Ayan dan Dahlia masing-masing berumur 18. Kenapa kahwin awal sangat? Actually ni semua plan Dahlia. Dia nak lari daripada rumah yang memerangkap otaknya dalam sangkar burung jadi dia plan untuk lari dari rumah dengan Ayan yang juga mempunyai masalah sama.
Ayan dan Dahlia sebenarnya belum ada kerja lagi tapi duit simpanan dari Ayan dan Dahlia cukup untuk tampung perbelanjaan dua bulan. Rumah ni pun Dahlia bayar dulu.
Bukan Ayan nak lepas tangan tapi Dahlia juga yang cakap macamtu sebab duit Ayan tak banyak. Sumpah tak banyak. 2 bulan pun macam tak lepas so guna duit Dahlia dulu. Untunh-untung Dahlia dari keluarga berada. Sempat dia keluarkan duit sebelum lari dari rumah sebab tahu kad dia mesti kena block lepasni.
Harini Ayan dan Dahlia keluar pergi mencari barang rumah. Kalini Ayan sendiri offer nak bayar. Dia kata(maybe tipu) dia dah dapat kerja. Kerja apa dia belum bagitahu sebab tu Dahlia fikir dia mungkin menipu tapi dia ikutkan saja.
Mereka hanya pergi DIY je naik MRT.
"Sayang." Ayan mengambil satu cekak bertelinga kucing dan dipakaikan dikepala Dahlia. Dahlia hanya tersenyum sambil menggeleng. Dia kemudian membuka sendiri cekak itu dan diletakkan diatas rak.
"Beli benda penting je, okay?" Pesan Dahlia dan dipegang tangan suaminya itu seerat mungkin macam ada orang nak culik suami dia. Ayan angguk saja kepalanya.
Tak sampai berapa minit pun diorang dalam kedai ni sudah ada mengutuk tak cover sebab katanya mereka berdua ni bercinta tapi berpegang-pegang.
Dahlia pandang orang tersebut- makcik - it's always makcik yang mengutuk dan Dahlia jeling dia. Tapi Dahlia ni jenis benda macamni memang dia kena balas balik.
Dahlia menyentuh perut Ayan yang sudah rasa tak yakin dengan hubungan ni dan menjengket kakinya. "Sayang, makcik sebelah ni ngumpat kita kata kita Haram."
Ayan memandang kearah makcik tersebut yang sudah alih pandangan. Dahlia ni memang suka cari maut lah.
"...betullah kata dia tu."KRAK!
Dahlia mencubit perut Ayan sekaligus Ayan mula gelabah. "Ya, ya. Kita...kita dah kahwin.""Yelah tu mesti kahwin sebab dah termengandung." Makcik itu membalas pula walau matanya tidak memandang mereka berdua. Benda ni yang buat Dahlia geram. Ayan tahu sangat dah perangai isteri dia ni macammana.
"Sayang, jangan-"
"Kenapa? Makcik jealous tak dapat nak berdua-duaan macamni dengan suami makcik? Haa makcik janda ke?" Selamba je Dahlia berkata siap gelar makcik tu janda lagi. Ayan terus alih pandangan sebab nak tergelak. Tulah makcik. Makcik ni lawan dengan juara pidato sekolahlah!
Makcik tu hanya menjeling kemudian berlalu. Barulah Dahlia dan Ayan bantai gelak sama-sama. Mereka kemudian sambung cari barang. Amboi makcik dia kutuk orang boleh, orang kutuk dia terus lari cari port sembunyi.
"Don't you think it's kind of toxic, sayang?" Tanya Ayan sedikit risau. Dia hanya membelai rambut Dahlia itu. Dahlia Muslim dan tak bertudung. Kalau bertudung lagi teruk kot kena dengan makcik tadi.
"I don't know. Dia yang start dulu, dia terimalah. Aish, dahlah. Sayang cawan kita habis, yang. Come on sayang, cawan."
"Cawan dua biji dah cukup."
"Habis macammana kalau ada tetamu?"
