CAHAYA terang menerobos ke kornea mata. Pandangan yang tadinya hitam legam kini sudah dibekalkan sinar. Tangan Adam Mikail yang dari tadi menutup mataku kini sudah dialih.
"Surprise!"
Sebiji kek dihulur kepada aku. Kak Maya tersenyum manis. Dikucupnya pipiku sekali. Aku dengan Kak Maya memang agak rapat. Dah macam adik beradik. Pemberiannya kusambut baik. "Terima kasih," ucapku.
Aku memandang Adam. Meminta penjelasan. Surprise apa pulak ni? Bukan main gah lagi parti yang diadakan. Siap buat dekat dewan besar. Lepas tu, dihias begitu elegan. Pasti banyak kos yang Adam keluarkan.
"Untuk hari jadi adiklah. Lupa?" Adam mengusap lembut kepalaku yang berlapik tudung bawal berwarna krim.
"Tak lupa, tapi hari jadi Ain minggu depan." Cliche sangat kalau aku lupa hari jadi sendiri. Seketul Ain Mikaila ini tidak mungkin terlupa hari paling penting dalam sejarah hidupnya. Masalahnya sekarang, hari jadi aku tahun ni jatuh pada hari Isnin minggu depan. Teruk benar ingatan Si Adam ni.
"Tak salah kalau kita sambut awal, kan?"
Aku membuat muka. "Apa-apalah, abang. Asalkan abang bahagia," balasku. Malas nak melayan pemikiran pelik Adam. Dengan aku sekali jadi pelik nanti.
"Happy birthday, Ain!" ucap Felix yang muncul entah dari mana. Dirangkulnya pinggang Maya di sebelah. Dagu direhatkan atas bahu wanita itu. Macam nilah pasangan bercinta. Nak bergula saja kerjanya. Kena hurung semut baru tau.
"Terima kasih."
"Bro, nak berasmara dana, cari tempat lain, okay? Dekat sini ada budak bawah umur." Adam menjelingku. Sudut bibirnya terangkat.
"Ain dah besarlah!" protesku tidak puas hati. Tahun ni, umur dah masuk 19, boleh pulak dikatanya kita bawah umur.
Felix sekadar tersengih. "Aku balik dulu, Ain, Adam. Ada kerja sikit," pamit Felix. Baru sampai dah nak balik.
Adam mengangguk. Faham sangat dengan Felix yang sentiasa sibuk dengan kerja. Workaholic kata orang putih.
"Ain, Kak Maya pergi dulu. Hadiah Ain, Kak Maya dah letak atas meja dekat sana tu," ujar Kak Maya sebelum membuntuti langkah Felix. Untunglah jadi personal assistant. Ke mana-mana pun sentiasa ada sama. Macam belangkas. Tak berpisah walau sesaat.
Aku memandang meja yang dimaksudkan oleh Kak Maya tadi. Membukit hadiahnya. Banyak sangat. Al maklumlah, kawan Adam ramai. Kaya-kaya pulak tu. Tak macam aku, kawan pun tak ada. Harapkan kawan Adam aje yang sudi berkenalan.
***
"ADIK, adik masuk dulu. Hadiah-hadiah tu biar abang bawa masuk nanti."
Tanpa banyak songeh aku menurut. Membawa diri ke dalam bilik. Baju kurung moden yang tersarung pada badan aku salin kepada pakaian yang lebih selesa. T-shirt berlengan panjang dan seluar palazo kelabu menjadi pilihan hati. Solat asar juga tidak lupa aku dirikan.
Setelah selesai, aku menuju ke ruang tamu. Kotak-kotak dan beg-beg hadiah sudah terletak elok atas meja kopi. Tak sabar nak buka semua. Rambang mata aku dibuatnya.
Baru ingin memulakan misi, Adam keluar dari dapur. "Adik, abang nak keluar sekejap. Dalam sejam macam tu abang balik," katanya. Kunci kereta yang tersangkut pada penggantung kunci Adam capai.
"Abang, jangan balik lewat sangat."
Adam tersenyum seraya mengangguk. Dah masak dengan perangai penakut aku. Aku duduk dengan Adam bukan sekejap. Dari kecil lagi. Tambahan pula, Adam yang jaga aku sejak ibu dengan abah meninggal tujuh tahun lepas.
Sebelum meninggalkan rumah, sempat Adam menitipkan pesan, "Duduk rumah elok-elok. Jangan lupa kunci pintu."
Aku menghantar pemergian Adam di muka pintu. Hilang sahaja kelibat kereta Honda Civic putih milik lelaki itu, pintu rumah aku tutup. Butang pada tombol pintu juga ditekan.
