1

16 1 0
                                    

"Kenapa Zahrah?"

Suara garau yang kedengaran di belakangnya membuatkan Farah Az-zahra menarik nafas panjang. Dia tahu siapa pemilik suara itu, hanya dia satu-satunya jejaka yang memanggilnya Zahrah. Lelaki yang memakai jubah putih bersama kopiah yang berjalan melepasinya dipandang lewat ekor mata.

"Fawwaz.." kedengaran lembut nama lelaki itu  meniti di bibirnya.

"Zahrah tau tak bende ni tak boleh nak dibawa main?" Soal Fawwaz sambil berdiri tidak jauh dari pangkin yang diduduki Farah. Suaranya datar sahaja tidak lembut dan tidak juga keras sambil matanya jauh merenung air sungai yang deras mengalir. 

"Zahrah tak main-main Fawwaz" terang Farah lembut sambil membetulkan tudung labuhnya yang beralun-alun ditiup angin lembut petang. Baru tadi dia menerima sepucuk surat dari Fawwaz mengajak mereka bertemu di sungai belakang Tahfiz Al-Hikmah.

"Maksud Zahrah?"

"Zahrah terima kalau ini ketentuannya"

"Tapi Zahrah macam mana dengan masa depan Zahrah?" Fawwaz menyoal sambil membalikkan badannya memandang sesaat Farah yang hanya menunduk menekur tanah. Muka polos dan tenang Farah begitu meresahkannya. 

Petang ini dia akan berangkat ke Mesir menyambung pelajarannya di Universiti Al-Azhar namun hatinya berasa gusar mengenangkan bahawa ada hati yang harus ditinggalkan di sini.

Mereka baru sahaja bernikah tadi atas kehendak walidnya sebelum dia menyambung pelajaran. Bersaksikan beberapa orang ahli masjid, walidnya, asatizah di sekolah serta beberapa orang pelajar sekolah itu mereka selamat dinikahkan. Ah, Zahrah. Raut wajah Farah yang selalu tenang itu membuatkan Fawwaz sukar menebak jika gadis belasan tahun dihadapannya ini suka ataupun sebaliknya.

"Kenapa dengan masa depan Zahrah?" Kenapa masa depannya pula dipersoalkan?

"Zahrah tau Fawwaz anggap Zahrah sebagai adik?" tanya Fawwaz tanpa berselindung lagi tentang isi hatinya. Mahu sahaja dia menolak sekeras- kerasnya permintaan walid tapi dia tidak sanggup menderhaka. Itulah satu-satunya permintaan walid sebelum dia berangkat ke Mesir iaitu bernikah dengan Farah, gadis 17 tahun yang sudah dianggap seperti adiknya sendiri.

"Tahu, tapi Zahrah juga tak mahu hampakan walid. Kalau tinggi penghormatan Fawwaz berikan pada walid, begitu juga Zahrah" tenang Farah membalas

"Kita tak akan bahagia. Apa guna Fawwaz menikahi Farah kalau tiada rasa cinta antara kita?" Jelas Fawwaz lagi. Dia jadi serba salah pada Farah, walid, bahkan dirinya juga. Demi menjaga hati walidnya, hati Farah dan perasaannya semuanya harus dikorbankan.

"Bagaimana Fawwaz terlalu yakin kalau di penghujungnya tiada manisnya. Jodoh, ajal semuanya ketentuan Allah" panjang lebar Farah berkata sambil merenung ribanya. Tidak berani untuk bertentang mata dengan lelaki yang tua dua tahun darinya.

"Fawwaz tak nak kita kahwin tanpa rasa cinta"

"Fawwaz, Zahrah terima Fawwaz kerana permintaan walid"

Fawwaz ketawa kecil. Dia tahu kalau dari awal Farah tak akan menolak bila walidnya meminta mereka bertunang. Dia tahu Farah berasa terhutang budi pada walidnya kerana membesarkannya di rumah anak-anak yatim di sebelah pusat tahfiz mereka.

"Baiklah jika itu kata Zahrah, Fawwaz pon terima Zahrah kerana walid. Fawwaz minta diri dulu" Kata Fawwaz lalu pergi. Dia takut kalau berlama lamaan serba salahnya akan menebal. Farah hanya diam memerhati belakang Fawwaz yang sudah jauh meninggalkannya. Seketika pertemuan pertama kali mereka terlayar diingatannya.

"Farah boleh boleh panggil saya walid. Farah jangan risau, ustaz dan ustazah di sini akan bantu Farah" kata Haji Muradi pada kanak-kanak berumur 10 tahun di hadapannya sambil menunjuk ke arah Ustazah Hanim dan Ustaz Eijaz di kiri dan kanannya. Jatuh kasihan dia pada Farah yang baru semalam sahaja didaftarkan oleh makciknya yang tidak ingin lagi menjaganya. Sudahlah yatim piatu, dibuang keluarga pula.

Hijab CintaWhere stories live. Discover now