Author p.o.v
Situasi Kumpulan pertama ( Jeno and Karina ),
" Benda pertama kita kena bincang adalah kat mana kita nak buat tempat confession ni..." Kata Felix sebelum membuka buku catatannya. Senang nak mencatat perbincangan mereka sekarang ni. Sekarang hanya 4 orang. Chaewon takde.
" Hmm.... Kalau rasa nak sweet sikit, kita boleh buat dekat taman bunga. Kat sini kan ada banyak jenis taman bunga. Tapi kita kena tahu apa bunga kegemaran Karina lah..." Cadang Minju. Hyunjin mencapai telefonnya dan membuka mesejnya bersama Winter sebelum menunjukkan kepada rakan-rakannya.
" Aku dah cuba tanya. Takde sesiapa tahu Karina suka bunga apa. Jadi, macam mana? Ningning dengan Giselle pun bagi jawapan yang sama. Ryujin, Yeji pun bagi jawapan yang sama..." Kata Hyunjin pula selepas meletakkan telefonnya di tengah-tengah meja perbincangan.
" Kita juga tak tahu kalau Karina ada alahan bunga ke tak... Risau kalau ada alahan bunga je.. Teruk nanti. Hancur semua yang kita rancang nanti..." Sambung Minho pula. Mereka semua serentak mengeluh. Tiba-tiba, telefon Felix berbunyi. Vc dari Chaewon. Dia menekan tombol hijau dan meletakkan di atas meja telefon itu.
" Hei, sorry aku lambat. Dah sampai mana dah? Dah tahu ke kat mana nak adakan confession tu?" Soal Chaewon terus selepas Felix mengangkat panggilannya. Mereka semua menggelengkan kepala.
" Nak buat kat taman bunga, risau kalau Karina alahan bunga pulak... Tapi nak buat kat tempat lain macam tak romantik pulak... kau ada idea, Chae?" Soal Minju perlahan pada Chaewon. Chaewon mengangguk perlahan sebelum mengambil buku sketch miliknya dan menunjukkan gambar yang dilukisnya walaupun lukisannya tak secantik lukisan Hyunjin.
" Kita buat kat tepi sungai Han. Hias tempat tu cantik-cantik dulu dengan warna biru. Sebab Jeno dan Karina sama-sama suka warna biru. Lepas tu, buat pentas kecil kat tengah-tengah tu. Kat situ nanti Jeno akan adakan confession. Macam mana, okey tak idea aku?" Cadang Chaewon. Bila fikir balik cadangan Chaewon, bagus juga. Taklah membazir sangat duit nak sewa satu taman bunga untuk mereka berdua kan....
" Okey juga. Aku setuju dengan idea kau, Chae... Korang yang lain okey ke?" Soal Felix memandang rakannya yang lain. Mereka juga mengangguk setuju dengan cadangan Chaewon. Chaewon tersenyum melihat semua setuju dengan cadangannya.
" Not bad Chae... Kalau aku tahu kau hebat macam ni, dah lama aku ambil kau untuk kerja jadi cupid ni tau..." Kata Minho pula. Chaewon tergelak kecil sebelum dia tersentak mendengar ada suara kaca pecah di belakangnya. Dia menutup kamera perlahan sebelum melihat ke arah luar biliknya. Melihat kaca pecah di lantai, dia menutup pintu biliknya sebelum membuka balik kamera miliknya.
" Sorry guys. Aku tak dapat lama-lama. Aku pergi dulu. Esok jumpa kat sekolah." Tak menunggu balasan, Chaewon terus menamatkan vc nya dengan Felix. Mereka semua berpandangan dengan perangai pelik Chaewon.
" Aku tak pasti sama ada aku seorang je sedar atau korang sedar juga... Chaewon dengan Seungmin entah kenapa kebelakangan ni sangat-sangat pelik. Diaorang tak macam diri biasa. Banyak berdua je. Selalu tak hadir sekolah..." Kata Hyunjin selepas Felix meletakkan telefonnya kembali di dalam beg.
" Sedar juga. Tapi diaorang tak nak kita masuk campur urusan diaorang. Jadi, kita selesaikan ni semua dulu. Lepas tu baru kita siasat kenapa dengan Chae dengan Seungmin." Kata Minho pula. Barulah mereka semua mengangguk. Perbincangan diteruskan dengan cincin yang perlu dibeli dan juga pelbagai dekorasi lain.
------------
Sementara itu,
Situasi Kumpulan kedua ( Yeji dan yeonjun),
KAMU SEDANG MEMBACA
WHAT IS LOVE
RandomMENCERITAKAN TENTANG CHAEWON, MINJU, YURI, YUJIN DAN WONYOUNG YANG SENYAP-SENYAP MENJADI CUPID UNTUK BELAJAR MENGENAI APA ITU CINTA. MEREKA MENJADI CUPID ATAS PELAWAAN RAKAN SEKELAS MEREKA, MINHO, FELIX, HYUNJIN, SEUNGMIN DAN JEONGIN. ADAKAH MEREKA...