HQ2:Good job!

15 0 0
                                        

Pernah tak kau rasa 'down' walaupun pelbagai cara kau cuba untuk jadi yang terbaik di mata orang tapi pada akhirnya kau hanyalah orang asing yang diperlukan untuk memenuhi tempat kosong.Tanpa dihargai sama sekali dan bahkan kau tak diberi peluang untuk meluahkan apa yang kau rasa.

Kau tahu tak kau umpama bintang yang bersinar di malam hari tapi tak terlupakan walau siang akan menjengah.

Aku tahu kau penat
Aku juga tahu kau sangat penat,penat dengan permainan dunia yang sementara ni.

Jika kau sudah buat semampu kau,itu sudah terbaik.
Jika kau sudah buat seikhlasnya,itu sudah cukup.
Meski kau tidak dihargai,kau jangan lupa dalam berbilion orang kat dunia ni akan ada yang akan menghargai dan menyayangi kau sehingga akhir hayat kau.

Ni terapi yang aku dengar masa dengar ceramah motivasi. Lupa pulak nama penceramah tu siapa.

Cuba kau letak tangan kat dada sambil tutup mata,cukup kau katakan Alhamdulillah aku dah buat sebaiknya. Aku sudah buat yang terbaik hari ini.'Good job dearself'

Kepada yang dah cuba buat korang tolong komen apa yang korang rasa lepas buat terapi ni.

P/s:Terima kasih sebab sudi baca secebis kata yang tak seberapa ni. Semoga kita semua berada di bawah rahmat Allah S.W.T

Healing QuotesWhere stories live. Discover now