BAB 1

157 16 0
                                    

Author p.o.v

    " Apasal muka kelat semacam ni? Senyumlah sikit.. Baru semua orang pandang. Ni muka kelat semacam. Senior dengan junior pun takut nak tengok.." Tegur Chaewon sebelum megambil tempatnya di sebelah minju dan meletakkan bekal dan buku matematiknya di atas meja.

    " Wei.. Sampai esok pun masa yena unnie kahwin dia tak nak bagitahu aku apa tu cinta. Yena unnie kejam!" Bebel yuri perlahan. Dalam bebelannya itu, tangan masih bergerak meniru latihan matematik wonyoung.

     " Yang kau ni apahal pulak? Kau baru 15 tahun. Aku ingatkan balik! 15 tahun! Ianya terlalu muda untuk kau bercinta. Memanglah yena unnie tak nak bagitahu kau. Matematik pun kena main tiru-tiru lagi.." Balas Yujin pula. Dia dah lama siap kerjanya dengan minju. Seperti biasalah.. Yuri dengan chaewon sangat menyukai menyiapkan kerja saat-saat akhir.

   " Eleh okey lagi daripada yang dalam kelas tu. Yang dalam kelas tu reda kena denda dengan Miss Kim." Bisik yuri perlahan sebelum menggigit roti di tangan. Mereka semua hanya menggelengkan kepala melihat perangai yuri.

   " Yul. Esok kan majlis kakak kau? Dia kahwin dengan siapa eh? Aku lupalah..." Soal minju perlahan.

   " Tulah.. Banyak sangat makan semut. Dia kahwin dengan abang si Yang Jeongin. Yang Changbin nama abang dia. Nanti kakak aku jadilah ahli keluarga si Yang tu." Balas Yuri. Ketika itu, salah seorang ahli geng si Yang Jeongin mendekati meja mereka dan mengambil buku matematik chaewon yang baru siap 5 minit yang lepas. Chaewon tak memandang langsung muka si perompak itu.

    " Sayang kembar aku yang seorang ni. Balik nanti aku belanja ais krim eh.. Thanks untuk buku." Seungmin, adik kembar chaewon mengambil buku itu dan terus membawa ke mejanya untuk meniru. Kembar berperangai sama. Menyiapkan kerja saat-saat akhir.

    " Haih.. Aku pun tak tahu macam mana korang boleh dapat nombor 2 dan 3 selepas wonyoung. Pelik betul. Meniru nombor satu.." Keluh minju perlahan. Sampai sekarang ujian je mesti dia di posisi keempat. Kerana dua kembar yang selalu berebut nombor 2 dan 3.

    " Meniru di sekolah. Belajar di rumah. Lupa ke kitaorang ada abang yang garang amat di rumah tu? Nak mati kalau kitaorang tak belajar." Balas chaewon menghabiskan bekalan makanannya.

    " Oh Haah.. Aku lupa pasal abang seonghwa korang tu.." Gumam minju perlahan. Ketika itu, stray kids mendekati mereka dengan seungmin yang sudah siap meniru di buku kembarnya. Dia meletakkan buku itu di kepala chaewon.

    " Korang bincang pasal apa? Nampak serius je.." Soal Seungmin perlahan. Chaewon mencebik dan mengambil buku di atas kepala sebelum meletakkan di meja.

    " Bincang macam mana nak menghapuskan kembar seorang kim chaewon yang bernama kim seungmin." Balas Chaewon selamba. Seungmin tergelak sebelum meletakkan tangannya di atas kepala chaewon. Chaewon hanya boleh bersabar dengan kembar dia yang seorang ni.

    " Kitaorang bincang pasal cinta. Si yul ni asyik-asik tanya apa itu cinta je.. Penat kitaorang nak fikir. Korang ada idea tak apa itu cinta?" Wonyoung pula menjawab.

    " Oh senang je tu.. Cinta itu ialah.. WOI! Yang kau pergi sumbat roti dalam mulut aku kenapa? Nasib roti sedap.." Baru je Hyunjin nak bercerita, yuri lebih cepat menyumbat sekeping roti dari bekalannya ke dalam mulut rakan sekelasnya itu. Kesian Hyunjin...

    " Kau senyap. Kau cakap nanti bukan fakta tapi auta. Mengarut je.." Balas Yuri. Hyunjin mencebik dan mengunyah roti di dalam mulut.

    " By the way, kenapa korang nak tahu sangat cinta tu apa? Masuk ujian ke? Setahu aku wonyoung tak pernah ambil tahu hal apa-apa melainkan masuk ujian.." Soal Minho pula. Wonyoung mencebik kecil sebelum menjulingkan mata tanda menyampah.

    " Suka hatilah.. Ni ujian masa depan. Takdelah nanti tertipu dengan manusia macam korang." Balas Wonyoung. Dia bangun dari kerusinya. Waktu rehat tinggal lagi 10 minit. Kejap lagi mesti loceng berbunyi. Baik masuk kelas sebelum loceng berbunyi.

    " Wei sebelum kau pergi. Kitaorang berlima nak cakap sesuatu." Suara Jeongin menghentikan langkah kaki mereka berlima. Mereka semua memandang ke arah jeongin dan duduk semula di meja tadi.

    " Korang nak rasa jadi cupid tak?" Soal jeongin perlahan. Dahi minju dan yuri berkerut.  Mata Wonyoung dan chaewon terbeliak dan yujin tergelak kecil.

    " Kejap. Macam mana manusia tiba-tiba boleh jadi dewa cinta ni? Kau mengarut apa ayen?" Soal Yujin perlahan dengan sisa tawanya.

    " Maksud ayen adalah bukannya jadi dewa cinta. Lebih kurang macam tolong menjodohkan orang. Kalau ada sesiapa yang nak luahkan perasaan dekat seseorang, kitaorang akan tolong. Tulah kerja kitaorang.." Kata Felix. Izone tergelak kecil mendengar kata-kata felix.

    " Seriuslah? Pfft.. Takde kerja betul. Kalau fans korang tahu pasal kerja korang ni.. Mahu tergelak diaorang semua.." Kata Chaewon pula. Mereka berlima bangun semula dan nak meninggalkan tempat itu sebelum yuri mengisyaratkan supaya berhenti. Dia memandang ke belakang. Ke arah lelaki yang dah nampak sangat putus asa tu.

    " Tapi not bad idea tu.. Mana tahu kita dapat tahu maksud cinta dari pekerjaan cupid tu. Tengoklah.. Kitaorang bincang dulu nak ikut serta ke tak." Kata Yuri sebelum mereka berlima berlalu dari situ menuju ke kelas. Stray kids bersorak gembira sebelum terdengar bunyi loceng. Pantas mereka semua berlari menuju ke kelas.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.


WHAT IS LOVETempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang