Aku biarkan tubuh berdiri kaku, hanya anak mata dan telinga memainkan peranan.
Kawan-kawan aku kekal di tempat mereka. Mereka juga tidak membuat banyak pergerakan. Tidak membuat bising. Mereka membiarkan aku.
"Cak! Cak! Cik! Cik!"
Bunyi itu kedengaran semula.
Perlahan aku berubah kedudukan, aku duduk mencangkung pula.
Aku menoleh ke belakang melihat kawan-kawan aku. Pantas tangan aku terangkat memanggil mereka. Aku menyuruh mereka rapat ke tempat aku.
Isyarat diam kekal aku berikan pada mereka.Mereka bergerak perlahan rapat sebelah aku.
"Dengar tak?" Seakan berbisik aku bersuara.
"Bunyi apa tu Botak?" tanya kawan aku yang berkulit putih. Kawan aku telah mendengar bunyi itu.
Aku diam, aku tidak dapat menjawab soalan itu. Kerana aku tidak tahu bunyi itu.
Aku arahkan mereka duduk di sini. Aku merangkak rapat pada rimbunan pokok di depan. Kemudian kawan-kawan aku pula merangkak menuju ke sisi aku.
Kelihatan sebaris kedudukan kami. Semuanya dalam kedudukan merangkak.
Kami masih tidak dapat melihat apa-apa. Tetapi bunyi itu makin kuat hinggap di cuping telinga kami. Daun-daun di depan kami menjadi penghalang. Membataskan penglihatan.
Perlahan tangan aku, menyelak daun di depan.
Tergamam aku apabila kelihatan dua ekor kijang dewasa sedang berdiri berdekatan. Kijang itu berada di bawah pokok yang agak rendang lagi redup.
Aku tahu kijang itu sepasang.
Aku lihat, kijang jantan yang tanduknya agak panjang itu berdiri di atas sehelai daun kering yang besar. Daun seakan daun pokok ketapang tetapi bersaiz besar. Daun yang jatuh dari pokok rendang itu, pendapat aku.
Kaki depan kijang jantan itu akan memijak daun kering itu berselang seli. Maksud aku sekejap kaki kanan dan sekejap kaki kiri.
Setiap pijakan itu akan mengeluarkan bunyi.
"Cak! Cak! Cik! Cik!"
"Cak! Cak! Cik! Cik!"
Bunyi seperti kita memotong sayur atau bawang dalam keadaan laju. Tetapi dalam bunyi yang besar. Bunyi itu kedengaran tajam. Adakala bunyi itu bernada perlahan.
Ahh! Aku tidak tahu bagaimana hendak terangkan cara tepat.
Bila kaki kanan kijang itu memijak ke permukaan daun. Kaki kiri kijang itu tergantung dalam berapa saat kemudian kaki kiri pula memijak dan kaki kanan tergantung.
Kaki belakang kijang itu tidak main peranan pun, hanya kaki depan saja.
Perbuatan itu berlaku berulang kali hingga tercipta bunyi atau irama. Irama yang tidak difahami oleh manusia.Bila bunyi seakan rancak, kijang betina akan mengangkat Kepalanya ke atas dan ke bawah. Badan kijang betina turut bergoyang kiri dan ke kanan. Bagaikan menari kijang betina itu.
Aduh! Dah macam kelab cubbing pula.
Perbuatan itu berlaku dalam beberapa minit kemudian kijang-kijang itu beredar dari club tarian mereka.
Aku tidak tahu apa yang berlaku sebenarnya. Aku hanya melihat saja.
Perasaan terpegun dan terkejut hanya tersimpan di dalam hati.
Aku tahu ini misteri alam ciptaan Tuhan.Tamat.
*Kepada yang bertanya tentang buku Zambri Perasan boleh mesengger di fb Zambri Perasan.
Zambri Perasan.
YOU ARE READING
Misteri Alam
Non-FictionMisteri Alam - menceritakan pengalaman-pengalaman penulis sepanjang dalam perkhidmatannya. Cerita - cerita ini lebih berkisarkan pengalaman unik dan misteri yang dialami penulis dalam hutan. Misteri dan unik kerana hanya yang bertuah sahaja dapat me...