Aku kembali kepada hadiah-hadiahnya yang sedia menanti. Hadiah, kau tunggu aku buat sesi unboxing. Tak sabarnya!
Kotak pertama aku capai. Senyuman terukir dibibir.Teruja nak tahu apa yang ada dekat dalam. Sebelum buka, goncang dulu. Tak berat mana. Bunyi macam ada benda keras yang berlanggar dengan kertas kotak.
Aku baca sticky note yang melekat diluar kotak. "Selamat hari jadi, budak. Ni hadiah dari aku. Jangan lupa pakai. Biar tinggi sikit. Ikhlas, Pak Cik Naga."
Kasut bertumit tinggi tiga inchi aku letak atas lantai. Tak ada pula tertulis jenama, tapi nampak mahal. Kakinya menyarung kasut tersebut. Padan! Aku bangun. Bukan selalu boleh buat acara catwalk ni. Kaki aku atur seelok mungkin. Berlenggang-lenggok sekeliling rumah. Berangan jadi model setaraf antarabangsa. Sekali-sekala tak apa, kan?
Tap! Tap!
"Mak kau jatuh tergolek!"
"Aduh!" Punggung yang kebas digosok. Tengah seronok buat fashion show, sekali jatuh tergolek daa. Tak pasal jadi nangka busuk. Tulah, suka sangat berimaginasi tinggi. Kan dah jatuh!
Kasut tadi dicabut. Tak sesuai. Pakai sandal lagi senang. High heels diletak semula dalam kotak.
Buka yang lain pula. Tiada nama pemberi mahupun kad ucapan. Sehelai baju kebaya merah dikeluarkan dari beg kertas bercorak bunga. Cantik! Aku belek baju kebaya tersebut sekali lagi. Macam ada yang tak kena.
"Halah, kainnya see trough!" Aku menepuk dahi. Baru fikir nak bergaya dengan baju kebaya baru.
"Tak apa. Nanti aku pakailah inner dekat dalam. Anak siapa bijak sangat ni? Hoho!" Kebaya tersebut ditekap pada badan. Sudah terbayang di minda berjalan-jalan dengan kebaya tradisional di bandaraya Kuala Lumpur. Boleh dah jadi ratu kebaya. Aku tersengih sendiri. Sabar aje lah. Kanak-kanak ribena memang kuat berangan.
Satu jam berlalu. Seperti yang dijanjikan, Adam tiba di rumah. Tangannya memegang sebuah kotak.
"Adik, ni ada satu lagi hadiah. Abang lupa nak bawa masuk tadi."
Aku mengambil kotak yang berada dalam genggaman Adam. Daripada Kak Maya. Aku sempat tengok Kak Maya bawa kotak ni tadi. Kotak tersebut aku buka dengan penuh berhati-hati.
"Kamera!" Terjerit aku dibuatnya Barang idaman kut! Dah lama aku nakkan kamera DSLR macam ini. Wah, memang hari jadi tahun ini the bestlah!
Adam sekadar tersenyum. Bak kata Adam, kebahagiaan Ain, kebahagiaannya juga. Adik kesayanganlah katakan.
Aku terdiam seketika. Ada benda yang berputar di minda.
"Kenapa senyap? Tadi kecoh sangat."
"Abang tak ada hadiah untuk adik jugak ke?" Aku menyoal. Baru sedar yang Adam tiada memberi apa-apa hadiah.
"Tak ada," ujar Adam selamba.
Aku mencebik. Tak apalah. Lagipun, Adam dah berhabis banyak duit untuk buat parti hari jadi tadi. Asalkan dia ada di sisi aku pun dah cukup buat aku gembira.
"Hahaha! Tak lah. Mestilah ada. Adik pergi kemas baju. Lepas tu tidur. Esok kita bertolak."
"Kita nak pergi mana?" Aku bertanya. Hati dah berbunga-bunga ni! Bukan selalu boleh pergi melancong. Paling last kitorang pergi pun, ke Langkawi tiga tahun lepas.
"Rahsia. Hahaha!" Tawa lelaki itu pecah. Terus Adam memecut ke biliknya.
Haih, nak marah sayang. Apalah nasib dapat abang macam ni?
Aku mengemas barang-barang yang bersepah di meja kopi. Seterusnya, masuk ke bilik untuk packing baju pula. Kamera DSLR pemberian Maya turut dibawa bersama. Tak sabar nak pergi melancong nanti. Bolehlah ambil gambar guna kamera baru.
YOU ARE READING
Tyrell Mikaila
RomanceAin Mikaila. Bagi Adam Mikail gadis itu seorang yang cengeng, lembik, cuai dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya. Kalau boleh lelaki itu ingin menjaga adik kesayangannya itu seumur hidup. "Adik, ingat kata abang. Walau apapun yang jadi, adi...