4 | Mimpi

6 0 0
                                    

"Terima kasih aunt jai, Sedap sangat masakkan makcik" lily tersenyum malu.

"Sama-sama sayang, Makcik ni memang pandai masak, Dah 10 tahun dia kerja dengan kami, Memang tidak pernah mengecewakan cakap jela menu apa pun, Semua dia boleh masak. Paling sedap, Ketam masak lemak cili padi! Uish, Kamu kena rasa" kata aunty jai sambil menepuk meja yang membuatkan lily dan meera sedikit terperanjat.

"Mamaa! Nak tercekik meera mama"
Bising si ameera.

"BAKKK BAKK BAKKK!"

Ruang makan yang dipenuhi gelak tawa tadi dipecahkan suasana oleh bunyi ayam yang bising.

"MAK KAU TERBALIK!" Melatah si lily dengan mata terbeliak.

Ameera yang gelak kerana terkejut kini gelaknya semakin teruk sehingga terbaring di atas lantai kerana mendengar lily melatah pula. "Auntyy! Bunyi apa tu?!" Tanya lily yang masih terperanjat dengan bunyi ayam. Dan kerutan yang terserlah di dahi lily membuatkan aunty jai tergelak dengan kuat, lalu mengelengkan kepalanya.
"Inilah kehidupan biasa kalau duduk dekat sini, Bukan ayam je kamu dengar nanti, Macam-macam bunyi lily! Aunty jai rasa adik ameera, Izham sakat abangnya dibukanya reban ayam biarkan ayam terlepas. Izham dan abangnya, ada saja hari-hari bergaduh"

"Izham? Bukan meera anak last ke aunty? Maaf kalau kurang sopan" Tanya lily sambil tersengih, Mengusap belakang lehernya.

Lily dan pertanyaan tak dapat dipisahkan. Sentiasa ada sifat ingin tahu dan sedia untuk belajar dan dengar benda baharu. Dan sanggup buat apa sahaja, Untuk memecahkan setiap pertanyaan yang bermain difikirannya.

"Panjang ceritanya, Aunty pendekkan izham ni anak-      

"Maa! izham sesak nafas! Dia lari kuat sangat tadi sampai semput! Nebulizer dah habis ubat, Cara yang paling cepat bawa pergi hospital terus dari beli, Farmasi jauh!" Kata kai, Mencelah perbualan mereka dengan panik sambil dukung izham.

"IZHAMM!!" Jerit ameera yang bangun dari baringnya dan aunty jai terus capai kunci dan bergegas ambil izham di pelukkannya.

"Kamu jaga rumah kai! Pastikan kunci semua kandang dan reban!" Jerit aunty jai. "Akak, duduk sini boleh? Abang! Tengok-tengokkan kakak lily pleasee, Meera nak cepat!"

"Tapi aba- Ameera terus masuk ke dalam kereta tanpa tunggu abangnya habiskan percakapan "Ish ameera ni sukahati dia je kalau tak menyusahkan aku satu hari tak sah! Takkan aku nak kena jaga dia tu pula! Macam budak kecik"

Kata abangnya dengan kuat lupa kewujudan lily sebentar yang dari tadi melihat bebelan dirinya.

"Whattt?! Huh! So dia rasa aku ni menyusahkan dia la? Hello! Aku dah cukup besar laa nak jaga diri aku sendiri!"

Berdehem, Pusing ke arah lily mengigit bibir atasnya. "Umm dah pukul enam setengah petang, Saya rasa baik awak duduk rumah. Saya nak sambung kerja" Dengan tona yang serius menahan malu.

"Saya tak kisah, Dan saya boleh jaga diri saya sendiri. Dan saya, tak nak pun awak jaga saya, NO saya tak ingin pun, Sebatas niat pun tak wujud, Jadi awak tak perlu perasan ya "

Balas lily dengan tona suara yang sama memerli kai dan memusingkan matanya lalu bergegas masuk ke dalam bilik yang disediakan, menghempas pintu.

"Hah! Wah!" Kai membulatkan matanya dalam tidak percaya dengan sikap lily tadi "Dia jeling aku!? Hempas pintu?! Wah! Eh awak yang disebalik pintu, Saya ni Hero dalam kampung ni! Semua orang takut saya. Apa?! Awak jeling saya? Hah!" Jerit kai sambil mengjulingkan matanya.

"Awak tunggu lily, Bilik tu banyak lipas bukan lipas biasa-biasa pakej, Boleh terbang sekali hati-hati lah ya, Jangan jerit malam-malam minta tolong pula, Lipas sini suka masuk telinga" ugut kai di depan pintu sambil senyum sinis niat untuk menakutkan lily.

"Eh awak yang disebalik pintu ni juga ingat saya takut lipas ke ha?! Hek eleh lipas je pun. Silap-silap kalau awak yang nampak lipas mengelabah hawau awak!"
Jerit lily membalas ugutan kai

Mata kai membulat mendengar kata kesat lily. Ingin membalas, Namun terhenti setelah mendengar telefonnya berbunyi.

"AHMAD KANDANG"
"Haih dah call dah dia ni lily, awak patut terima kasih dekat ahmad sebab tolong awak kalau tak dah lama-
                       "Dah lama apa?! Awak ingat saya pengecut ke? Saya ada black belt ok kalau teringin nak rasa macammana ada kenduri tahlil sendiri diusia muda cubalah!"

Penat ingin melayan kerenah lily, Kai terus keluar dari rumah mengempas pintu dengan kuat membuatkan lily terlompat sedikit akibat terperanjat.

Lily tersenyum sinis,
"Huh badan je besar tapi pengecut!"
————————————————
9.00 pm

"Akak, Kami mungkin lambat sikit sebab doktor nasihatkan izham rehat dulu jadi kami tunggu sampai doktor bagi balik" Kata ameera dengan suara yang lemah.

"Hey meera, Jangan risau tentang akak ok? Akak ok sangat dan selesa dekat sini jadi meera focus dekat izham sahaja akak baik-baik je dekat sini"
                "Terima kasih akak, meera pergi dulu ye nanti apa-apa call meera bye"

"Tuk..tuk..tuk.."

Lily mula gelabah apabila kedengaran bunyi ketukkan di pintu rumah. Lily yang sudah takut dari tadi, Dengan sekeliling rumah yang gelap gelita tanpa lampu, Bunyi cengkerik yang bermain ditelinga, Ditambah lagi dengan ketukkan dari pintu.

"Aku salah dengar kot siapa pula nak ketuk, Kalau kai takkan dia tak ada kunci, ini rumah dia..haih Apa-apa jelah" baring semula dengan selubung dirinya menggunakan selimut, lalu menutup mata.

"TUK...TUK....TUK!!"

- Euphoria -Where stories live. Discover now