❝ be careful, the devil has a pretty face. ❞
ッ 𝓓𝓪𝓻𝓴 𝓓𝓲𝓪𝓻𝔂 ッ
10 June 2021,
Seoul, South Korea.Dear Haruto,
I want to apologize to you if everyday, I irritate you and make you upset. Find a place in your heart to forgive me. Iloveyou.
Sincerely,
𝓨𝓸𝓼𝓱𝓲.Haruto menutup surat pemberian Yoshi buat kali terakhir. Dia menggenggam erat surat itu. Air matanya laju membasahi pipi.
Haruto menunduk separuh untuk mengambil pisau lipat Yoshi yang berada dalam rak. Dia memandang bilik hospital itu lama sebelum pejamkan matanya untuk seketika.
"Yoshi, dia ada penyakit gangguan emosi sejak kecil. Sejak Encik Kanemoto meninggal masa Yoshi berumur lapan tahun. Hari demi hari, dia cuba survive seorang diri.
Dia cuba bersikap baik terhadap keluarga Watanabe. Itu salah satu cara dia untuk bertahan. Dia cuba layan Haruto dan Airi dengan baik walaupun dia tahu perasaan dia selalu berubah.
See, dia ada peluang untuk bunuh Haruto tapi dia pilih untuk bunuh diri dia sendiri sedangkan dia benci Haruto."
Tanpa sedar Haruto menggenggam pisau lipat itu sampai berdarah tangannya. "Haruto!" Jeongwoo dan yang lain berlari masuk lalu mengambil pisau tersebut daripada Haruto.
"Haruto, tenang ya? Aku tahu kau tak boleh terima hakikat yang Yoshi hyung kau tak pernah wujud." Jeongwoo menepuk belakang badan Haruto perlahan. Hyunsuk membalut tangan Haruto dengan kain.
Haruto menggelengkan kepalanya laju. "Tak! Yoshi hyung hidup! Dia wujud! Dia ada dengan aku! Airi, Airi mana?!"
"Haruto, kau lupa ke? Adik kau dah mati. Dia ikut sekali masa appa kau hantar omma kau ke hospital." Ujar Mashiho. Haruto menggeleng lagi tanda tidak percaya.
"Omma aku selamat dari pembedahan lah! Selepas kejadian tu, keluarga aku amik Yoshi hyung sebagai anak angkat! Kenapa korang semua cakap benda yang tak betul ni?!" Tempik Haruto.
Haruto mengambil diari milik Yoshi yang di simpannya di bawah bantal. Sempat di selitkan sekali surat tadi dalam diari. Dia memeluk erat diari tersebut.
"Haruto, dengar sini. Kau tak sedarkan diri selepas tahu keluarga kau semua mati. Bila kau sedar, kau cuba lari tapi kau eksiden dan kau koma beberapa bulan.
Bila kau sedar, tengoklah kau jadi macam ni sekarang. Buat perkara yang mengarut, tulis diari, tulis surat untuk diri sendiri." Terang Jihoon.
Haruto diam. Dia pejamkan matanya lagi. Sungguh, dia terasa dekat dengan Yoshi dan dia pasti diari gelap itu milik Yoshi. Dia gelengkan kepalanya lagi lalu air matanya jatuh.
Sungguh, dia tidak percaya. Bukan hanya dia hilang Yoshi tapi hilang keluarganya sekali. Manusia akan menghargai seseorang itu bila seseorang itu pergi. Hargai setiap orang yang berada di sekeliling anda sebelum terlambat.
THE END.
❝ We started with a simple hello but ended with a complicated goodbye. ❞