Puan Zara sudah penat untuk menegur anak lelakinya.Dingin tak habis habis je.
"Zain mama nak pergi rumah kawan mama,kamu nak ikut tak?"tanya Puan Zara walaupun dia sudah tahu anak lelakinya itu tidak akan mengikutinya
"Ok Zain ikut,kejap Zain tukar baju"terkejut Puan Zara dengan jawapan anak lelakinya itu. Sihat ke tidak budak tu. Puan Zara tersenyum melihat sedikit perubahan anaknya.Dia tahu anaknya kecewa.
"Ok dear,mama tunggu dalam kereta"Puan Zara keluar dari rumah dan masuk ke dalam kereta
Tidak lama kemudian Zain keluar dari rumah dan berpakaian serba hitam dan kemas!.
Zain masuk ke dalam kereta dengan muka dinginnya.Tiada orang yang mampu menegur Tengku Zain Arif kecuali mama dan papanya
Sesampai sahaja di sebuah rumah banglo mereka berdua turun dari kereta.Mereka di jemput oleh Puan Hannah ibu Hasya.
"Dah lama kita tak berjumpa kan Zara"sapa Puan Hannah kepada sahabatnya ketika di sekolah menengah hingga universiti. Mereka berpisah apabila Puan Zara sambung belajar di luar negara
"Ye la Hannah,mana anak kamu?"setahunya Hannah mempunyai seorang anak gadis
"Hasya"panggil Puan Hannah
"Ye ibu,ibu nak apa apa ke?"tanya Hasya
"Takde lah,ni kawan ibu Puan Zara"
"Oh hai Puan"sapa Hasya dengan lembut bersama dengan senyuman
"Eh apa puan puan ni panggil aunty Zara je"
"Oh ok aunty"
"Oh ni anak aunty Zain"
Hasya memandang tuan punya nama. Hensem tapi muka beku
"Oh,hai awak"sapa Hasya
"Hai"balas Zain pendek dia tidak berminat untuk berbicara
"Ibu, aunty tunggu sekejap ye Hasya ada buat cup cake"Hasya berlari anak menuju ke dapur dan mengambil cup cake yang dibuat olehnya
Dia menuju semula ke arah ibunya
"Nah ibu,aunty dengan Zain rasa lah"
Mereka bertiga mengambil cup cake yang berada di atas meja.
"Sedap"puji Puan Hannah dan Puan Zara
Zain hanya tersenyum manis.Hasya ternampak senyuman itu. 'Ya Allah manis gile dia senyum'puji Hasya dalam diam. Dia hanya membalas senyuman itu
Puan Zara juga tersenyum melihat anak lelakinya itu tersenyum
"Amboi Zain selama mama jaga kamu 25 tahun susah benor nak tengok kamu senyum,dekat Hasya senang pulak kamu senyum"tegur Puan Zara dengan nada menyakat
Terus mati senyuman Zain,dia juga tidak sedar bile dia tersenyum. 'Zain macam mana kau boleh senyum dekat Hasya!'marah dirinya sendiri
Beberapa jam kemudian Puan Zara dan Zain meminta diri untuk pulang ke rumah
"Ibu, kenapa aunty Zara kata Zain susah senyum?"tanya Hasya pelik,tak kan lah mamat muka beku tu susah senyum.Eh Hasya nama pon mamat muka beku memang susah lah nak senyum
"Kamu tak payah nak sebok lah Hasya"dia juga tidak tahu dengan kehidupan sahabatnya selepas beberapa tahun tidak berjumpa
"Ibu,mana ayah?"sudah mahu petang tapi dia masih belom nampak kelibat ayahnya
"Ayah kamu balik petang nanti,tak payah cari lah,adik kamu tu kemana?"
"Oh adik ikut abang pergi keluar pergi mana tah tadi mase ibu tengah buat air,diorang keluar senyap senyap"balas Hasya jujur. Apabila tersedar dia telah membongkar rahsia dia terus menutup mulutnya dengan tangan dan memukul
Inilah salah satu perangai Hasya yang tidak reti menipu.
"Haih nak kene budak bedua tu ye,tunggu diorang balik"
"Ihihihi Hasya tak termasuk tau bu"
"Tengok lah nanti dah pergi masuk bilik mandi busuk dah bau badan kamu"usik Puan Hannah padahal dia sudah tahu anaknya baru sudah mandi
"Eeee, apa ibu ni kata badan Hasya busuk,Hasya baru je mandi tau bu"geram Hasya apabila ibunya berkata badannya berbau
"Lah,mandi lah sekali lagi kan boleh"
"Membazir air, kita kene jimat air ye dok?"gurau Hasya
"Hayelah kamu ni ade je modal nak menjawab kan"
"Hihihihii mesti lah bu,ini Hasya Adriana lah orang yang sentiasa menceriakan hari dengan gelak tawa"seloroh Hasya
"Kamu ni perangai tu sebijik macam ayah kamu tau"
"Ye ke bu,Hasya ni kan anak ayah biasalah,ibuu nak motor boleh,adik boleh nape Sya tak boleh buuu"saja Hasya membahasakan dirinya Sya
"Kamu tu perempuan,blaja memasak dulu,ni duk fikir pasal motor pulak dah"
"Alaaaaa buuu, takpe lah nanti Sya mintak dengan ayah..bluekkkk"Hasya menjelir lidah ke arah ibunya
"Ha elok sangat lah buat macam tu"
"Hihihi,sorry bu"
"Yelah yelah"
"Zain macam mana kamu boleh senyum dekat Hasya takdi?"tanya Puan Zara sebenarnya dia mahu mengusik anak lelakinya itu
"Zain tak perasan pon ma"takde soalan lain ke mamanya hendak tanya
"Eleh,kalau kamu dah senang dengan Hasya,mama boleh pi merisik untuk kamu,mama dah berkenan sangat ni",usik Puan Zara
"Apa mama mengarut ni,Zain tak suka lah"marahnya
"Ye lah yelah anak mama ni nak gurau sikit pon tak boleh"
"Tak boleh"tegas Zain dan berlalu masuk ke dalam bilik
Puan Zara sudah penat untuk menegur dengan perangai dingin anak lelakinya. Dia tidak tahu mahu berbuat apa lagi pada anaknya itu
Dalam duk terfikir pada Zain, dia teringat pada anak perempuannya seorang lagi.Entah kemana dah anaknya menghilang
"Sayang mama rindu kamu sayang"rintih Puan Zara
Dia sangat merindui anak perempuannya,satu satunya anak perempuan yang dia ada.
YOU ARE READING
Suamiku En Beku
RomanceKeras kepala,degil,garang,beku, tiada perasaan dan muka tak pernah senyum itu lah diri Tengku Zain Arif Kehadiran Hasya Adriana seorang budak kampung yang ceria,baik,suka tersenyum,tidak suka marah,penyabar membuatkan hati Tengku Zain Arif sedikit...