dengannya di depan Samia sambil pisau yang aku cuba rampas terlepas dari tangannya secara tidak sengaja tercucuk perut Samia yang berada di depan pintu tadi. Melihat keadaan yang tidak disangka-sangka itu, aku terus menampar muka muka Melati dan menendang perutnya sekuat hatiku hingga dia jatuh tersungkur pengsan diruang tamu itu. Pisau yang sudah berlumuran darah itu yang sudah terlepas dari tangannya aku kutip pisau itu dari lantai dengan segera dan lihat Samia sedang mengerang kesakitan yang amat sangat akibat dari tikaman di pinggangnya itu. Dia kemudian rebah didepan pintu itu dan mulutnya mengerang sakit lagi dan seketika selepas itu keadaannya senyap dan badannya tak bergerak selepas itu.
KAMU SEDANG MEMBACA
Berahi Melati -New (Oktober 2021-Completed)
RomanceBuku yang ke 9 nukilan yang ditulis dari saya yang menulis atas dasar hobi suka-suka saya sahaja..... Kisah Berahi Melati ini mengisahkan Azhar yang merantau dari kampung ke kuala lumpur mencari pekerjaan. Setelah dia mendapat kerja, dia bejumpa den...