Masa sekolah rendah dulu kan. Aisyu umur 12 tahun if course. Cikgu masa tu cadang nak pergi camping tapi disebabkan budak - budak lagi so cikgu tukar plan, cikgu nak buat eksplorasi dalam gua. Sebabkan masa tu tahun lawat Perak, jadi gua tempurung lah yang famous.So, masa ni dah habis UPSR dengan PSRA. So memang free lah katakan. Lawatan ni satu hari jer. Gerak pukul 8 pagi tau. Sampai Perak pukul 12. Memang takde sesi makan tengahari together gether ye. Masuk dalam gua pukul dalam pukul 2 kalau tak silap anda then pukul 5 baru keluar. OTW balik ke Sekolah pukul 6. Sampai rumah 11 malam.
Cerita dia macam ni, kita orang masuk gua tu dari track yang tak ramai orang lah. Track yang mana kena angkut dengan lori tau susur jalan hutan simpan tu. Turun dari lori tu jalan sikit baru jumpa pintu gua tu. Nak ke pintu gua tu pun kena redah sikit hutan dia of course lah.
Memang secara lazimnya mandor hutan tu memang larang ambik something Dalam gua tu.
Nak jadikan cerita , first tu masuk gua memang kawasan mendatar dan Ade sikit pool lah. Lepas tu kena panjat sikit ke daratan tinggi. So, masa dah sampai kat dataran tinggi tu Aisyu pegang torchlight kan. Torchlight Aisyu jenis yang terang lepas tu jenis Suluh jauh. So, tengah nak tunggu orang jalan sebab dalam gua jalan dia memang sempit jadi jammed kat dataran tinggi tu,
Aisyu main lah torchlight Aisyu Suluh Sana , suluh sini kan. Lepas tu Aisyu secara tak sengaja Aisyu suluh je atas. And tau tak ape jadi??? Aisyu nampak kat atas tu macam Ade mata yang tengah telek ke dalam. Dan lelangit gua tu yang lapisan dalam tu macam bentuk lubang dan lapisan kedua tu yang Aisyu nampak mata tu.
Lepas jalan jauh dalam gua tu, Ade satu jalan tu jalan yang lepas satu pintu tu terus Ade cam simpang tiga. Masa tu Aisyu nyaris hilang tau. Sebab masa keluar dari pintu tu orang kat depan Aisyu terus hilang, kebetulan orang kat belakang pun tak de. Memang sorang sorang jer. And then Aisyu jalan ke kiri tau sebab masa ke kiri Aisyu dengar suara orang so, Aisyu pun ikut. Lepas tu Aisyu jalan-jalan Aisyu macam tersentak sebab Ade tangan tetiba pegang bahu Aisyu.
Rupanya-rupanya, mandor dia cakap tengok apa lepas tu dia tarik tangan Aisyu ke satu gerbang lah. Rupanya masa kat lorong yang macam simpang tiga tu, memang track dia ke kiri tapi dalam 2 meter tu Ade satu gerbang batu, sepatutnya Aisyu masuk ke situ tapi tu lah...... Aisyu terlajak jalan. Nasib baik lah Ade mandor tu.
Masuk jer gerbang tu, semua orang berkumpul tau. Masa tu gua tu dinding dia semua macam Kristal cantik gila. Tapi yang seram nya dekat salah satu dinding tu Ade lukisan tau. Tak jelas lah lukisan tu ape yang seramnya lukisan tu seram lah. Kat tempat yang sama jugak, belah tepi tu ada macam makhluk kerdil yang menjengah kita orang tapi yang pelik is makhluk tu macam terbang sebab dia macam berpaut dengan dinding gua yang kat atas.
Lepas tu kita orang keluar dari gua tu. Tapi yang panik sikit Ade dua orang hilang. Dekat satu jam jugak lah kita orang tunggu luar gua tu. Tapi masa mandor tu nak masuk balik, dia Ade cakap "sape tadi yang saya tepuk bahu dia tadi dalam gua tu datang sini kejap"
Rupanya mandor tu nak tanya apa yang saya dengar atau nampak kat dalam gua tadi masa kat lorong tu. So, Aisyu cakap lah yang Aisyu dengar suara orang ramai-ramai tapi tak nampak orang. Makin langkah ke depan makin jauh suara tu. Lepas tu mandor tu cakap "Ohh... Kat situ." And then mandor Tu cakap apa ntah kat cikgu Aisyu. Cikgu Suh kita orang naik lori yang tadi lepas tu tunggu kat bus.
Tak lama, lepastu ehh 2 budak tu pun jumpa. So balik lah sekolah ikut plan asal. Lepas a few weeks Tu, Kita orang tanya cikgu apa yang jadi.
Cikgu Aisyu buka cerita yang lepas mandor tadi tanya Aisyu. Mandor tu kata kat tempat tu jugak yang 2 orang budak tu hilang. Memang jumpa kat tempat tu. Bila tanya budak hilang tu budak tu kata dia dengan sorang lagi tu pun jadi cam Aisyu jadi. Tak de orang kat depan jadi dia orang berhenti. Tapi dia still berjalan lepas dengar Ade suara orang bercakap. Tu yang dia orang ikut suara tu tapi sebabkan Ade salah sorang kaki dia tersadung benda entah. Dorang pun berhenti and decided tunggu jer. Sebab masa Dorang keluar tadi Dorang bukan orang yang last sekali. Masih Ade murid lain lagi.
Tapi dah lama Dorang tunggu Dorang pun perasan yang Ade satu cahaya tau yang kelip-kelip. Dorang cakap yang cahaya tu dari torchlight cikgu Kita orang serta mandor hutan tu.
So, cikgu Aisyu cakap kalau dah macam tu,jalan terus jalan. Berhenti dan tunggu sampai Ade orang lain lalu. Tapi tulah budak baru first time buat aktiviti lasak mana lah tahu kan. Tapi memang Aisyu bertuah lah. Yang kena tu pun budak lelaki
YOU ARE READING
Dalam Larut Malam
ParanormalNi semua based on pengalaman Aisyu dan apa yang diceritakan oleh keluarga ataupun kawan. Cerita tentang misteri or mistik. Nak baca boleh percaya jangan. Sebab sometimes bila terlalu taksub , boleh jejaskan iman. Okey. Jangan risau cerita ni tak de...