"Siapa je nak datang rumah,yang?"
"Jiran? Entah. Alah, cawan je yang. Come on lah." Dahlia terus tarik tangan Ayan menuju ke bahagian pinggan mangkuk. Takkanlah beli cawan je kan? Mangkuk, pinggan, tupperware, penyangkut baju, hanger, keropok,jajan, maggie...yang gores-gores permainan budak-budak tu pun dia ambil dengan alasan murah.
Lepastu dia letak semua barang tu dekat atas meja dan semua sekali lebih kurang RM200 habis. Tapi Dahlia bagitahu siap-siap kalau tak cukup, guna duit dia.
Ayan kan. Dia sayang Dahlia so dia gunalah duit dia walau sengkek. Nilah contoh lelaki idaman.
Selesai beli barang di DIY, diorang pergi ke medan selera untuk makan. Mereka tak pergi mall fancy. Mahal woo sepinggan je dah RM10. Duduk sini murah sikit. Pasaraya biasa je yang dah 10-15 Tahun beroperasi.
Sampai saja makanan atas meja, mereka berdua makan bersama dengan kedua-dua kaki dibawah meja saling bersilang.
"Sayang, this is our first time makan luar together after married, right?" Tak sempat kunyah lagi makanan Dahlia sudah bertanya. Ayan angguk kepalanya sambil disuap nasi goreng kedalam mulut. Nasinya berminyak. Hampir tak selera Ayan nak makan.
"After this we'll do everything and it will start with first time. How romantic is it, sayang?"
Ayan senyum. "Romantik sangat ke?"
"Yelah, romantik! You ni always macamni aigoo." Dahlia geleng kepala melihat perangai suaminya yang kurang romantik. Tapi bagi Dahlia, Ayan jadi lelaki idaman pun dah romantik.
"Yelah. Romantik lah tu." Ayan mengiyakan juga. Dahlia hanya ketawa melihat suaminya hanya mengalah dengannya.
"By the way sayang tadi I contact Cikgu Faiz. Dia kata kawan dia nak pembantu perpustakaan sorang. You ke I yang nak apply?"
"Really? I lah apply. You duduk je rumah to goyang kaki."
"...boleh juga. I sebenarnya apply kerja farmasi malam semalam masa you sibuk tengok Transformers kat luar tu. Tengoklah dapat ke tak."
"You nak kerja?"
"Gaji you RM1,200 tu ingat cukup ke?"
"Ouh, so gaji pembantu tu seribu dua lah?"
"Iyaa. Sayang, we're married couple who lives together in a house. Sayang, takkanlah I nak bagi you tanggung sorang-sorang? What if something happens? We need insurance!"
"...insurance?"
"Yeah. You know some politicy in insurance? I want an insurance."
"But..." Ayan sedikit teragak-agak. Even mak ayah dia pun tak pernah ambil insurans sebab tahu bertapa payahnya nak membayar. "How much?"
"Don't know yet. I'll ask Cikgu Faiz. He knows everything."
"As long as tak mahal sangat then I'm okay. Insurance for our own goodness, right? Right?" Dua kali Ayan tanya benda yang sama. Dahlia pun angguk saja kepalanya.
Dahlia memandang sekeliling. Suasana ni agak sesak tapi dia suka sebab tak sunyi sangat. "...sayang. You know right I ada manuskrip?"
"Yes, why?"
"I ingat I nak publish buku."
Tangan Ayan terus kaku. Makanan yang nak masuk mulut pun jadi tak masuk-masuk. Tapi dia cuma terkejut, takdelah terperanjat sangat Dahlia nak publish buku.
Cuma, boleh ke tu?
YOU ARE READING
Life of Married
RomanceAyan Nadhwa dan Dahlia Aryana lari dari rumah semata-mata mahu duduk bersama dan menjalani hari-hari seperti suami isteri yang normal. Membuangkan sebarang masalah keluarga didalam tong sampah, mereka berdua cuba untuk faham satu sama lain dan terus...