AKU memerhati pemandangan di kota Paris melalui tingkap teksi. Jakun sungguh. Tak ubah seperti peribahasa bagai rusa masuk kampung. Manakan tidak, ini pertama kali aku menjejakkan kaki di luar negara.
"Dah lama abang fikir nak bawa adik melancong. Kesampaian jugak akhirnya." Jujur Adam berkata. Senyuman tidak lekang dari bibir. Dari tadi duk perhatikan aku yang macam cacing kepanasan. Tak boleh duduk diam! Sekali mengintai ke depan. Tengok keluar tingkap seat belah Adam. Pusing tengok belakang lagi.
Tidak sampai 15 minit perjalanan, teksi yang dinaiki berhenti di hadapan sebuah bangunan. Besarnya boleh tahan. Bilangan tingkat pun tak mampu dibilang dengan jari. Mewah pula tu.
Kami dua beradik melangkah keluar dari perut teksi. Mulut aku usah dikata. Sudah terbuka seluas Gua Niah! Kapal Titanic pun boleh masuk.
Tangan Adam naik menekup mulut aku. "Kawal sikit jakun tu," sindirnya.
Aku menepuk tangan Adam yang menutup mulutku kuat. Satu jelingan maut dihadiahkan khas buat Adam Mikail.
"Biarlah. Adik mana pernah datang tempat macam ni. Yang selalu datang tu abang. Suka sangat tinggal adik sorang dekat rumah. Nasib baik ada Kak Maya tolong teman tau."
"Yalah. Abang minta maaf. Lain kali abang buat lagi."
Aku dah tunjuk penumbuk. Adam ni kalau tak usik aku sehari, memang tak sah! Annoying gila! Ada juga yang hilang gigi nanti gamaknya.
Adam melangkah penuh gaya ke kaunter. Tempat umum kenalah tunjuk macho. Aku pulak ikut aje macam anak ayam. Seusai proses check in, aku dibawa Adam ke sebuah bilik.
"Ni bilik adik. Kalau ada apa-apa, panggil abang. Bilik abang ada dekat sebelah je," ujar Adam sebaik sahaja tiba di hadapan bilik bernombor 601.
Bagasi milkku yang diheret dari tadi Adam serahkan kepada tuannya semula. Untunglah ada abang gentleman macam Adam. Kalau buang sikap annoying dia tu, memang perfect sangat.
"Baik, abang."
"Hari pun dah gelap. Adik masuk rehat dulu. Esok baru kita jalan-jalan. Okay?"
Aku sekadar mengangguk. Melangkah masuk ke dalam bilik.
"Jangan lupa kunci pintu," pesan Adam lagi.
"Iya, abang." Geram pulak hati kita. Banyak sangat pesanan yang ditinggalkan. Tak ubah macam aku ni budak kecil yang tak tahu jaga diri.
Pintu ditutup lalu dikunci. Bagasi aku letak di tepi katil. Punggung dilabuhkan atas tilam.
"Empuknya! Mesti sedap bila tidur." Aku berkata sendiri. Cadar putih yang membaluti tilam digosok lembut.
Mata aku meliar. Memerhati dekorasi di dalam bilik hotel yang luas dan serba mewah. Dinding putih yang diterangi cahaya keperangan membawa efek estetik dalam bilik tersebut. Susunan perabot pula yang simple dan elegan menyebabkan bilik itu kelihatan begitu romantis. Pasti bagus kalau datang berbulan madu. Cewah!
"Engkau calon pun tak ada, Ain." Aku mengingatkan diri sendiri. Sendunya hidup aku.
Dalam sibuk memerhati, mata aku menangkap sebuah tingkap besar yang dilitupi langsir. Aku menghampiri. Langsir disingkap. Tingkap tersebut membawa aku ke beranda.
"Wah!" Tidak dapat dinafikan pemandangan dari tingkat sebelas ini begitu indah. Boleh nampak hampir seluruh bandar Paris termasuklah Menara Eifel yang terletak tidak jauh.
Pasti seronok kalau setiap pagi dapat tengok pemandangan macam ni. Nak pindah duduk sini lah! Tak nak balik Malaysia lagi.
Ting!
YOU ARE READING
Tyrell Mikaila
RomanceAin Mikaila. Bagi Adam Mikail gadis itu seorang yang cengeng, lembik, cuai dan macam-macam lagi yang seangkatan dengannya. Kalau boleh lelaki itu ingin menjaga adik kesayangannya itu seumur hidup. "Adik, ingat kata abang. Walau apapun yang jadi, adi...