"Kau nampak tak, apa aku Nampak?" tanya aku.
3 tenung puas-puas ke tempat yang aku tunjuk.
"Nampak abang. Eik apa tu?" jawap 3.
3 terus berlari ke depan. Aku mengikut dari belakang.
Sebaik sampai ke tempat itu. Dari atas tebing kami melihat ke permukaan air yang berada di bawah.
"Kenapa ni Abang? Kenapa jadi macam ni?" 3 mengaju soalan yang aku tidak ada jawapannya.
Di depan mata kami, air sungai kelihatan berwarna merah. Merah sepenuhnya. Bagaikan darah yang mengalir. Mengalir dalam jumlah yang banyak. Aku tidak tahu puncanya.
3 mengatur langkah untuk turun dari tebing. Aku menahan. Aku risau jika air itu mengandungi racun.
Aku melangkah ke depan lagi, aku mahu pastikan berapa jauh air sungai itu berwarna merah. Aku terus berjalan ke atas lagi. Aku matikan langkah, pegun mata aku melihat ke permukaan air. Kepelikan berlaku di permukaan air. Kelihatan jelas garisan lurus atau sempadan.
Di mana sebelah kanan aku air berwarna merah dan sebelah kiri aku air seperti biasa, jernih dan bersih.
Air yang berwarna merah itu mungkin dalam 80 hingga 100 kaki memanjang. Hanya kawasan itu sahaja yang berwarna merah.
"3, datang sini," laung aku.
3 masih tercegat melihat permukaan air. Mungkin dirinya merasa tidak puas hati dengan apa yang dilihat.3 menapak laju rapat ke aku."Kau tunggu sini, biar aku yang turun. Faham tak?" arah aku. 3 mengangguk kepala, faham.
Tebing yang setinggi dalam 15 kaki aku turuni, perlahan langkah aku aturkan. Berhati-hati perbuatan aku.
Aku sampai ke gigi air. Gigi air yang bahagian jernih. Aku harungi air yang sedalam paras pinggang itu.
Dalam beberapa langkah aku berhenti, arus air menolak ke kaki. Arus yang agak deras. Aku tidak endahkan.
Aku melihat ke hulu setakat yang termampu. Aku pasti permukaan air yang mengalir, terlihat jernih dan bersih. Aku pusing badan ke belakang pula.
Ya! Permukaan air yang berwarna merah di depan aku dalam jarak 6 ke 7 kaki sahaja.
Ada kerisauan di wajah aku. Risau jika air itu beracun. Aku pandang kiri dan kanan gigi air yang berwarna merah itu.
Bagi aku jika air beracun pasti akan ada haiwan yang akan terdampar mati di gigi air. Contoh anak ikan atau katak. Ini basic. Di mata aku tiada haiwan yang terdampar mati. Bersih kelihatan di gigi air. Hanya pasir putih.
Aku cuba rapat sedikit, pada sempadan air yang berwarna merah.
"Abang hati-hati," jerit 3 dari atas tebing. Aku menoleh, aku angkat ibu jari ke arahnya. Bermaksud aku setuju katanya.
Perlahan boot kasut yang berada di dalam air itu bergerak. Tidak cantik pergerakan aku apabila batu-batu mencacatkan pijakan kaki. Aku bertahan. Air kian penuh memasuki ke dalam boot.
Dalam 3 kaki daripada sempadan air yang berwarna merah itu. Aku berhenti, aku tahan sekuatnya diri seperti aku pacak kaki. Aku mahu kedudukan diri stabil.
Tetapi mana mungkin dengan batu-batu di dasar dan arus yang menolak ke kaki, sesekali kedudukan tubuh aku tidak stabil. Aku cuba bertahan semampu yang boleh.
Aku bongkokkan badan sedikit, aku kecilkan mata untuk menajamkan penglihatan.
Aku terlihat ada sesuatu yang berwarna merah di dasar air. Sesuatu itu merimbun bagaikan lumut yang melekat pada batu-batu. Begitu banyak sekali. Aku tidak puas hati. Aku pejam mata.
YOU ARE READING
Misteri Alam
Non-FictionMisteri Alam - menceritakan pengalaman-pengalaman penulis sepanjang dalam perkhidmatannya. Cerita - cerita ini lebih berkisarkan pengalaman unik dan misteri yang dialami penulis dalam hutan. Misteri dan unik kerana hanya yang bertuah sahaja dapat me...