• BAB TIGA | REVENGE •

100 49 1
                                    

❝No love between us❞

Kaki melangkah keluar daripada lif

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kaki melangkah keluar daripada lif. Beg galas dan cermin mata dibetulkan sebelum ke meja makan. Di situ telah ada semua ahli neraka, siapa lagi kalau bukan Sarah dan Datin Sabidah.

"Morning, Lyn" sapa Dato' Adam. Aisya hanya membalas dengan senyuman nipis sambil mengambil sandwich di dalam piring. Kepala dipalingkan ke arah kakak dan ibu tirinya. Kedua anak beranak itu menjelingnya.

"Lyn, boleh tumpangkan Sarah ke kolej? Pak Samad cuti hari ini. Kereta Sarah pula rosak" Dato' Adam bertanya sambil memandang wajah Aisya. Pemakanan Aisya terhenti seketika. Dalam otaknya ligat menyusun strategi untuk mengenakan kak ponti. Terus dia bersetuju dengan pertanyaan Dato' Adam.

Aisya memusingkan kepala ke arah Sarah sambil melemparkan senyuman penuh makna. Beg galas dan buku diambil.

"Kak Sarah, jom pergi kolej. Aisya dah lambat ni" enjin kereta kesayangannya dipanaskan.

Vroom!

Pedal minyak ditekan kuat untuk menarik perhatian Sarah khusyuk dengan IPhone miliknya di tengah panas. Sarah mengulingkan mata ke atas melihat Aisya sengaja meletakkan kereta jauh daripada tempatnya berdiri menunggu.

"Asal sengaja tunggu sini? Kalau I berpeluh macam mana? Busuk tahu tak. I bukan macam you yang tak pernah guna perfume" bebel Sarah setelah masuk dalam kereta.

"Amboi!Sudahlah hempas pintu kereta orang! Ingat murah macam kereta pink kau tu ke or murah macam diri sendiri" sinis Aisya berkata kepada Sarah.

"Bisinglah you ni. Baik you drive cepat" pekik Sarah.

"Eh, aku ke kau yang bising? Terpekik terlolong macam orang gila. Sebiji macam minah tua tu" sindir Aisya sinis. Hujung mata menjeling wajah Sarah yang memerah.

"Eh-,you jangan nak kutuk mama I" jerit Sarah di tepi telinga Aisya. Bingit oi.

"Bising setan. Baik kau pakai seatbelt" telinga digosok. Bayangkan orang jerit dekat telinga kau. Apa kau rasa?

"Suka hati je mengarah I. Badan I, so tak payah pakai seatbelt" Sarah memeluk tubuh. Degil.

'Oh, tak nak dengar cakap aku ye. Ni yang aku tunggukan' akal jahat Aisya berkata.

"Betul tak nak ni?" lembut Aisya bertanya namun hanya tidak diendahkan Sarah.

Vroom

Had laju kereta McLaren 720S ditingkat sehingga penuh. Kebetulan jalan yang dilaluinya mempunyai selekoh lantas Aisya membuat drift. Akibat dibawa secara mengejut, dahi Sarah terhentak kuat di dashboard. Aisya yang melihat dahi Sarah yang semalam terluka kembali berdarah, ketawa kuat. Kereta di berhentikan di jalan yang sunyi.

iPhone Sarah yang berada di gengamannya dirampas kasar. Pintu sebelah dibuka kasar sebelum badan Sarah ditarik kasar dan ditolak ke atas jalan. Aisya masuk semula ke bahagian pemandu. Pintu kereta dikunci tidak mengizinkan perempuan itu masuk.

Kereta mula bergerak. Sebelum bergerak keretanya berpusing mengelilingi Sarah yang berada di tengah jalan merayu kepadanya.

Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan Sarah yang menangis. Tingkap dibuka.

"Aisya. Jangan tinggalkan I dekat sini" rayu Sarah sambil menangis.

"Revenge! Macam mana kau dengan mak kau tinggalkan ibu aku time ibu tengah kronik" dingin Aisya berkata. Cermin mata sudah ditanggalkan membuatkan wajahnya kelihatan menyeramkan.

"Adios. HAHA" tingkap ditutup semula sebelum meninggalkan Sarah disitu. Sepanjang perjalanan menuju kolej Aisya hanya tersenyum jahat sesekali ketawa girang.

•-----------•

Aisya tekun menyiapkan assignment yang baru baru diberi oleh lecture favoritenya tadi. Suasana tenang dan sunyi di dalam library sangat menyenangkan baginya. Aman! Tiba-tiba, meja library yang diduduki olehnya ditepuk kuat oleh seorang perempuan. Siapa lagi kalau bukan geng ulat beluncas!

"Hei perempuan, mana Sarah?" kepala Aisya ditunjal. Tak reti tanya elok-elok ke?

"Sarah? Hmm, oh baru ingat" kata Aisya seolah-olah berfikir. Meja library ditepuk kuat.

"Hah? Sarah? Aku tinggalkan dia dekat jalan raya gelap tak jauh dari kolej ni je. Kenapa?" sinis Aisya mengujarkan kata-kata. Cermin mata ditanggalkan dan rambut blonde yang terurai diikat seperti ekor kuda. Tangan disilangkan ke dada sambil memerhati wajah yang bakal dikenakan.

"WHAT? KAU TINGGALKAN DIA KAT SITU" jerkah seorang lelaki di belakang Farah. Rayyan Dylan. Kekasih hati Sarah.

"Aku dah kata, aku tinggalkan minah tu kat sana. Perlu ke aku ulang? Oh by the way phone dia ada kat aku" iPhone Sarah dikeluarkan daripada beg galas. Tangannya menghulur iPhone Sarah krpada Rayyan. Belum sempat telefon dicapai, Aisya menjatuhkan dengan sengaja sebelum dipijak kuat.

"Uno reverse card" kepala disengetkan merenung Rayyan. Nada suara digunakan kedengaran sangat menyeramkan hingga membuatkan Rayyan mengundur kebelakang. Barang dikemas sebelum keluar dari library. Penjaga library tidak berani menegur mereka kerana mereka merupakan orang berpengaruh.

Rayyan dan kawan-kawannya terkaku. Sungguh Aisya bukan yang dulu.

To Be Continued [789 words]1 December 2021 I 1

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

To Be Continued
[789 words]
1 December 2021 I 1.08 p.m

STOP | DISEBALIK KACA MATAWhere stories live. Discover now