AKU ke sebuah kedai makan yang tidak jauh dari tempat Aku tinggal disebabkan ingin tenangkan fikiranku. Sambutan hari kekasih bersama Arell di Restoran Beathny beberapa tahun lalu Masih segar diingatanku. Mungkin disebabkan itu Beathny memintaku untuk berehat Dan tenangkan fikiran.
"Cik makan sini?"Tanya seorang Mak cik. Mungkin Mak cik itu hairan apabila aku hanya berdiri dan termenung kedai makannya.
"Maaf. Ya Saya makan sini."balasku kemudian, aku memberikan senyuman nipis pada Mak cik itu.
Aku terus menapak masuk ke dalam kedai makan itu. Kemudian, aku melabuhkan punggungku pada kerusi pada meja kosong. Aku yang duduk sendiri itu asyik memerhati setiap pasangan yang kelihatan gembira. Setiap tahun semasa hari kekasih tiba aku akan melihat beberapa pasangan singgah duduk makan di sini.
"Perhatian semua!"
Suara itu menyebabkan aku menoleh. Mataku kini melihat seorang lelaki berdiri meminta semua yang berada di situ untuk memberikan perhatian kepadanya.
"Hari ini aku akan melamar girlfriend aku! We love each other! 7 tahun kami berkenalan and we will married!" Ujarnya.
Wanita di hadapannya yang duduk itu pula sudah malu-malu kucing."Lia, sudikah kau berkahwin denganku?" Tanya lelaki itu.
Lelaki itu terus berlutut kemudian, mengeluarkan cincin. Hampir semua yang berada di kedai makan itu termasuk aku melihat kedua pasangan romantik itu.
Melihat keadaan itu mengingatkan aku tentang perkara yang berlaku di restoran Beathny pada hari kekasih beberapa tahun yang lalu.
"Terima.. terima.. terima.."
Suara sorakkan di Restoran Beathny masih jelas terngiang-ngiang ditelingaku. Wajah Beathny kelihatan sangat teruja hari itu. Aku berasa bahawa aku dan Arell adalah watak utama dalam restoran Beathny. Waktu itu, aku berasa terkejut dengan tindakan Arell. Dia berlutut di hadapanku dan mengeluarkan sekotak cincin kemudian, dia meminta aku untuk menerima lamarannya. Arell mengukirkan senyuman manis ke arahku. Semua pelanggan di Restoran Beathny pada hari itu memandang kami. Aku sangat teruja kerana sudah 9 Tahun kami berkenalan dan menjalinkan hubungan percintaan dan akhirnya Arell ingin melamar aku.
"Cik, ini pesanan makanan cik."
Aku tersentak. Lamunanku terhenti apabila mendengar Suara itu. Seorang makcik meletakkan makanan yang aku pesan tadi di atas meja.
"Terima kasih." Ucapku ringkas seraya tersenyum. Makcik itu membalas senyumanku dan berlalu pergi.
Aku kemudian memasukkan Handsfree ke dalam telingaku. Muziklah yang telah menjadi peneman aku semasa hari kekasih.
Tiba-tiba aku berasa seseorang sedang menarik handsfree dari telingaku. Siapa?
HARI ini Jakson sudah pun memasang alarm dan beberapa hari yang lalu dia menanda menggunakan pen yang berdakwat Hitam pada kalender di atas meja office miliknya sebelum hari kekasih tiba.
[Kalender]
"Happy Valentine day. You can do it! Luahkan perasaan mu pada Marry"- Catatan.Hari kekasih ini yang di tunggu-tunggu untuk meluahkan rasa cintanya yang sudah lama terbuku. Gadis itu bernama Marry. Dia sudah pun melakukan beberapa list apa yang perlu dilakukan bersama orang yang dicintainya malam ini. Mungkin hari kekasih tahun ini ialah masa yang tepat untuk memberitahu Marry tentang perasaannya.
YOU ARE READING
Cupid's Mission [Completed] ©
FantasyImagination Malaikat cinta [Cupid's Angel] mempunyai tugas untuk membantu manusia mendapat pasangan hidup yang sudah ditakdirkan. Tetapi Cerita cinta seorang perempuan yang bernama Marry itu bertukar atas kelalaian Malaikat itu menjalankan tugas. Ce...