Binatang! Semua orang tahukan...
Apa yang aku nak ceritakan kali ini tentang binatang. Setiap binatang mempunyai perangai tersendiri. Sama ada Kita tahu atau tidak itu terpulang kepada pengalaman masing-masing.
Aku hendak kongsikan satu pengalaman yang mungkin aku tidak dapat jumpa sampai bila-bila lagi.
Jangan ditanya pada aku, apa yang aku nampak atau lihat sebabnya aku pun tak tahu.
Aku hanya hendak berkongsi sahaja. Aku juga tidak memaksa pembaca untuk percaya.
Tepuk dada tanya selera.
***
Kejadian ini sudah lama berlaku.
Aku akan ceritakan semula pada hari kejadian. Maaf jika ada penulisan ala novel.
Waktu petang, aku bersama dua orang kawan menapak pulang ke base setelah melihat pukat segera yang dipasang pada sungai( lubuk) yang berdekatan.
Hasil agak lumayan, dua ekor ikan sebarau, beberapa ekor ikan tengas batang dan beberapa ekor ikan Semah. Ikan Semah panggilan orang Sarawak kalau di semenanjung dipanggil kelah.
Pukat segera itu dipasang oleh aku dan kawan-kawan. Selepas itu, menjadi milik kerajaan maksudnya siapa yang rajin melihat pukat, hasilnya hak dia.
Jarak sungai dengan Base dalam 1 jam berjalan kaki.
Semasa berjalan aku dan kawan-kawan tidak banyak bercakap. Masing-masing melayan kepala sendiri atau mungkin penat. Faham-fahamlah bukan, kerja melihat pukat banyak perkara yang perlu dilakukan. Menyelam kutip ikan, membetulkan pukat semula dan kerja lain yang berkaitan.
Masing-masing membibit plastik (plastik kompo) yang berisi ikan.Dalam kepala aku dah terbayang gorengan garing ikan segar. Biasalah sudah jemu menghadap makanan segera milik kerajaan Malaysia. Yang faham itu faham lah apa yang aku maksudkan tentang milik kerajaan tu..hehehe.
Aku berjalan di depan sekali, di belakang aku, kawan yang bertubuh kurus tinggi dan akhir sekali kawan aku yang berkulit putih.
Dalam menapak melalui rimbunan pokok dan batang-batang pokok rendang yang tumbuh liar lagi subur.
Muka aku tertoleh ke kanan. Mati langkah aku. Telinga aku dapat menangkap sesuatu bunyi. Tetapi aku tidak pasti bunyi apa.Dua orang kawan di belakang aku turut berhenti.
"Kenapa?" Tanya mereka.
Aku meletak jari telunjuk ke mulut bermaksud diam. Mereka faham dan turut diam.
Mereka memandang ke arah sama.
Kawan aku yang bertubuh tinggi itu merapat ke arah aku.
"Kenapa Botak?" Tanya dia.
Aku mengatakan ada bunyi berdekatan pokok rendang itu.
Kawan aku memasang telinga. Serius wajahnya. Kemudian memandang aku semula. Aku tahu mimik wajah dia, tidak kedengaran apa-apa.
Aku tidak puas hati, aku letak beg plastik ke tanah. Aku menapak menuju ke arah bunyi kedengaran. Aku tidak pasti sebenarnya arah bunyi itu, aku cuba membuat andaian.
Perlahan kaki aku melangkah. Aku jatuhkan tapak aku seperlahan yang boleh di permukaan tanah. Dalam 10 langkah aku matikan diri. Tiada pergerakan aku lakukan. Tepat anak mata aku melihat ke depan, ke arah bunyi yang aku agak. Aku pasang telinga betul-betul.
Bunyi itu senyap.
"Ah! Pulak," kata dalam hati aku.
*Kepada yang bertanya tentang buku Zambri Perasan boleh mesengger di fb Zambri Perasan atau page Dj Zambri.
YOU ARE READING
Misteri Alam
Non-FictionMisteri Alam - menceritakan pengalaman-pengalaman penulis sepanjang dalam perkhidmatannya. Cerita - cerita ini lebih berkisarkan pengalaman unik dan misteri yang dialami penulis dalam hutan. Misteri dan unik kerana hanya yang bertuah sahaja dapat me...