Pertelingkahan antara Amara dan Mirza seringkali terjadi daripada alam persekolahan hingga berganjak dewasa. Mirza memendam rasa demi menjamin persahabatan sendiri harus makin hati saat mengetahui hati milik gadis idaman sudah dimiliki.
"Kalau suatu hari nanti Allah ambil nyawa aku lebih awal, aku nak kau tahu satu hal... Aku cintakan kau Amara...Sepenuh hati aku..."
Amara terkedu untuk beberapa saat sebelum akhirnya bersuara
"Apa kau merepek ni Mirza?"
Mirza seluk tangan dalam poket seluar seolah mencari sesuatu. Mirza tarik keluar logo Unit Tindakan Khas lalu letak atas tapak tangan Amara.
"Aku mati demi dia, tapi aku hidup demi kau."
Amara tenung logo ditapak tangannya dengan mata berkaca. Seolah tahu pengakhiran hidup sahabatnya bakal berakhir ditangan pekerjaan Mirza sendiri. Lafaz terakhir keluar daripada mulut Mirza buatkan Amara bungkam terdiam seribu bahasa.
"Aku berjuang, bukan lagi untuk hidup tapi untuk mati... Tapi demi kau Amara, aku bertahan. Kerana kau takdir cinta yang aku inginkan..."
YOU ARE READING
CODE NAME : GHOST [BAKAL TERBIT]
RomanceAuthor x UTK (elit team) Asam garam kehidupan alam persekolahan dikongsi bersama oleh Mirza Sadiq dan Amara Lavina dengan waktu singkat 1 tahun. Bagai anjing dan kucing itulah perumpamaan mereka! Siapa sangka perkenalan singkat itu membuahkan cinta...