© Sesi Mengejar Enam Beradik

38 2 3
                                    

⚠️
All the characters and events depicted are fictitious. Any resemblance to a person living or dead is purely coincidental.

100% idea saya, sila bencikan copycat untuk masa depan yang cerah.

sumber gambar-gambar : Pinterest

° ° °

AUTHOR'S POV

"Baiklah, sekarang saya berada di hadapan kawasan perumahan keluarga Encik Zahar bin Md Maun. Okay, jangan detail sangat sebab kita nak interview anak-anak beliau, ya." Aku melangkah lebih dekat ke arah pagar rumah tradisional melayu yang diperbuat daripada kayu mahal berunsurkan reka bentuk moden itu.

" Aku melangkah lebih dekat ke arah pagar rumah tradisional melayu yang diperbuat daripada kayu mahal berunsurkan reka bentuk moden itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

[bayangkan macam ni hehe]

"Woi kamera, depan sikit. Muka aku cun cun gini kau rekod jauh-jauh apahal? Haa, gittew." Ibu jari aku tayang ke arah camera man tanda 'good boi'.

Sempat aku membetulkan sedikit baju yang ditiup dek angin. Hamboi, mentanglah rumah dekat dengan kawasan laut. Tak rilek betul angin monsun dia.

"Eh- Eh wah eh wah! Nampaknya kita dah ternampak salah seorang anak Encik Zahar! Mari ikut saya!" Terkedek-kedek kami berlari ke arah tembok yang tak berapa tinggi di kawasan rumah itu.

"Hai assalamualaikum! Awak ni Fatimah a.k.a Kak Long ke?" Soalanku hanya dibalas dengan oksigen. Dia pandang je nyah tak cakap apa-apa pun, nak nak lagi lepas jeling camera man aku.

Amboi. Tengok tu, dia boleh sambung angkat kain baju. Dipulaunya kitorang macam kayu jati dekat sini.

Eh tapi! Sekejap, kalau jeling-jeling lepastu bisu padahal boleh bercakap ni biasanya...

"Oh awak mesti Farahana anak perempuan ketiga Encik Zahar, betul atau bohong?!" Aku menyoal dengan teruja. Tak lama kemudian seorang perempuan bersama sebuah buku di tangan datang menghampiri.

"Ada apa ya?" Perempuan itu bertanya dengan nada yang tenang. Tiba-tiba camera man aku seakan ingin jatuh terduduk. Lah gitu sekali kau cair eh?

"Hee. Boleh saya interview enam adik beradik keluarga ni untuk pengetahuan pembaca?"

"..." Mereka terdiam sambil berpandangan antara satu sama lain.

"Masuklah."

Cantikk!

° ° °

la familleWhere stories live. Discover now