CHΔPTΣR 1

16 9 9
                                    

Happy Reading!!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Happy Reading!!

∽∽∽∽∽∽∽∽∽∽

Sinaran mentari membuat aku terjaga dari tidurku. Aku bangun lalu tanpa buang masa terus melakukan aktiviti harian aku. Macam biasa bangun disaat ayam pun belum tentu bangun lagi lalu mandi dan turun ke bawah untuk membuat breakfast.

Memandangkan aku duduk seorang diri jauh dari parents aku. Ya aku dah mampu untuk berdikari disaat usia aku masih menginjak ke 24 tahun. Sebenarnya parents aku tidak benarkan aku untuk tinggal di seoul seorang diri sedangkan parents aku berada di Busan.

Tapi ya yang namanya Jung Choon Hee mana pernah mahu mendengar kata-kata orang lain. Bukan kerana aku ni anak yang kurang ajar atau apa la yang sewaktu dengannya. Cuma aku betul-betul sudah mampu menjaga diri.

Jadi untuk apa aku terus-terusan dijaga oleh parents aku sendiri. Aku tak nak terus-terusan menyusahkan parents aku jadi ya aku membawa diri aku ke seoul untuk menjaga salah satu cabang restoran aku yang berada di sini.

Yup korang tak salah dengar atas hasil usaha aku selama ini sekarang aku mempunyai beberapa cabang restoran juga cafe yang tersebar luas ke seluruh seoul. Aku bukan berasal dari family yang kaya raya.

Appa aku berkerja sebagai seorang pertani disebuah kampung yang terletak diperdalam di busan sedangkan eomma aku hanya pembantu rumah yang berkerja disaat ada orang yang memerlukan dirinya.

Melihat mereka yang bersusah payah bekerja hanya untuk membesar aku bersama oppa entah kenapa terdetik dalam hati aku bersama oppa untuk membantu mereka dan setelah beberapa tahun akhirnya kami berjaya bersama kerjaya kami masing-masing untuk membantu eomma juga appa.

Oppa aku sekarang dia sudah berjaya dengan syarikat yang dia bangunkan sedangkan aku berjaya dengan bisnes restoran juga cafe aku dan kami tidak pernah lupa untuk menjenguk parents kami okay. Kalau ada masa pasti oppa juga aku balik ke busan bersama untuk menjenguk mereka.

Okay stop sharing about my family. Now aku nak masak breakfast then pergi ke restoran untuk check apa yang patut sebelum buka restoran. Tututu turun dapur buka peti sejuk tengok apa yang ada?? Ermmm okay loll dekat restoran Stock makanan sentiasa aku ingat!!

Dekat rumah stock makanan habis dan aku baru tahu sekarang!! Habis aku nak breakfast apa ni??! Yang ada kimchi je itu pun dah nak habis. Boleh la buat nasi goreng kimchi dah itu je ada. Balik kerja nanti kena pergi supermarket. Ingat!

Akhirnya nasi goreng kimchi yang aku buat dah jadi dan tanpa buang masa aku terus makan dalam diam seorang diri. Iya la seorang diri dah aku tinggal sorang tak akan nak makan dekat meja jiran sebelah pulakan. Oppa aku pula dia tinggal dekat apartment lain.

Selesai makan aku angkat pinggan yang aku guna setelahnya menuju ke dapur untuk mencuci. Barulah selepas memastikan semuanya dalam keadaan baik aku terus menuju kearah pintu dan menuju ke restoran.

↭↭↭

Selepas selesai meletakkan kereta di tempat biasa dengan langkah ringan aku berjalan menyeluk tangan kedalam handbag dan cuba mencari kunci restoran yang aku letakkan didalam handbag aku.

"Mana pula kunci kejadah ni??! Setahu aku semalam aku letak dalam handbag ni??! Ke handbeg lagi satu. "

Sudah kalau dah banyak sangat kerja satu apa pun aku tak ingat. Setahu aku semalam aku letak dalam handbag aku kunci restoran tapi sekarang tak ada pula bila aku cari. Aduh buat hal betul la time-time macam ni nak hilang!!

"Bos. "

"Opocot kuncing aku mengandung anak jiran!! "

Aduh kebiasa betul la perkerja aku ni kalau nak tegur tak pandang kiri kanan main langgar je. Nasib la aku tak ada riwayat penyakit jantung kalau tak dah lama ke alam barzakh.

"Ishh kau ni sumi terkejut unnie kalau iya pun nak tegur bagi la salam ke apa ni tak main langgar je nasib tak ada sakit jantung. Kus semangat. "

Eh eh eh budak ni kebiasaan. Dah buat aku hampir sakit jantung pastu boleh pula tersengih-sengih macam kerang terlebih basuh dengan sabun. Haishh punya dosa apa aku sampai dapat pekerja terlebih pandai macam ni.

"Hehehehe sorry bos tak bermaksud yang bos berdiri depan pintu ni dah kenapa?? Asal tak masuk?? " kata sumi yang memandang aku pelik.

Helaan nafas aku lepaskan kasar bila teringat penyebab kenapa aku masih berdiri macam tunggul dekat depan pintu restoran aku ni. Masalahnya sekarang ni kunci. K.U.N.C.I. Kunci aku hilang.

"Kunci unnie hilang!! Nak masuk macam mana ni??! Aduh pepagi dah frust menonggeng ni!! "

Terlalu stress sampai aku tak sedar yang aku telahpun membuat rambutku yang panjang separas pinggang menjadi serabai kerana digosok terlalu kasar tapi apa peduli aku yang penting sekarang ni kunci!!

"Laa bukan kunci bos bagi pada ayeong ke semalam sebab bos kena balik cepat nak pergi jumpa oppa bos.. "

Plak!! Aku tepuk kepalaku kuat bila mendengar apa yang dikatakan oleh sumi. Haishh kenapa la aku boleh jadi pelupa seperti ini. Baru aku teringat yang semalam aku berikan kunci kepada ayeong untuk dia menutup restoran gara-gara semalam aku harus balik cepat. Haishh~

"Haishh lupa~ sekarang ayeong mana?? Selagi dia tak datang kita kena jadi tunggul dekat depan pintu ni!! "

Aku yang melihat sumi mengangkatkan bahunya tanda tidak tahu sekali lagi aku menghelakan nafas. Terlalu pasrah bila pagi-pagi lagi aku harus menjadi tunggul berdiri terpacak didepan restoran ku sendiri. Haishh nasib~









TBC~

⇨DON'T FORGET TO VOMEN OKAY⇦

 (o^^)o ♡♡

Annoying Customer Where stories live. Discover now