3 | Realiti

17 0 3
                                    

"Lily..lily bangun kita dah sampai ni"
Lily membuka matanya lalu mengecikkan matanya yang silau dipancar cahaya matahari.

Berdehem lalu membetulkan baju dan rambutnya "Wah lain betul ya aunty cuaca dekat sini"  kata lily dengan suara yang sedikit garau.

"Ia sayang, Tempat ni jarang hujan tapi kalau sekali dah hujan, Lebat dia lain macam. Lily mari, Aunty bawa jumpa ameera dan abangnya nanti boleh mereka bawa tengok tempat ni" Kata aunty jai sambil membuka pintu kereta bahagian lily.

Tanpa fikir dua kali, Lily terus bangun dari tempat duduk nya dan keluar dari kereta.
mengeliat, lalu menutup matanya menghirup udara segar. Yang betul-betul lain dari rumahnya di kuala lumpur.

"Haa tu sampai pun anak-anak mummy" lambai aunty jai sambil tersenyum lebar

"Mummyyyyyyy!" Jerit ameera yang berlari memeluk aunty jai

"Waittt, Akak lily kan?! Omg why so cantikkk! Lamanya kita tak jumpaa miraa rinduu" Jerit ameera dengan tenaga yang sangat hidup. Ameera betul-betul seorang yang sangat membawa kehidupan bagi orang lain. Bagaimana ia layan orang lain, Hanya membuktikan bahwa baik dan sucinya hati dia.

"Haiii! mira kan? Lama kita tak jumpa kadang akak selalu terkenangkan kenangan kita dulu, selalu main dekat sini. Bila teringat tu rindu juga tapi jarang datang kan? Jadi jarang kita nak jumpa " kata lily yang tersenyum masih sambil balas pelukkan ameera

"Kakk, yang kenangan biar jadi kenangan ok?! Jangan risau, Kita bina kenangan baru ok? Yang penting kita happy. Um..kak, lily membalas dengan mengangkat keningnya, mira dengar apa yang jadi..Akak kuat ya?"

Cuba menelan air matanya, Lily hanya tersenyum, lalu mengangguk sahaja balas ucapan ameera. Walau setahun sudah berlalu, Hari demi hari adalah peperangan buat lily. Keperitan yang dialami, Tidak mungkin mampu sembuh walau hanya dalam satu tahun.

"Haihh dah-dah kenalkan abang kamu tak usah sedih-sedih kita hargai setiap detik dekat sini ya sayang?" Tanya aunty jai sambil mengusap kepala lily dengan perlahan.

Mata lily yang tertumpu pada ameera tadi kini beralih ke abangnya yang berdiri sedikit jauh dibelakang ameera. Cuba untuk fokus namun susah kerana cahaya matahari yang membuatkan wajah abangnya agak sedikit gelap.

Waktu bagai bergerak dengan perlahan,

Langkah, Demi langkah.. Semuanya makin jelas.

Rambut hitam yang panjang namun diikat, Dan rambut yang sedikit jatuh di bahagian mukanya, Mata bewarna kelabu, Hidung yang terletak sempurna dan senyuman yang manis. Ketinggian yang lebih kurang 179cm badan yang sasa sempurna terbentuk.

Memakai  baju v neck yang berlengan pendek lagi menyerlahkan tangannya yang besar berotot. Berkain linen yang longgar dibadannya, Namun masih menyerlahkan bentuk tubuhnya yang sasa dengan berkulit sawo matang.

Bagaimana seseorang boleh sebegitu tampan?

"Hai lily Saya abang mira, kai" sambil hulur tangan namun keadaan menjadi lebih janggal apabila lily termenung menatap muka kai dalam waktu jangka masa yang agak lumayan lama "Lily? Um..lily" Terkejut dengan panggilan kai yang membuatkan badannya rasa pelik.

Aku kenapa?
Jangan macam-macam lily!

Mata lily kini membulat malu dengan perangainya sendiri tadi, Badannya rasa panas secara tiba-tiba. Pipi lily yang kini kemerahan akibat malu.
"Oh hi- um maaf, Saya lily..Hai kai" Balas jabat tangan kai , Sambil tersenyum malu.

"Baik anak-anak mari masuk dulu mama dah suruh makcik masak special untuk lily!" Kata aunty jai yang nampak teruja sambil tarik tangan lily masuk ke dalam rumah.

————————————————
"Apa pendapat abang tentang kakak lily tu? Cantik kan, baik, pandai" Tanya ameera pada abangnya.
"Berhenti jangan nak merapu ameera. Abang tak suka cakap tentang benda-benda macammni dah sana pergi masuk, Abang nak pergi kandang" Ujar kai sambil jeling ameera.

"Well, adik tanya je abang ni no fun la!!"
Ameera masuk dengan mengeluh penat dengan perangai abangnya, Kai.

- Euphoria -Where stories live. Discover now