1:

40 7 5
                                    

Sepasang baju kurung cotton bewarna baby blue yang bercorak bunga kecil disarungkan ke badannya dan dipadankan dengan selendang putih. Pelembap bibir dioleskan pada bibirnya agar tidak kelihatan pucat walaupun bibirnya sudah merah asli.

Beg tangannya dicapai dan langkah kaki dibawa menuju ke tingkat bawah rumah yang baru disewa oleh Qayla dan sahabatnya, Alana.

"Morning Qay aku dah siapkan nasi goreng ni jom breakfast dulu."

"Morning babe. Wah rajinnya anak dara sorang ni masak pagi pagi."

"Amboi kau nak perli aku pulak eh sepatutnya kau berterima kasih dekat aku tau penat aku bangun awal nak siapkan sarapan untuk kau." Ujar Alana

"Alolo merajuk pulak dia ye la Alana ku terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan kerana telah berpenat lelah menyiapkan sarapan pagi untuk saya."

Alana melepaskan tawa mendengarkan ayat Qayla itu.

"Eh eh kau ni tahu la cikgu takkan dengan aku pun kau nak pakai bahasa kuno kau tu."

"Ish kau ni aku main main je la dah la jom makan cepat nanti lambat pulak."

Mereka segera bersarapan sebelum bergerak ke tempat kerja.

Menjadi seorang guru sudah menjadi cita-cita dan impian mereka berdua. Siapa sangka mereka berjaya mencapai cita-cita mereka setelah bertungkus lumus untuk mendapatkan segulung ijazah.

Qayla amat bersyukur dan gembira dengan apa yang telah dicapainya dalam usia 25 tahun ini. Walaupun terlalu banyak rintangan dan halangan untuk kecapi impiannya Qayla tetap berusaha untuk memastikan cita-citanya tercapai.

Ini semua adalah berkat doa dan bimbingan keluarga dan rakan terdekatnya. Ibu bapa Qayla sentiasa menyokong apa pun impiannya selagi ia tidak bertentangan dengan agama dan membawa kemudaratan.

Sejak kecil lagi Qayla dan abangnya Arshad di didik dengan ilmu agama yang mendalam supaya mereka tidak terpesong dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama.

Setelah tiba di kawasan sekolah Qayla dan Alana berjalan menuju ke bilik guru sebelum bergerak ke tapak perhimpunan sekolah untuk menghadiri perhimpunan rasmi sekolah yang diadakan pada setiap minggu.

*****

"Eh Qayla kau tunggu sini kejap aku tertingal phone la kat atas."

"Kau ni Lana macam-macam lah dah dah pergi cepat."

Cuaca yang panas terik membuatkan Qayla mengerutkan sedikit keningnya. Panasnya kenapa la aku tak mintak kunci kereta dekat Alana tadi.

"Eh cikgu buat apa berdiri tengah panas ni? Tak balik lagi ke?" Kedengaran satu suara bertanya.

"Eh Cikgu Khairul saya tunggu Alana dia tertinggal phone tadi".

"Oh ingatkan awak tunggu saya tadi. Awak nak saya tumpangkan? Panas ni." Ujar Khairul sekadar mengusik.

Qayla ketawa kecil.

"Takpelah Cikgu sekejap je Alana ambil barang saya balik dengan dia je susahkan Cikgu pulak." Balas Qayla.

"Ada pulak susah takde susahnya la untuk Cikgu Qayla ni semua jadi senang tau".

Qayla tersenyum hambar. Sudah terbiasa dengan usikan guru muda itu.

"Ha tu pun Alana takpelah Cikgu Khairul saya balik dulu ye. Jumpa esok. Assalamualaikum." Qayla cepat cepat berlalu dari situ untuk memberi isyarat kepada Alana yang dia sudah malas mahu berlama di situ.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 06, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

His CaptiveWhere stories live. Discover now