01 - "Rasuk tu apa?"

25 2 0
                                    

"Tu santan, Asha dah ambil?" Fathiya menunjuk ke arah rak barang tenusu sambil memegang beg rotan yang memang dibawa dari rumah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Tu santan, Asha dah ambil?" Fathiya menunjuk ke arah rak barang tenusu sambil memegang beg rotan yang memang dibawa dari rumah.

"Hah Qihah, kau pergi ambil," arah Fasha selamba sambil kakinya menuju ke arah coklat-coklat di kedai runcit itu. Faqihah memandang si adik bongsu dengan mulut yang tergamam.

"Kak Thiya suruh kau tau, apahal aku pulak?"

"Eh minah ni, buat jelah alamak ai." Jelingan diberi kepada si kakak.

"Tak apa, biar dia tak nak ambil. Kak Thiya dengar ummi nak masak ayam lemak cili api tengah hari ni, dia tak ambil tak payah makan."

Serentak itu coklat yang dipegang Fasha jatuh ke lantai. "Siyes aaah? Okay."

Tanpa disuruh, Fasha menolak Faqihah yang sedang mencapai kotak santan sebelum dia sendiri mengambil tiga kotak santan sekaligus.

"Memang perangai betul lah budak sekor ni." Faqihah memegang dadanya, dia cuba tidak mencarut dengan mengucap perlahan. Ingat Allah ya anak-anak, sabaaar.

"Eh, banyak sangat ni. Dua kotak je dah cukup lah, Asha." Fathiya memandang Fasha yang meletakkan kotak-kotak santan ke dalam beg rotam yang dipegangnya.

Faqihah yang mengutip bungkusan coklat di atas lantai itu hanya memandang dua adik beradiknya tanpa masuk campur.

"Shhh! Adik tahulah nak buat apa dengan santan ni, Kak Thiya bayar je okay, jangan membebel."

"Pak Samdol, kami dah siap. Bolehlah kira."

"Uh? Oh hah, baik baik." Lelaki tua berasal dari Perak itu terus meletakkan dam haji yang dimain ke tepi. Bakul rotan yang berisi barangan kedai runcitnya ditarik ke tengah untuk dikira.

"Tch, tch, tch. Mengrisau." Fasha menggelengkan kepalanya perlahan.

Faqihah yang pelik dengan adiknya itu terus berkerut dahi, "Asal kau?"

"Aku risau dengan Pak Samdol ni. Yalah, mana ada orang main dam haji sorang sorang. Macam kau main chess, kalau tak ada aku jadi lawan kau, kau boleh main ke? Tak boleh beb."

Panjang lebar bebelan Fasha, hanya dibalas anggukan kecil saja daripada Faqihah.

Dengan drastik kepala Faqihah ditolak Fasha dari belakang, "Respon tahu respon? Setakat angguk, ingat air liur aku ni murah ke?"

Faqihah berkerut, "Sekurang-kurangnya aku angguk kan? Tu bukan dikira respon ke?"

Itulah dia, dalam adik-beradik mesti ada salah seorang yang kebingungannya tahap rasa nak membunuh.

Itulah orangnya, Faqihah Zahirah binti Zahar.

"Eh Fathiya, Imam Zahar sihat? Udoh lama aku tak nampoknyer. Lagi lagi dekat masjid, udoh pencen ke bapok kamu tu?"

la familleWhere stories live. Discover now