Chapter 5

241 36 3
                                    

Selamat membaca,
Typo bertebaran ❣️

Aku berjalan longlai, kemanakah harus ku pergi,aku hanya membiarkan kaki ini terus melangkah tanpa hala tuju.

Sampailah aku merasakan di hadapan ku ada satu bangunan,aku mendongak.

Surau,ucap ku di dalam hati.

Aku terkaku, layakkah aku melangkah kan kaki ke dalam,aku ni dah kotor,tak pernah solat.

Aku terduduk di depan pintu surau,

"Assalamualaikum"ucap satu suara

"Waalaikumussalam"aku menjawab seraya menoleh,

Aku melihat seorang lelaki di hadapan ku, seperti seorang ustaz pun ada.

"Cik kenapa cik ada disini?"

"Sa-saya tiada tempat tinggal ustaz"

"Oooo,nama saya Zikry,cik tak mahu masuk ke dalam ke?"

"Kalau cik tak mahu ke dalam apa kata saya bawa cik pergi ke rumah nenek saya,cik bolehlah bersihkan diri dengannya"

Aku hanya mendiamkan diri,aku sudah tidak berani dengan mana - mana lelaki dah, cukuplah hidup ku hancur sekarang.

"Cik jangan risau rumah nenek saya depan tu je"

Aku melihat ke arah yang diarahkan itu,ya aku melihat ada satu rumah disitu.

Dia menoleh ke arah ku,

Aku mengangguk kan kepala,

"Mari"

"Hmmm"

Dia melangkah kan kaki ke arah yang hendak dituju,aku hanya mengikuti nya dari belakang.

Kami berjalan sehinggalah tiba di hadapan rumah yang dimaksudkan.

"Assalamualaikum"ucap Zikry

"Waalaikumussalam"balas suara perempuan di akhir usia.

"Nek sihat?"soal Zikry sambil menyalami tangan perempuan itu,

"Sihat kru"

"Ni siapa?"soalnya ke arah ku.

"Nek,dia ni perempuan yang kry jumpa dihadapan surau sana"

"Ooooo,sini nak mari dekat nenek"

Aku melangkah kan kaki ke arahnya, sampai di sana aku menyalami nenek tua itu,

"Cantik orangnya,nama kamu siapa?"











TBC

𝐇𝐚𝐧𝐲𝐚 𝐃𝐢𝐫𝐢𝐦𝐮 | C |Where stories live. Discover now